About Me

My photo
simple person who need a lot of experience and knowledge for now and the future life

Friday, October 18, 2013

Seisi Suai Kenal.......

Hai semua.....

Hari ini nak citer mgenai tajuk diatas.......

Apa yang menarik? tiada apa-apa pun..... seriusly.... BOSAN

Rasanya pernah citer mengenai mama yang nak sangat rekomen anak kawan dia kat saya......

Please..... seriusly i feel so annoyed......

Seisi suai kenal sungguh membuat aku tidak terasa teruja untuk mengetahui mengenai jejaka tersebut.... yang lebih membuat aku keliru dimana jejaka tersebut telah mengetahui banyak perkara mengenai aku dan aku pula satu benda pun tidak tahu mengenai jejaka tersebut.

ini dia citarasa mama aku.... jejaka tersebut bekerja disektor kerajaan, seorang yang lebih tua dari aku....lebih kurang 6 tahun gak perbezaan..... seorang yang berkulit sawo matang...matanya sepet mcm anak cina.... tingginya lebih sedikit dari aku.... agak pendiam...itu je kot dari pemerhatian aku.... ianya agak kontra dengan aku.....

kadang-kadang aku terfikir.... kenapa la mama ni berkenan sangat dengan jejaka ini.... kalau dah berkenan, kenapa tidak kawen je dengan jejaka tersebut, mama kan single lagi..... (kepala aku konfius). Mungkin, inila dinamakan jodoh..... Aku hanya layankan je kerenah mama.... Mungkin itu kemahuan dia..... Dah macam drama cerita melayu plak.....

Menarik disini, jejaka tersebut ajak keluar bersama....yelah, seisi suai kenal belum tamat tapi dengan slumber aku menolak dengan baik atas alasan aku sibuk dengan kerja malah aku akan bertugas di luar kawasan tidak lama lagi.... Fuh! sampai bila lah aku nak kena lalui semua ini....

aktiviti paling best dimana aku menang dalam pertandingan bowling antara kakitangan pejabat aku.... kesian jejaka ini terpaksa menemani aku sehingga awal pagi.... bagi dia tahu, inilah aku dan hidup aku..... hehehe....

Wednesday, October 9, 2013

Pelengkap Hidupku.....


Tunggang Terbalik tapi Tersenyum.......

Dalam hati ada taman........

Maaf buat si dia..... blog yang lepas tidak mempunyai maksud tersirat untuk memberi harapan atau mengharap..... seperti yang disebutkan, racun tetap racun....tidak akan menjadi madu dalam sekelip mata....

MAH selalu berpesan, hidup ini hanya sementara...... buat yang terbaik untuk diri sendiri dan jangan sesekali untuk menoleh ke masa silam..... dimana masa silam aku sangat menyakitkan...... dan aku mengambil masa yang lama untuk pulih kembali....

dan aku tidak lupa semua ini..... pisang tidak akan berbuah 2 kali dan aku tidak mahu itu berlaku sekali lagi terhadap aku...

Aku bersyukur sebab si dia dapat kawan yang memahami dia.... kalo boleh, saya nk minta tolong kawan si dia untuk terus sokong si dia... kalau boleh carikan je si dia seorang gadis yang baik untuk dijadikan teman seumur hidup Si Dia.....

Seriusly aku rasa tidak layak untuk aku kembali..... dan MAH tidak akan sesekali memberikan aku peluang untuk itu dan aku faham kenapa kerana MAH telah diberikan tanggungjawab oleh arwah ayahanda ku untuk menjaga aku dan adik2 aku.

tetapi aku tidak pernah nafikan bahawa si dia tetap ada dalam hati aku sebagai kawan dan aku tidak pernah rasa untuk melupakan sebab si dia pernah mengisi ruang tersebut sepenuhnya.... Si Dia adalah antara anugerah terindah yang pernah aku alami dan kini hanya memori..... dan ianya akan kekal menjadi memori....

Orang baik dengan kita maka kita kena baik dengan orang..... aku sentiasa memegang prinsip tersebut.... Orang hormat kita, kita hormat orang...... kalau nak orang lain layan kita baik, maka kita kena layan orang lain dengan cara baik dan betul. itu niat yang sebenarnya..... Aku layan si dia baik sebab aku tahu si dia pun akan buat perkara yang sama......

p/s: teringat MAH pernah kata, senyuman aku ni boleh buat orang cair tetapi bila aku fikir balik, mungkin aku pun cepat cair tengok senyuman orang lain kot..... teeeet! ko memang TERBAIKla MAH..hadiah untuk ko MAH ♥♥♥



Tuesday, October 8, 2013

Lakaran Hati Untuk Si Dia...


Seriusly Untuk Si Dia......
Wow... tajuk xnak kalahkan....tapi tidak memberi apa-apa makna pun....

