About Me

My photo
simple person who need a lot of experience and knowledge for now and the future life

Monday, November 30, 2009

Muhammad Suhaimi Bin Rosli..........

Aizatul Ilina mencintai dirimu dengan ikhlas tanpa sebarang perasaan ragu @ syak wasangka...... dan aku sedia menerima dirimu dan cintamu seadanya dirimu dan cintamu itu.......hanya kamu - Muhammad Suhaimi Bin Rosli.......

Pengorbanannya amat berharga......

dari tajuk, korang ble tahu ape yg aku nak kongsikan bersama korang...btul x? ni adalah cerita mengenai seseorang yg rapat dengan aku dan ini kisah benar...... aku tak tipu korang.... ni apa yg aku alami sejak kebelakangan ni...... korang amikla pengajaran yg ada dalam story ni k......

aku ada seorang sahabat yang baik dan jujur. kalo ko tgk muka dia....memg nampak dia seorang yang baik. aku berkawan dengan dia tidak selama aku kenal ........ tp aku dapat rasakan bahawa dia amat memahami aku. aku mula rapat dengan si dia kerana tugasan dan tak sangka ianya berlarutan.....

kalau ko nak tahu, dia adalah seorang yang amat berfikiran luas. walaupun dia kurang keberanian pada awalnya tp dia bukan seorang yg patah semangat.... dia seorang yg kuat semangat dan tabah....walaupun kadg2 tergelincir kekuatannya itu, tapi dia tak pernah rasa kelemahan dia tu akan membuat dia jatuh. aku sangat kagum dgn dia......

sejak kebelakangan ni aku sering dilanda badai.....terlalu banyak masalah yg datg menimpa dan aku hampir hilang punca tetapi kerana sokongan padu yang diberikan olehnya....aku kembali meneruskan semula perjuanganku yang terkandas....setiap masalah yang timbul, dia akan memberi pendapat dan pertolongan. dia sentiasa berada disisi ku susah dan senang aku, setiap airmata yang berlinangan hanya dia berada disitu..... setiap gelak ketawaku, hanya dia melihatnya.....

bukan itu sahaja, malah keluarganya tidak pernah jemu membantu dan memberi semangat kat aku..... aku tak sangka semua ni akan terjadi.... keluargaku pun tak sekuat ni memberi sokongan terhadap aku.... menangis aku melihat pengorbanan mereka.... bertapa besarnya pengorbananya sehingga tak terbalas jasanya..... aku amat menghargai setiap pengorbananya......

buat si dia,
aku amat menghargai segala pengorbanan yang kau lakukan utk ku.....
setiap titis kasih syg yg kau hulurkan.....
setiap kata semangat yg kau bakarkan.....
setiap kata nasihat yg berguna untuk bekalan.....
setiap detik kau bersama ku......
segalanya aku amat menghargainya.....

tiada pkataan lain yg mampu ku bandingkan dan ku ungkapkan.......
kau sahabat ku dunia dan akhirat......
aku akan sentiasa berada disisi mu selagi tiada yang menghalang.......
aku terlalu sygkan kamu........
aku harap semua ni akan menjadi kenangan kita bersama......

terima kasih buatmu.......
-MAH-

Thursday, November 19, 2009

khas untuknya....

aku tujukan lagu yg bertajuk tercipta untukku nyanyian kumpulan ungu (artis indonesia) buat insan yg tersayang yg jauh dmata tapi dekat dhati...... semoga beliau terhibur....

Monday, November 16, 2009

ku pohon kemaafan

hei...tengok tajuk tu..... ngigau lagi minah ni...... ingat ni bulan raya ke nak minta maaf.....

wei....lagi 2 minggu memg nak raya....raya korban.... hehehe...bukan berkorban apa sahaja ok..... aku tengok kelendar...hehehe..raya jatuh hari jumaat....yehaa! dapat cuti lama skit.... apa dalam fikiran aku, nak balik kampung jumpa nenda yang tersayang.... selain tu, nak mkn buah rambutan n cempedak...musim buah2han skang ni...bestnye!

sebelum ku pulang berhari raya nanti, aku ingin memohon ampun dan maaf kepada semua orang sekiranya @ sama ada saya telah melakukan kesilapan dan menyakiti hati sesiapa tidak kirala sama ada tua @ muda, berlainan bangsa dan agama dan sama waktu dengannya.... dan buat ahli keluarga yang terdekat sama ada uncle @ auntie or my dear cousin.....saya nak minta maafla ek.....

khas untuk keluarga angkat UITM....
mumy, along, acik, adik, uncle2 n auntie, cik da serta rakan seperjuangan sekalian....agh nak minta maaf ek.... kita akan berjumpa lagi dalam masa terdekat ni k

buat yang teristimewa, nenda, ayahanda, bonda, kakanda n adinda yang tersayang.... Lina nak minta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kuku kaki.... buat penghuni didalam hati ni (dia tahu siapa orangnya)..... minta maaf spanjang tempoh kita mengenali satu sama lain......smoga n berharap kita akan dipertemukan n diperjodohkan di masa akan datang

saya sayang sangat sama kamu semua....Peace!

mari kita bergembira d hari raya aidiladha......

