About Me

My photo
simple person who need a lot of experience and knowledge for now and the future life

Monday, March 29, 2010

belum berakhir.......

ku rasakan dah sebulan lebey ku tak rasa mcm ni......walaupun ku sibuk dengan pelajaran n aktiviti yang padat tp aku tak terasa begitu tertekan kecuali kerana aku tersangkut paper je.... tp dalam 2 minggu ni, aku sering skali kena migrain n sakit perut sehingga aku kerap muntah. doktor kata aku kena gestrik tp yang pelik, aku tak pernah skip mkn @ mkn tak cukup....sll cukup je.... n skang aku kena jg mkn...heheheh...pluang nak kuruskan badan.....

aku mula rasa tak tenang dan aku lebey banyak termenung tapi aku tak pasti ape yang aku menungkan.... aku rasa otak aku blank setiap kali menjelang paper test @ quiz sedangkan aku tak pernah miss study kot.... kurasakan bahawa hanya badan aku sahaja disini tapi fikiran dan jiwa ku dah berada jauh dari aku.......

dan kebetulan sejak kebelakangan ni, mcm2 dugaan terjadi pada aku dan aku akui aku hampir putus asa tetapi kerana sokongan dari kawan maka aku teruskan....dan kini aku masih teruskan menggunakan sisa tenaga yang ada.... just follow the flow.....

aku akan teruskan dan teruskan kerana aku tahu, sume ni belum berakhir dan aku perlukan sempunakan perjuangan ku ini hingga ketitisan peluh yang terakhir.....

Sunday, March 21, 2010

sedar ianya sebuah realiti

malam ni kurasakan kosong...... seolah2 tiada ape yang perlu aku fikirkan @ lakukan.....lengang n sunyi...... suasana diluar tenang tanpa sinaran bulan..... bintang tidak menemani sang cahaya pada malam ini.....hanya awan gelap terbentang luas memenuhi ruang pandangan ku....mungkin bumi akan dibasahi hujan.......

aku hanya mendiamkan diri...dengan tenang, aku cuba memikirkan masalah2 yang timbul......aku tahu, aku akan berdiam jika aku sedang memikirkan sesuatu sedangkan aku seorang yang agak riuh n jarg aku senyap......dan korg jgn salah anggap k...senyap aku bukan kerana mrajuk @ marah tapi sedg berfikir........ketenangan memberi ilham.....

aku selalu memikirkan hal yg sudah berlaku kerana aku mahu memperingatkan diriku sendiri atas segala pengalaman aku supaya aku tidak melakukan kesilapan yang sama dan memperbaiki kelemahan dan kesilapan yang lampau....

aku juga selalu memikirkan perkara2 yang akan berlaku supaya aku ble merancang setiap perjalanan hidupku supaya ape yang aku impikan dan inginkan akan tercapai mengikut ape yang dirancangkan tanpa sebarang masalah......

didalam kesibukan aku memikirkan kedua2 perkara diatas....rupanya aku tertinggal perkara yang berada ditengah2nya...... aku terasa kini aku telah banyak menghabiskan masa untuk memperbaiki dan merancang tapi aku terlupa akan perkara yang sedang berlaku..... aku telah abaikan setiap masa yang berharga sekarang.... aku sibuk demi masa depan tapi tidak sedar akan masa yang sedang berjalan...... aku tidak menghargai saat ini.....sedangkan disaat inilah terlalu banyak saat terindah yang bakal kuciptakan........

kini, aku sedar.......masa berlalu dengan pantas maka aku kena bijak mengambil peluang yang ada untuk mengisi kekosongan yang ade kini..... aku perlu menghargai setiap ape yang ade pada aku atau sekeliling aku sekarang.....kerana aku tahu, dan sedar bahawa aku akan kehilangannya segalanya sekiranya aku tidak menghargainya setiap saat untuk mengabdikan kenangan utk masa akan datg.....

dan buat korang..... bantu aku untuk belajar menghargai masa yang ade sekarang.... ingatkan aku tentangnya.....aku tidak mahu ketinggalan sesuatu yang berharga untuk masa depan generasi seterusnya.....