Persoalan disini kenapa aku mengarang di dalam blog tetapi bukan di dalam mesej, call atau sebagainya.... Ianya diatas beberapa sebab.....

a) Oleh kerana handphone telah hancur gara-gara aku campak kat tengah jalan maka no phone semua kawan-kawan telah tiada dalam senarai simkad ok.....

b) Oleh kerana si dia lebih suka aku update blog ni kot sbb tu aku tulis dlm blog je.....

 Baiklah, teruskan penulisan ya..... sebelum aku terlupa, aku nk ucapkan terima kasihlah kepada si dia yang sudi memberikan kata2 semangat dan prihatin terhadap org seperti aku..... (aku kan racun bg sesetengah orang)

Apa nak dipelikkan dengan kaitan sakit dan diri saya..... walaupun saya aktif tetapi sudah pasti saya tidak terlepas dengan dugaan sakit....(saya hanya manusia biasa k). Apabila difikirkan semula, sakit saya disebabkan daripada banyak punca... dari segi pemakanan yang tidak beberapa nak seimbang n saya kerap skip makan kerana sibuk.... dari segi kurang senaman kerana walaupun saya aktif keluar tetapi lebih dari 12 jam saya menghadap komputer setiap hari.... maka masa untuk beriadah adalah sangat terhad. Kebetulan pula saya mengalami masalah allergic yang teruk dimana saya alah dengan vitamin c maka sistem antibodi saya agak terganggu maka tidak peliklah bagi saya sekiranya saya jatuh sakit.

Pinjaman Bahu dilarang sama sekali ya..... hahahaha.... well, my BFF always there for me but sometimes everybody busy so terasa la kesunyian..... lagi-lagi kini kebanyakkan BFF dah berpunya dan menjadi hak milik orang lain maka terasa sangat kehilangan dorang ni untuk tempat meluahkan perasaan.... sebab tu stress tidak terluah.... asyik disimpan je lagipun xnak susahkan orang len dengan merisaukan keadaan kita..... everybody have their own problem so sendiri mau pk la....

Lastly.... thanks for everything..... nothing can change ur place in my ♥.......


 

PENAT......

Salam Sejahtera Semua

Alhamdulillah...saya hampir pulih dan kembali normal cuma batuk masih menyekat suara untuk bercakap.... still can update blog ok.....

Terima kasih buat semua yang terlibat menjaga, memberi nasihat dan prihatin terhadap kesihatan saya....

Kali ini saya update blog bertujuan untuk memohon ampun dan maaf kepada kebanyakkan BFF saya yang telah membuat appointment untuk berjumpa dengan saya tetapi saya gagal untuk bertemu dengan mereka....  bak kata mereka " Kalah Perdana Menteri tau kalo nk jumpa dengan ko"... aku faham maksud korang sebab susah nk jumpa aku kan.... Biar aku terangkan......

Aku sekarang berkerja 5 hari seminggu sebab beberapa bulan yang lepas aku berkerja 6 hari seminggu. Syarikat dengan baik hati telah mengurangkan waktu berkerja tetapi kerja tetap tidak berkurangan..... Maka, apabila kerja banyak tapi waktu berkerja berkurangan maka semua kerja kena cepat disiapkan itu tidak termasuk nk melayan kerenah 12 boss yang memeningkan ok.Sabtu Ahad pula sekiranya ada event maka aku kena standby di Pejabat so korang faham-faham jela ya.... Aku sendiri fikir banyak kali  untuk berkahwin sebab takut dapat suami yang tidak faham dengan kerjaya saya.... Kesimpulannya, semakin tinggi jawatan ko, semakin berat tanggungjawab ko kecuali orang2 yang tidak sedar diri akan tanggungjawab.

Okla kawan-kawan....... saya minta maaf ya.... saya memang benar-benar sibuk..... saya mengalami masalah kekurangan masa untuk bersenam, untuk bersosial, dan masa untuk berdating..... sekian!

Monday, October 7, 2013

Akhirnya TERSUNGKUR.......

Salam Sejahtera Semua.......

Minggu lepas telah ku update blog ini dengan babak-babak menarik Monday Couple of RunningMan...... itulah kerja aku sepanjang seminggu ni..... habiskan semua episod RunningMan......

Wah! Byk x masa lapang aku......hehehehe........ macam orang x ada keje kan.....

Sabtu yang lepas..... ketika aku update blog ni, aku dah mula rasa x sedap badan.... bersin je.... tekak pun rasa dah payau je..... kebetulan bonda telah pulang ke kampung halaman..... kakak, abg ipar n anak buah semua pulang ke rumah tok n wan sebab mereka semua demam... Boy pulak seperti biasa jadual hari minggu memang padat dengan kuliahnya. Terpingga aku kat rumah seorang diri. Runningman tu la menjadi peneman.... Makan pun aku dah x pk kalo tinggal sorg2... konfem skip habis.... tahu-tahu saje dah malam.


