About Me

My photo
simple person who need a lot of experience and knowledge for now and the future life

Thursday, December 27, 2012

tahun 2012

Salam semua....

Dah lama x update blog.... berabuk betul kali ni.... maaflah sebab tidak mempunyai kesempatan untuk mengarang blog terutama dipermulaan kerjaya. Alhamdulillah, saya sudah bekerja tetap di Shah Alam dan kerjaya yang stabil.

oleh kerana tanggungjawab kerjaya yang terlalu berat maka saya banyak mengorbankan masa di pejabat sahaja... dan jangan terkejut kalau saya kata, saya jarang balik rumah tepat masa dan selalunya lewat malam baru saya pulang... inilah hidup bekerjaya. kalau difikirkan logiknya, saya jadi macam ni pun sebab nak menghilangkan tekanan perasaan.... tekanan ke? xdela sangat pun cuma nk hilangkan rasa something dalam hati ....

tahun 2012 adalah tahun suka duka aku disini... akhirnya impian dan cita-cita untuk bekerjaya tercapai apabila puas bertungkus lumus mencari kerjaya idaman. bukan itu sahaja, saya juga berjaya menghabiskan sesi pembelajaran saya yang lewat 2 tahun berbanding dengan rakan2 saya gara2 saya honeymoon berjimba selama 2 tahun selepas sijil.... hahahaha..... Graduation Day memang bestla.... walaupun parents saya tidak hadir tapi ada orang lain yang sudi hadir tau.... siap bg hadiah n bunga...

 gambar diatas saya bersama kawan dan disebelah ni gambar saya bersama my best brother.... thanks to all of them coz always support me...really appreciate. next kita g tgk gambar kami pre-convo kat putrajaya... siap ada photoshooting lagi tau....

sorryla kawan...oleh disebabkan saya copy n pasate maka qualiti gambar pun kurengla sedikit ya....lagipun saya x mampu nak letak banyak2 gambar sebab saya rasa mcm crowded sangat nnt...

Suku tahun ke 2 pun berakhir.... Masuk suku tahun ke 3, saya mula sibuk dengan jadual kerja yang padat dan banyak kerja luar yang perlu saya hadiri. kebetulan puasa jatuh pada suku tahun ke3 so takdelah saya stress dengan laporan yang bertimbun... tapi kita hanya merancang dan Allah yang menentukan.... Bulan puasa saya terasa begitu mencabar, dengan kerja yang padat, masa yang singkat, saya jadi tidak terurus. kebetulan ayahanda tercinta tidak beberapa begitu sihat. saya terpaksa ulang alik rumah ayahanda n hospital utk menjaga beliau. Dalam keadaan yang berserabut itu, keluarga aku sekali lagi berpecah belah. Banyak perkara perlu diuruskan pada ketika ini...kena pergi Mahkamah, Pejabat Tanah, dan macam-macam lagi. kebetulan perniagaan ayahanda terpaksa saya uruskan. Bayangkan ku terpaksa membuat 2 kerja dalam 1 masa. Peluang untuk berbuka puasa dirumah amat jarang sekali. Persiapan raya pun ntah kemana... Serius, memang xde masa untuk itu semua.

Raya dijangka keesokkan harinya...saya masih dihospital bersama ayahanda dan adinda yang tersayang. Melihat keadaan ayahanda yang kurang stabil, kami adik beradik terpaksa berhempas pulas menjaga sebaik mungkin.

30 Ogos 2012 - saya berada di pejabat seperti biasa. Malam tadi pulang lewat kerana keadaan ayahanda yang kurang stabil. Adinda dan kekanda kebetulan semuanya cuti kerana mahu membawa ayahanda pulang kerumah. Segala persiapan diuruskan tanpa saya kerana saya tidak dapat cuti dan mesyuarat perlu dihadiri. Tengahari, adinda ku telefon untuk memaklumkan status ayahanda. Adinda meminta ku pulang segera agar membantu perseiapan tersebut. Disebabkan mesyuarat belum habis maka aku menunda kepulangan ku. Apabila habis mesyuarat, saya segera pulang ke Pejabat untuk mengambil beberapa barang. belum sempat saya mengemas, adinda telefon kembali untuk memaklumkan status sebenar ayahanda yang telah pergi meninggalkan kami. Berjurai airmata saya... Ditemani rakan sekerja, saya pulang dengan lenangan airmata. Sesampai dirumah, semua kaum kerabat sudah selamat sampai untuk menziarah arwah ayahanda. Sempatla saya mencium dahi arwah ayahanda. Ketika sampai dirumah, tidak setitik airmata pun keluar daripada mata ini kerana dapat melihat keadaan arwah yang tersenyum. Terima kasih kepada kaum keluarga dan sahabat handai yang hadir menziarahi arwah sehingga arwah selamat dikebumikan terutama MAH yang selalu ada untuk saya sepanjang tempoh ketenatan arwah ayahanda.

Seperti biasa, hidup perlu diteruskan.... aku kembali dengan jadual kerja yang padat dan aktiviti riadah. aku kembali bersosial dengan rakan-rakan, sanak saudara. tapi benar, kerja sudah sebati dengan hidup maka banyak masa dihabiskan di Pejabat.

18 Oktober 2012 - aku sekali lagi dikejutkan dengan berita kehilangan nenda tersayang. Oleh kerana handphone bateri habis dan gagal untuk dihubungi, saya hanya dapat berita selepas arwah nenda selamat dikebumikan. Ini kali ke2 aku melihat mama mengalirkan airmata apabila nenda telah pergi meninggalkan kami. Kali pertama aku melihat dia mengalirkan airmata apabila MAH tidak sedarkan diri sehingga Ambulans datang kerumah untuk memberi rawatan. Arwah nenda sangat disenangi maka semua kaum kerabat yang jauh pun hadir sama ketika itu. Serius, saya memang kalut sedikit memikirkan apa yang telah terjadi kerana aku gagal pulang dengan kadar segera dan tidak dapat menatap arwah nenda untuk kali terakhir.

5 November 2012 - aku bekerja seperti biasa. Penat kerana menghadiri beberapa mesyuarat dan kebetulan kenduri arwah pun akan menjelang maka persiapan perlu diadakan. Sebelum merancang perbelanjaan, saya melayari internet melihat promosi jualan. terdapat pesanan di FB dari sepupu mengatakan Datuk ssudah pergi meninggalkan kami.... Serius, aku memang tidak percaya tetapi itu hakikatnya....

Sekarang semuanya tinggal kenangan.... 2012 memang tahun seribu kenangan...

Semoga Arwah ayahanda, nenda n atok ditempatkan dikalangan orang yang beriman....


No comments:

Post a Comment

Thanks 4 ur comment....really appreciate it...