Thursday, March 18, 2010

sahabat......

sahabat...... mengapa kau pergi
tinggal aku sendiri
kau tahu ku tak sanggup

sahabat.... ingatlah kau selalu
jadi yang terbaik
walau kau tak disini lagi

sahabat....aku rindu pada mu
datang walau sesaat
ku ingin kan kau hadir

aku disini dan menunggu
diam tanpa dirimu
kau tahu ku tak bisa
beranjak terbang dan melayang
tanpa dirimu ku tak bisa
dan kembalilah.....

degree ooo degree......

rasanya lagi setahun lebey aku akan berada didalam situasi ini dmana aku tengah berjuang untuk mendapatkan segulung ijazah yang aku impikan selama ni...... degree of customer service management (hons)......

kenapa aku pilih course ni...? mgkn sbb aku minat atau mgkn aku takde pilihan..... aku rasa sbb aku tak kesah amik course ape pun sbb aku tahu, aku hanya nak mencari ilmu..tu je...lagipun zaman skang, tak semestinya kita akan bkerja dengan course yg kita amik...btul x????

kehidupan aku sejak kebelakangan ni agak sukar mungkin kerana aku terlalu sibuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru....kawan baru....n mcm2 lagi la baru..... selain itu, aku akui bahawa mengambil degree ni adalah part paling sukar dalam kehidupan pembelajaran aku....nak @ x, aku kena hadapinya juga...tp atas semangat n dorongan dari ramai pihak....maka aku akan teruskan perjuangan aku ini.......

terima kasih buat kalian yg x pernah jemu menghulurkan bantuan dan semangat malah memberikan nasihat n pandangan kepada diri ku ini......syg korg....

Tuesday, March 16, 2010

hakikat........

pengalaman mengajarku.....untuk mengerti sume yg berlaku..... ha! bukan senang nak menjadi seorang anak yang bertanggungjawab, seorang pelajar yang berhemah tinggi, seorang sahabat yang sempurna dan seorang kakak yang berdedikasi........ tapi inilah tanggungjawab yang perlu kita sume pikul.....

aku selalu mahukan yang terbaik untuk diri sendiri dan orang lain tapi selalunya tak sume ape yang kita nak, kita akan dapat.... nak dapat sesuatu memerlukan banyak pengorbanan dan usaha. aku tak pernah nafikan tu semua. itu memang kenyataan....dan aku harus menghadapinya..... hakikat...heheheh

baru2 ni aku sering dilanda pelbagai masalah, setiap malam tidurku bertemankan airmata, hatiku seperti ditoreh2 n lukanya semakin mendalam....bak kata adik, pakai iodin kalo dah terluka....kpala tengkorak dia....mana plak aku nak bubuh iodin kat hati ni......mmm....

aku skang perlu kuat untuk sume....aku takle lemah kerana ramai memerlukan aku..... aku pun memerlukan mereka......aku akan cuba yang terbaik untuk menjadi seorang insan yang terbaik untuk diri sendiri dan org lain.... aku akan cuba memperbaiki kelemahan yang ada bagi mengurangkan kadar masalah yang timbul....heheheheh......

" improve ur weaknessses for ur own benefits 4 d future"

Monday, March 15, 2010

menghargai......

kita akan belajar menghargai sesuatu apabila kita sedar kita akan kehilangannya....seperti contoh, kita menghargai sesuatu persahabatan atau perhubungan apabila kita mulai rasa kita bakal kehilangannya......

dan kalo korang nak tahu, aku skang tengah belajar tuk menghargai semua yang ada pada aku dan orang2 sekeliling aku kerana aku tahu, 1 hari nanti, aku akan kehilangan mereka......

dan untuk pengetahuan korang, aku memg sayang korang dan aku tak mahu kehilangan korang. kehilangan korang seperti meragut separuh nyawa ini kerana hidup ku tidak sempurna tanpa korang......

" You are my sunshine "

Monday, March 8, 2010

sharing is caring

aku mahu nangis kerana aku terlalu sedey.... dah kering air mata aku ni...asyik nangis je.... dalam kepala aku, berserabut....penuh dgn masalah..... nak lari.....cannotla..... aku bukan jenis yg suka lari dari masalah....... aku tgk tingkap....rasa mcm nak terjun je....tgk dinding, rasa mcm nak tumbuk je tapi aku taknak myusahkan org @ myakitkan org maka aku mendiamkan diri......

cara penyelesaian......

nak pulang....aku rasa semakin dasyat tekanan aku jika aku pulang ke rumah.......
nak pergi bercuti.....ish...duit ptptn blum masuk lagi......
nak share wif frenz....x sume org faham aku malah ade plak yg myalahkan aku.......
nak share wif boyfrenz.......taknak kaco org yg sedang sibuk, lagipun hal remeh temeh x elok utk dia.......

ape lagi yg patut aku buat...... mata aku dah teruk ni....tido tak tentu hala....airmata tak henti mengalir....rasa marah mcm nak blasah org....sakit wei.....quiz, test, n asgmt semakin dekat n terlalu dekat.....kalo ko nak aku failed selalu....blela tambah lagi masalah kat kpala aku...... takpun ko blasah je aku sampai mati...lagi senang.....aku lebey rela jd mcm tu dari ko terus bg penderitaan kat aku..... ingat! what u give... u will get back.....