Pada malam tersebut, my BFF si MAH ajak keluar makan sbb dia tahu perangai aku....aku tidak suka makan seorang diri....... maka sudah seharian aku tidak mengisi perut maka aku melantak malam tu dengan ikan siakap 3 rasa dan sup campur..... Hidung aku mula berair dan batuk mula kedengaran..... Keluarga MAH makan sungguh berselera tapi bukan aku.... dalam keadaan nafas mula tersekat2 aku hanya makan dengan perlahan dan mendiamkan diri. MAH perasan perubahan ku..... lalu menghantar aku ke klinik berhampiran.... oleh kerana aku terlalu stress dengan laporan kerja yang banyak dan tertekan dengan boss yang kurang memahami, maka aku meminta untuk bermain di FUN FAIR.....

Pertama kali aku menjejak kaki di Fun Fair.... ramai kemain.... kelihatan kanak-kanak ketawa riang bersama ibu bapa mereka.... MAH pergi mendapatkan COIN untuk bermain. Aku hanya duduk di bangku sambil melihat dia bermain dengan riangnya..... Lega aku melihat dia tersenyum riang bersama anak-anak patung yang dia berjaya dapatkan.... penuh kereta dengan anak patung.....konfem anak-anak buah suka dengan anak patung tersebut.

Selepas dihantar pulang, aku terus makan ubat dan melelapkan mata.... Keesokkan harinya, suhu badan aku mula tidak stabil. Boy mula kerisauan lalu menelefon MAH untuk menjemput aku.... bahaya meninggalkan aku seorang diri ketika demam...bukan tidak mampu jaga diri tetapi selalunya aku tidak sedarkan diri sekiranya demam....

Aku dihantar semula ke klinik setelah 2 jam demam tidak berkurangan..... Ya! kena cucuk lagi jawapannya... Bonda terus pulang setelah MAH memaklumkan hal yang sebenar..... MAH bertungkus lumus memabantu menyiapkan laporan kerja aku kerana keesokkan harinya aku terpaksa membentang kertas kerja yang penting di pejabat. Dalam keadaan yang kritikal, aku gagahi juga untuk menyiapkan laporan tersebut.

ISNIN 30 SEPT - Seriusly aku memang tahap tersungkur..... hanya mampu terbaring sahaja. Airmata ku tidak berhenti-henti mengalir begitu juga air yang di hidung..... batuk dengan kuat... MAH yang menghantar kertas kerja ke pejabat. Kesian dia..... aku gagahi diri untuk ke klinik skali lagi untuk mendapatkan MC. Nasib baik free sebab klinik panel syarikat.... Seharian aku terlantar.......

SELASA 1 OKT - Keadaan ku masih tidak stabil, tetapi dari awal lagi aku bilang, kesukaran aku apabila mendapat boss yang kurang memahami..... MC untuk hari ke 2 tetapi dipanggil untuk masuk bekerja bagi membetulkan semula laporan yang dibuat..... Masa tu, jangan cakaplah ea...tahap rasa nak menyumpah orang pun ada.... tetapi itu bukan cara aku... Aku diamkan diri menyiapkan kerja lalu pulang dengan kadar segera. Akhirnya seluruh keluarga terlantar akibat demam virus.... Esok ambil darah ya!

RABU 2 OKT - oleh kerana aku tidak tertahan dengan perangai boss yang asyik ganggu MC aku, maka aku datang jugak kerja pada hari itu.... dengan muka pucat, aku masuk pejabat lalu aku buka semula file-file yang bertimbun diatas meja... 1 per 1 aku semak sebab tidak berpuashati dengan kesilapan laporan sedangkan aku sudah cukup berhati-hati terutama yang melibatkan jumlah wang. Boss lalu pun aku tidak sedar... biarkan saja.... setelah diamati, laporan dari jabatan lain telah salah maka aku minta tolong mereka buat semula 6 bulan punya laporan..... sekarang, siapa yang terkena......

KHAMIS 3 OKT - batuk dan selsema aku semakin teruk..... tidak mampu mengeluarkan bunyi ketika bercakap. Otak terasa berdenyut dan fikiran agak terganggu. Waktu tidur 2 jam sahaja mungkin menjadi faktor ketidakstabilan. Akhirnya aku terus dihantar ke Klinik untuk ambil ujian darah.... selepas itu, aku terus ke pejabat untuk menyiapkan laporan yang tergendala......

JUMAAT 4 OKT - Ya... Birthday boy yg ke 25..... ksian aku tengok dia yang tersungkur demam dah beberapa hari. Maka aku menghantar dia ke klinik untuk ujian darah. Tapi alhamdulillah, kami semua selamat dari bahaya.... Demam Virus sahaja.... Masuk pejabat je, aku terus berperang dengan kertas-kertas sambil melepaskan batuk n selsema.... Berair je la.....