Isnin 16/11

boring....itulah ayat yang selalu terpacul dari mulut ku......aku bekerja seperti biasa tapi masih membosankan....selalunya aku melakukan sesuatu mengikut minat n kemahuan ku tapi kali ni aku sering rasa tiada mood dan rasa bosan untuk melakukannya........

kalo korang tanya apa aku buat hari ni kat ofis, aku hanya baca novel n lepak kaco orang....tak pun g mlantak sampai tak larat dek perut ni nak tampung mknn lagi..... (dalam erti lain, makan gaji buta je ari ni).

bukannya tak de kerja kat ofis ni tapi aku kena buat tugasan lain diluar pejabat. maka dah alang2 aku diluar pejabat maka aku pun buat perangaila.... cuaca kat luar pun best je....hujan renyai n sejuk je....mata dah mula mgantuk ni....nak tido!!!!! mari...kita g pergi tido....daaaa....

Monday, November 9, 2009

hanya aku dan dia

hari ini aku masih berasa bingung tetapi yang pastinya satu masalah aku dah selesai.... yg lain...on d way..... adui...sakit badan n mata ngantuk...nasib baik pagi tadi aku tak langgar budak skola melintas...agak cuai aku skang ni....sebenarnya aku kurang tido.... aku tak tido semalaman memikirkan jalan penyelesaian.......

hehehe....malam tadi berlakunya sedikit salah faham antara aku dan si dia... biasala, adat orang bercinta....tapi aku heran, selama ni aku susah nak cari pasal dengan orang tapi kali ni, banyak kali gak aku bertegang urat dengan dia gara2 salah faham.... aku ni slalu sgt masuk air tu yg lambat paham.... hehehe

sebenarnya aku nak minta maaf pada si dia mgenai hal semalam. aku tak bermaksud utk melakukan perkara yang tidak adil kepadanya...aku syg dia n aku ikhlas bersama dia. aku tak pernah terpikir untuk mencari penggantinya walaupun ada yg menganggu tapi percayala aku tak akan khianati dia selagi dia percayakan aku....

dia meminta supaya aku memberikan dia sedikit ruang n masanya untuk bersendirian...aku faham dan aku tak kesah. aku pun tak mahu mengongkong si dia sebab dia ada hak untuk diri dia dan siapa la aku utk halang dia.... aku cuma rasa risau bila terlalu lama kami berjauhan kerana disini terlalu banyak dugaan yang datang menyerang...aku takut aku gagal mengawalnya....aku harapkan si dia segera pulang....

aku cuma mahu dia cepat selesaikan tugasnya dan segera pulang sebab aku tak tahu sampai bila aku boleh bertahan. keselamatan aku dalam bahaya dan segala pergerakkan aku diperhatikan maka aku dalam ketakutan...... aku tak mampu nak bgth dia tapi aku rasa dia akan faham bila dia baca blog ni.....

sy syg dia n sy perlukan dia dengan kadar segera....... sekian....

Sunday, November 8, 2009

luahan.....

setelah hampir 3 thn aku berada dinegeri orang akhirnya ku pulang ke negeri asal aku.... semua tugasan dan tanggungjawab aku dah selesai...lega wei......akhirnya satu misi aku telah berjaya ku tamatkan dalam tempoh yang telah ditetapkan......

beberapa hari lalu, aku telah pergi semula ke negeri tersebut untuk membentangkan kertas kerja latihan industri aku..... ha! ko tanya aku seronok tak?...yela dapat jumpa kawan lama yg dah 6 bulan ko tak jumpa..... jawapan aku..... aku kurang seronok sebab aku memg takde mood nak jumpa depa semua....pelikkan...bukan aku sombong tapi aku takde mood....mungkin kepala aku tengah runsing dan banyak lagi tanggungjawab aku yang terjendala.....

aku tahu ramai yang mula risau tentang aku kerana sebelum ni aku yang selalu happy dan tenang menghadapi masalah tapi kali ni, kehadiran dan kedatangan aku dengan muka yang penat dan sedih...... aku tak boleh nak ceritakan hal tersebut takut ianya akan mengaibkan orang lain tapi percayala...aku dah tak mampu tapi ku terpaksa telan semua yang akan berlaku lepas ni......dan aku harapkan pengertian bagi pihak rakan2 ku yang lain.....

yang pastinya, aku akan selesaikan semua ni secepat mungkin dan aku akan bercuti bersama dengan rakan2 ku kemudian.....korang tunggu jela masanya ek....

aku harapkan, korang doakan jela kebahagiaan aku......muah! syg korang....

kesilapan....

perasan tak bahawa aku dah lama tak update blog ni @ hantar new post? hehehe...sebenarnya bukan aku tak mahu update tp aku tersalah update....

oleh kerana terlalu sibuk dengan tugasan harian sebagai pekerja di salah sebuah universiti, aku terlupa bahawa saya ada blog baru.... saya ter...update blog lama saya....maka.... dengan sendirinya saya berasa amat bingung dengan kecuaian saya....

pengajarannya: jangan terlalu sibuk dengan kerjaya sehingga lupa dengan perkara yang lain...nasib baik blum berkahwin...kalo x, anak ntah kemana....suami dah lari dulu gaknya....

hehehehe...xmo ulangi kesilapan yg sama.....