SABTU DAN AHAD - Duduk rumah diam-diam sambil tengok Running Man sebab kena kuarantin.... bagi batuk n selsema berkurangan. BOSAN kan duduk rumah tanpa cuci mata..... Tido jela......

p/s: terima kasih buat MAH sekeluarga yang banyak membantu....to my Family...cepat sembuh ya masing-masing..... buat staff pejabat, sorryla ea sebab terpaksa memaksa korang siapkan laporan.... terima kasih atas bantuan anda semua....

ha..... Buat si dia, ni update untuk u..... sorry, seminggu yang sangat sibuk dan tidak sempat nk update..... aku tidaklah sekuat mana seperti yg u sangkakan..... akhirnya tumbang......


Saturday, September 28, 2013

So Sweet


really love to watch this moment....so...so...sweet.......MONDAY COUPLE of Running man

more...more...more.....

aiyaaa.....still have this video...so romantic.....fighting!

ok...... done! bubye.....

Thursday, September 26, 2013

Hilangnya senyuman di pagi hari.......

Jalan dipenuhi dengan pelbagai jenis kenderaan.... Sesak setiap masa.... Perjalanan sepatutnya mengambil masa 20 minit tetapi kini menjadi 1 jam setengah...... jarum saat terus bergerak...... masih melihat keadaan persekitaran melalui tingkap.... Udara yang segar disedut perlahan-lahan....

Pesan abang yang jauh disana : Abang minta adik jaga diri baik-baik. Jangan Pendam Masalah. Kuatkan Semangat.

Masih terngiang pesanan di cuping telinga..... jauh aku termenung memikirkan pesanan abang.....

" Muka aku ni tertulis orang bermasalah ke?" Aku mengaru kepala yang tidak gatal.... ku toleh kereta sebelah... Pemandunya tenang dan menyanyi dengan penuh semangat.... HEBAT....

tiba-tiba telefon berbunyi..... nama abang tertera dengan jelas.... panggilan dari jauh tetapi aku tidak berhajat untuk menjawab panggilan tersebut. aku biarkan sahaja.....

aku termenung lagi...... kereta bergerak dengan perlahan-lahan.... Pergh...kaki sakit dan lenguh tekan pedal clutch dan minyak...... penghawa dingin gagal menyejukkan hati.....

GERAM....... aku lemparkan telefon bimbit keluar..... Berkecai sepertimana hati ini berkecai.....

Sesampai aku di Pejabat......

" L, dah berapa hari awak macam ni...tidak bersemangat..... awak pergilah bercuti"
" Semangat saya hilang bersama hati saya"

" Suruh kawen xnk kawen.... skang dah jadi lain"
Aku senyap..... beg ditangan ku gengam erat.....takut aku layangkan......

akhirnya aku diberikan cuti untuk memulihkan semangat..... (Kalo ko sedey, aku lagi sedey sbb aku tuan punya badan) aku yang merasa peritnya..... aku yang telan pahitnya..... aku yang menanggung deritanya.....

Hilangnya senyuman hingga kini masih mencari kehilangannya....

Monday, September 23, 2013

REALITI @ FANTASI

Salam Sejahtera

Hari Isnin, hari yang selalu menjadikan perasaan yang tidak seronok berlaku dalam diri.... "Monday Blues"

Sejak kebelakangan ini, emosi agak terganggu.... persoalan demi persoalan hadir menyapa diri.... aku rimas dan lemas melayan.....

aku lega dimana janji yang selama ini dicipta akhirnya tertutup kes....... aku tidak lagi dibayangi janji itu...bersyukur kerana selesai 1 perkara yang slalu memburu aku.

aku semakin lega dimana kesihatan MAH semakin menunjukkan perubahan yang baik.......walaupun kini aku tidak bersama MAH tetapi aku sentiasa mendoakannya..... MAH semakin gembira dengan kerjaya yang dipilih. Akhirnya...dia memang SOULMATE aku tetapi bukan JODOH ku..... really my BFF 4eva.....

aku teruskan perjuangan tanpa share partner..... hanya seorang abang yang jauh memimpin aku untuk teruskan berjuang dan mgajar aku tentang kehidupan.... seorang abang yang selalu menasihati aku, mengingatkan kelalaian ku.... memimpin aku untuk terus menjadi insan bertanggungjawab.... tetapi aku tetap aku.... kedegilan ku...kekerasan ku..... tetap menghalang untuk aku membuka hatiku kepada sesiapa....

akhirnya kedegilan aku membuatkan mama mengambil tindakan drastik..... aktiviti mencari calon suami untuk anak gadisnya.... Aku sangat tidak bersetuju.... hati ini rasa memberontak..... hati ini panas..... hati ini sangat sakit..... CUKUPLAH AKU TERLUKA DAHULU..... aku tidak mahu terluka lagi...... parut yang lama masih tidak hilang, kini mahu ditambah luka yang baru....


Perancangan untuk mengadakan perjumpaan sedang dilancarkan.... aku hanya tersenyum mendengar permintaan mama.... dalam hati aku.... hanya KOSONG...... promosila macam-macam tetapi hati ini tetap KOSONG

Mungkin mama tidak percaya pada aku lagi sehingga begini tindakannya.... belum masa lagi untuk aku berputus asa tentang jodoh tetapi aku terkilan kerana hidup aku adalah untuk aku... tidak perlu masuk campur....

Melihat bulan dahulunya menjadi peneman dikala sedih tetapi kini, bulan tidak mampu menenangkan aku.....

Allah menunaikan permintaan ku untuk melihat MAH kembali ceria tetapi keceriaan yang aku miliki kini hanya KOSONG.... tiada senyuman di pagi hari... tiada tangisan dimalam hari.... tiada ketawa riang menemani siang ku kini.....

Bangun aku di pagi hari..... INI REALITI..... aku dah lama tinggalkan fantasi.....


Tuesday, September 17, 2013

Mencari sesuatu yang hilang.........

Genap stahun arwah meninggalkan kami skeluarga...... RINDU sgt2.... hanya doa untuk arwah yg mampu dihadiahkan....

Cuti 3 hari sempena Hari Malaysia amatlah menyeronokkan... bercuti sakan.... tetapi aku tidak kemana...hanya mengisi masa kekosongan dengan menghadiri Majlis Persandingan sepupuku yang bertuah sebab tidak semua sepupu ku kahwin yang aku dapat hadir sebab masalah kerja dengan syarikat yang beroperasi 24jam maka asyik kena standby je..... selain itu, aku habiskan masa dengan tengok rancangan kegemaran ku "RUNNING MAN" dan bermain dengan anak-anak sedara yang semakin bertambah....

Cuti tanpa melakukan sesuatu membuat kita rasa hilang sesuatu..... aku semakin terasa kehilangannya.... kalau dulu, cuti selalu lepak dengan kawan2 sambil melakukan aktiviti beriadah bersama...kini, ramai kawan2 yang sudah melangkah satu tapak maju kehadapan dimana cuti mereka banyak dihabiskan dengan suami dan keluarga tersayang....

maka kini cuti ku tiada makna lagi.... hanya sekadar berada dirumah menghabiskan waktu bersendirian.... aktitiviti paling sesuai ketika bersendirian adalah TIDO... tp aku tidah boleh tido lebih dari 8 jam kerana ianya akan mengganggu sistem badan aku sendiri.... sekarang waktu tido, makan, mandi semuanya kena ONTIME. aku tidak mahu lagi menganiaya badan sendiri.... tidak mahu terlantar di Hospital lagi....

kehidupan kini stabil...dah boleh menguruskan masa. jadual kini semakin teratur. tp kadg2 tu out jugak sbb mood x beberapa nak ok... stress kot sbb kurang rehat.... tahap pemakanan aku semakin menjadi2... smakin berat langkah untuk maju kehadapan..... mungkin aku perlukan senaman yang sesuai dengan kerjaya aku kini......

Kini, aku rasa sangat kehilangan...... tetapi aku tahu, semua yang terjadi pasti ada hikmahnya.... pasti ade penggantinya..... Allah tahu yang terbaik untuk hambaNya....

Berjalan aku seorang diri mencari ketenangan....lalu terhenti disebuah tempat dimana satu memori tercipta.... aku duduk berdiam disana seketika..... tempat itulah yang terakhir kalinya aku berjumpa dengan ***** setahun yang lalu..... aku tersenyum.... tasik yang dulunya indah kini penuh dengan lalang. Bangunan sekitar smakin tegak berdiri dengan gah..... tetiba perut ku terasa lapo..... ape lagi, Restoran KFC depan mata maka g ngapla.....

ok Bye......

Thursday, June 20, 2013

Ini Makan Nyer.......

Perisitiwa yang tidak mungkin terjadi tetapi telah terjadi.......

Ini kali pertama aku melihat seseorang dan terus menyampah dengannya..... Cerita bermula disini..

Aku seperti biasa melepak dengan kawan-kawan sambil makan minum ketawa berborak.... inila masa nak berjimba dengan kawan-kawan bukan... tetiba datang seorang mamat ni...(kawan kepada kawan baik aku). Datang dengan xde salam. duduk mcm gangster org kampung. Sibuk minum air kawan aku plak... yang kawan aku ni pun 1 sengal nya.... ko duk diam mcm kena sumpah tu knapa... ko biarkan je mamat ni join meja.....

Mula-mula aku releks lagi.... then lama-lama aku rasa gila menyampah dengan mamat tu.... Siap ambil makanan kami tanpa minta izin.... Sungguh tiada adab ok.... Then yang paling menyakitkan hati, ko dah x kenal kwn2 aku then duk perli n ketawakan kawan2 aku.... PERGH.... tangan aku dah siap sedia je ni... tunggu masa je.... SABAR sebab berada di tempat awam.....

Oleh kerana aku terlalu menyampah nak tengok dan dengar lawak B****** mamat ni maka aku pun minta diri la.... maka kawan2 aku pun sama beredar dan pergi ke kaunter bayaran.... Mamat sengal ni seperti korang maklumlah...dia still duk sibuk menghabiskan sisa makanan kami ya...

Aku menuju ke kereta bersama kawan aku. tetiba mamat ni datang nk tumpang kereta... Aku pandang member aku yang sengal ni.... boleh plak member aku ni siapkan bukakan pintu kereta untuk dia....  ADUYAI..... sengal gak kawan aku ni... xkanlah x paham reaksi muka aku yang dah tahap *****

Didalam kereta aku hanya memandu kereta dengan tenang untuk mengawal api kemarahan yang meluap2... tp mamat ni memang cari nahas.... Boleh pulak komen kereta aku sempit dan kecik...siap boleh cakap, keje bagus tp beli kereta kecik... then kata aku KEDEKUT.... WOOOO ni mamat dah melampau....

Aku berhenti kereta ditepi jalan. tidak silap aku berhampiran kawasan pembinaan perumahan...... Aku keluar kereta dan aku heret mamat tu keluar... member aku dah tergamam dengan tindakan drastik aku.... yang aku tak tahan, dia boleh plak kata aku kaki sentap..gurau skit tidak boleh....

Dengan FREE aku bagi penumbuk aku sebijik..... INI MAKAN UTK ORG TIADA ADAB MCM KO. tergamam mamat ni tengok aku sambil meraba mulut dia yang berdarah.... Kalo aku ni kedekut, dah lama aku tak bg ko naik kereta aku la wei.... dah lama aku x bayar makanan yg ko makan tadi tu la wei.... Main SEDAP MULUT je ko kan mengata aku ni kedekut, kereta aku kecik bagai.... tadi tu HADIAH perkenalan aku untuk ko ok....

Aku terus tarik member aku dan masuk dalam kereta.... tetiba mamat ni merayu supaya dia dihantar ke klinik.... rupanya dia kesakitan kerana gigi dia tercabut akibat tumbukan aku... dia terus janji yang dia akan senyap dan tidak akan mengadu atau memberitahu sesiapa mengenai perkara tersebut.....

Oleh kerana aku melihat darah yang mengalir tidak sudah itu maka aku hantarkan juga ke klinik... smpai di klinik tu, dia mengatakan dirinya jatuh tangga dan terkena bucu pemegang tangga berkenaan... selepas selesai sume maka aku menghantar mamat ni balik....

MEMBER aku yang mcm kena sumpah tadi tersenyum... aku pelik tengok dia.... ko kenapa noks? sudah nek sawan ka? Member aku ni terus berkata... aku tidak pernah dapat hadiah perkenalan dari ko noks...
aku terus tergelak mendengar kata-katanya....

Kesimpulan : Sila menjaga adab dan menjaga pertuturan kita dengan semua orang tidak kirala orang tua atau pun kanak-kanak sebab mereka semua ada perasaan... Aku pun dah minta maaf kat mamat tu sbb kehilangan kesabaran.... Sejak hari itu, mamat tu kalo jumpa aku, dia hanya senyum tutup mulut je sbb malu dengan gigi dia hilang kot...

Sekian....

Tuesday, June 18, 2013

Miss my Old Life

Dah lama x mengarang....mata pun dah letih mengadap komputer seharian.....

Salam Sejahtera semua.....

Kahidupan berkerjaya sangat mencabar n menduga fizikal dan mental. Pergh.... jawatan disandang bukan 1 permainan yang menarik tapi tanggungjawab yang berat.... Setahun sudah menyandang tanggungjawab menjaga amanah yang diberikan..... tetiba merindukan saat menjadi pelajar.....

Kehidupan sebagai pelajar seperti ini....
Seronok sebab walaupun sibuk dengan assigment dan presentation tapi ada kesempatan untuk melepak dengan kawan, balik kampung untuk berjumpa dengan keluarga dan berdating dengan pasangan.

tetapi sejak menjadi wanita berkerjaya..... semuanya berubah....

Isnin sehingga Jumaat - Berkerja dengan mengadap komputer....letih sebab mengadap selama 10 - 12 jam. (Pergi kerja seawal pagi dan balik rumah ketika saat matahari terbenam) belum ditambah dengan kesesakan lalulintas dan melayan kerenah boss2 yang banyak cengkadak..... Semuanya nak URGENT.... Sabtu ahad yang tidak bekerja pun bekerja juga sebab kalo dah menimbun atas meja kena siapkan gakla.....

Bekerja untuk 12 boss yang macam-macam kerenah tu yang memeningkan.... duduk rumah tapi otak kat Pejabat.... setiap sejam ada je panggilan masuk.... tidak kira sama ada bekerja atau hari cuti.... Keje yg sentiasa kena panggil memg memenatkan dan skang aku faham kenapa doktor selalu kepenatan apabila kena bkerja tidak tentu masa..... seperti aku, sentiasa kena ikut kemana jua boss pergi.... Berkepit jela jawabnya tetapi boss sentiasa faham keadaan aku yang masih bujang maka kadang dia akan berikan cuti untuk aku menenangkan tekanan otak aku......

BUT seriusly..... rindu zaman belajar..... skang tengah isi borang untuk sambung belajar semula.... harap semuanya berjalan dengan lancar.... Bersyukur dengan apa yang diberikan olehNYA....

Friday, March 29, 2013

oh Bulan

Salam..... Hai semua, dah lama tak menulis...mm...biasalah sibuk dengan kerja n tangggungjawab kat rumah. oklah.... kali ni nk menceritakan sesuatu mengenai KENANGAN SI BULAN......

27 March 2013

Lebih kurang jam 8 malam. aku baru je dapat menjejak kaki kerumah.... selepas penat memikirkan masalah yang dihadapi dengan baby gold yg comel yang telah dicium oleh baby orang lain tanpa pengetahuan aku.... maka masuk rumah dengan langkah yang longlai....
Kepulangan ku selalunya akan disambut oleh 3 angel anak buah yang comel.... selepas peluk cium deme, aku akan terus naik ke bilik tetapi tetiba tanganku ditarik oleh anak kecil ini....

"Mama, Jom keluar... Azam nk jalan2"
" Oh ye ke... tp mama penatlah.... ajakla umi keluar jalan2" sambil aku membelai pp beliau mengharapkan beliau faham
" Mama janji nak temankan azam main kalo azam jadi budak baik hari ni... " mencebik mulut dia sambil memandang diri ini....
" ok, jom keluar... " saya pun berjalan berpegang tangan dengan beliau diikuti kembar beliau bernama Alif...

Dihalaman rumah, diatas kerusi batu, aku memerhatikan mereka berdua bermain bersama.... suasana agak terang lalu aku melihat keatas langit dan aku terlihat si bulan...Bulan Penuh... cantik!


Sedang aku sedang memerhati bulan, tetiba aku teringat sesuatu...Sesuatu yang aku rasa aku patut lupakan...
Dulu, aku selalu kaitkan si dia dengan bulan... terimbas kembali semua... Aku terasa syahdu di malam hari... aku tidak sedar yang airmata mengalir sehingga Azam dan Alif menegurku...:-

" Kenapa mama nangis?"
" Eh! mana ada... mata masuk habuk lah..."
" Meh Azam tiup...Fuh!"
"Adoii, pedihla sayang...sudah, pergi main sana"
"mama nangis lagi.... "

Aku cuma mampu tersenyum tapi tidak mampu berkata apa-apa... Hanya hati terasa syahdu dan sedih apabila teringat perkara tersebut.... Mungkin si dia kini gembira dengan pilihannya...... Aku tidak mampu berbuat apa-apa untuk kembalikan senyuman kecuali mendoakan kebahagian si dia...


teringat akan gambar diatas ketika aku sedang bersedih beberapa tahun yang lalu dan ada sahabat yang memberikan kata semangat ini dan ingin aku kongsikan supaya si dia terus berusaha mencari kegembiraan diri sendiri....kerana.....



maka saya harap si dia mampu melakukannya..... kerana keputusan telah dibuat.... dan saya tidak mampu untuk melakukan pusingan U-Turn untuk kali keberapa ntahnya.... kerana masa depan terlalu jauh untuk difikirkan dan tiada masa untuk menoleh kebelakang.... maka tindakan yang mampu dibuat adalah


Maka mula kan hidup dan hari dengan senyuman.... dengan sisa tenaga dan semangat yang ada.... dan setiap orang ada kesedihan.... PERCAYALAH....


Hargai apa yang ada....kerana sekali kita kehilangannya.....ianya tidak akan kembali.....

( really miss someone but still i need to be happy coz wanna make sure the others also happy like me.... my tears is mine, not for them.....)


seterusnya membahagiakan orang lain.... mungkin sedikit kelukaan tapi membahagiakan orang adalah sesuatu  tanggungjawab yang sempurna....

Terima kasih kepada empunya .... Credit untuk gambar2 yang diambil.....
Terima kasih kerana membaca.... terima kasih kerana hadir dalam hidup saya!

Wednesday, March 13, 2013

My Hot Siblinx....weddings!

Hai semua..... 

kali ini nak cerita tentang cerita disebalik gambar KAMI....... 

My happy life with my hot siblinx......

Gambar ini diambil masa kami pergi kenduri kawen one of my hot siblinx gak di Tampoi, Johor Bahru.... Baju telah ditaja oleh pengantin untuk photoshoot dan kami telah ditugaskan menguruskan photobooth yang happening....tgk jela props yg ada.... penuh meja...tu belum guestbook yg penuh dgn lakaran kreatif dari semua pihak yang terlibat dan tetamu yang hadir....

Bertapa gembiranya kami apabila berkumpul bersama....bukan senang nk jumpa bersama apabila dah masuk dunia kerjaya.... Tu dia dari kiri Hana, saya, naim, rara, umi n le'a......

Lupa pulak...yang atas tu separuh daripada kami sahaja sebab 2 orang daripada kami telah melangsungkan Majlis Persandingan pada tarikh yang sama maka kami terpaksa membahagikan HOT SIBLINX.... 

gambar ditepi ini salah seorang siblinx kami yang berkahwin (anis @ amoy bersama pasangan anas) tanpa kehadiran kami...sorry syg! doa kami sentiasa mengiringi kebahagian syg..... buat pengapit perempuan, cantik baju...tp dia la gadis paling sibuk antara kami.... berdesup dia bawak kereta dari subang jaya ke Johor Bahru dan berpatah balik pada hari yang sama ke UPM Bangi utk berkongsi kegembeiraan dan tangisan...... itula dia superwoman PYE n MENG...! 

Masih ada yang tertinggal la..... mana plak gambar deme ni....sat p korek dlm fail....

tu dia...Pengantin yang kami sambut di Johor Bahru..... As dan Sham....tidak lupa sue yang bereben dikepala menjadi hot siblinx lengkap bersama..... sebenarnya kami tidak cukup ahli dimana wani kecik dan ama tidak dapat hadir kerana urusan kerja yang tidak dapat dielakkan..... 

ini dia kami sepanjang 28 sehingga 3 Mac 2013 yang lalu.... nnt kami update apa kami buat sepanjang kami bercuti bersama plak k.... c u all... thanks!

Wednesday, March 6, 2013

MAH dan lagu

beberapa bulan yang lepas, aku bersama MAH dan ditemani beberapa orang adik pergi menghabiskan masa bersama... biasalah, hujung minggu sesuai dihabiskan dengan keluarga dan kebetulan minggu itu aku tidak terlibat dengan sebarang event maka bestnyer kalo dapat bersama.... Selepas aktiviti bermain bowling bersama ank2 buah dan adik2 maka aku untuk berkaraoke disalah sebuah pusat membeli belah..... sedang asyik melayan kerenah tetiba aku terdengar MAH menyanyi lagu dibawah ini... aku terus terduduk dan memahami setiap bait2 lagu tersebut.... dengan secara tidak langsung, aku faham maksud lagu ni dan menitis air mata aku.... siap tersedu sedan lagi....yang membuat aku sedih tahap sedu sedan sbb MAH yg nyanyi dan tujukan lagu tu utk aku.... konfemla aku nangis noks..... aku sangat faham maksudnya dan tidak mampu nk berkata apa2 dan sehingga kini aku masih mampu mengingat peristiwa tersebut dan setiap kali lagu ini dikeudarakan di corong radio maka aku akan menitiskan air mata..... 


Teman Pengganti : Black ft Malique

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/06/lirik-lagu-teman-pengganti-black-ft.html#ixzz2MjEiR0hS

Thursday, January 31, 2013

My BFF.... luv u all.....

Hye semua.... hari ni ada kelapangan dari membuat laporan maka saya isikan dengan coretan didalam blog yang dah lama saya tak kemaskini ..... biasalah, tuntutan kerja terlalu banyak..... Malam tadi tetiba rasa rindu sangat dengan coletah deme ni.... pejam celik, dah 3 tahun kami bersama..... Nampak gayanya bulan depan sy kena fly ke Johor Bahru untuk menghadiri Jemputan Perkahwinan adik yg tinggi lampai bertudung hijau hitam dibelakang tu..... sudah mahu kahwin adik-adik ku ini.... Pada hari yang sama, gadis kecil molek duduk ditepi siap bgaya dengan beg tu juga bakal melangsungkan persandingan maka terpaksala kami membahagikan masa JB n Putrajaya.... xpela, demi adik-adik yang tersayang.......dan diikuti si baju kelabu comel itu sedang bdiri.... bulan 6 katanya.... jauhnya kena fly ke Pahang plak.....well done my BFF

x lupa jugak my dear BFF kat gambar atas ni..... hehehehehe...rindu kat u all la dear.... well, i still tunggu kad jemputan dari deme ini juga.... hehehehe.....


my dear auntie..... yg buat peace tu dah dimiliki orang.... selamat dilangsungkan tahun lepas... alhamdulillah, bahagia my BFF skang.... auntie lagi 2 orang ni..... tgh tggu masa je tu.... rindu nk manja2 dgn my dear auntie ni.....


lastly.... rindu giller kat buddies ni.... deme la yang paling lama.... btahun2 jd BFF i.... 3 daripadanya dah selamat menjadi suami n isteri orang.... Alhamdulillah, saya masih berkesempatan untuk menghadiri Majlis dorg... so... lepas ni sape pulak ek.....

okla... badan pun bukan stabil sangat ni.... nnt kita kemaskini blog ni lagi... rindu kat korang.... take care... selamat n tahniah k....