About Me

My photo
simple person who need a lot of experience and knowledge for now and the future life

Friday, October 18, 2013

Seisi Suai Kenal.......

Hai semua.....

Hari ini nak citer mgenai tajuk diatas.......

Apa yang menarik? tiada apa-apa pun..... seriusly.... BOSAN

Rasanya pernah citer mengenai mama yang nak sangat rekomen anak kawan dia kat saya......

Please..... seriusly i feel so annoyed......

Seisi suai kenal sungguh membuat aku tidak terasa teruja untuk mengetahui mengenai jejaka tersebut.... yang lebih membuat aku keliru dimana jejaka tersebut telah mengetahui banyak perkara mengenai aku dan aku pula satu benda pun tidak tahu mengenai jejaka tersebut.

ini dia citarasa mama aku.... jejaka tersebut bekerja disektor kerajaan, seorang yang lebih tua dari aku....lebih kurang 6 tahun gak perbezaan..... seorang yang berkulit sawo matang...matanya sepet mcm anak cina.... tingginya lebih sedikit dari aku.... agak pendiam...itu je kot dari pemerhatian aku.... ianya agak kontra dengan aku.....

kadang-kadang aku terfikir.... kenapa la mama ni berkenan sangat dengan jejaka ini.... kalau dah berkenan, kenapa tidak kawen je dengan jejaka tersebut, mama kan single lagi..... (kepala aku konfius). Mungkin, inila dinamakan jodoh..... Aku hanya layankan je kerenah mama.... Mungkin itu kemahuan dia..... Dah macam drama cerita melayu plak.....

Menarik disini, jejaka tersebut ajak keluar bersama....yelah, seisi suai kenal belum tamat tapi dengan slumber aku menolak dengan baik atas alasan aku sibuk dengan kerja malah aku akan bertugas di luar kawasan tidak lama lagi.... Fuh! sampai bila lah aku nak kena lalui semua ini....

aktiviti paling best dimana aku menang dalam pertandingan bowling antara kakitangan pejabat aku.... kesian jejaka ini terpaksa menemani aku sehingga awal pagi.... bagi dia tahu, inilah aku dan hidup aku..... hehehe....

Wednesday, October 9, 2013

Pelengkap Hidupku.....


Tunggang Terbalik tapi Tersenyum.......

Dalam hati ada taman........

Maaf buat si dia..... blog yang lepas tidak mempunyai maksud tersirat untuk memberi harapan atau mengharap..... seperti yang disebutkan, racun tetap racun....tidak akan menjadi madu dalam sekelip mata....

MAH selalu berpesan, hidup ini hanya sementara...... buat yang terbaik untuk diri sendiri dan jangan sesekali untuk menoleh ke masa silam..... dimana masa silam aku sangat menyakitkan...... dan aku mengambil masa yang lama untuk pulih kembali....

dan aku tidak lupa semua ini..... pisang tidak akan berbuah 2 kali dan aku tidak mahu itu berlaku sekali lagi terhadap aku...

Aku bersyukur sebab si dia dapat kawan yang memahami dia.... kalo boleh, saya nk minta tolong kawan si dia untuk terus sokong si dia... kalau boleh carikan je si dia seorang gadis yang baik untuk dijadikan teman seumur hidup Si Dia.....

Seriusly aku rasa tidak layak untuk aku kembali..... dan MAH tidak akan sesekali memberikan aku peluang untuk itu dan aku faham kenapa kerana MAH telah diberikan tanggungjawab oleh arwah ayahanda ku untuk menjaga aku dan adik2 aku.

tetapi aku tidak pernah nafikan bahawa si dia tetap ada dalam hati aku sebagai kawan dan aku tidak pernah rasa untuk melupakan sebab si dia pernah mengisi ruang tersebut sepenuhnya.... Si Dia adalah antara anugerah terindah yang pernah aku alami dan kini hanya memori..... dan ianya akan kekal menjadi memori....

Orang baik dengan kita maka kita kena baik dengan orang..... aku sentiasa memegang prinsip tersebut.... Orang hormat kita, kita hormat orang...... kalau nak orang lain layan kita baik, maka kita kena layan orang lain dengan cara baik dan betul. itu niat yang sebenarnya..... Aku layan si dia baik sebab aku tahu si dia pun akan buat perkara yang sama......

p/s: teringat MAH pernah kata, senyuman aku ni boleh buat orang cair tetapi bila aku fikir balik, mungkin aku pun cepat cair tengok senyuman orang lain kot..... teeeet! ko memang TERBAIKla MAH..hadiah untuk ko MAH ♥♥♥



Tuesday, October 8, 2013

Lakaran Hati Untuk Si Dia...


Seriusly Untuk Si Dia......
Wow... tajuk xnak kalahkan....tapi tidak memberi apa-apa makna pun....

Persoalan disini kenapa aku mengarang di dalam blog tetapi bukan di dalam mesej, call atau sebagainya.... Ianya diatas beberapa sebab.....

a) Oleh kerana handphone telah hancur gara-gara aku campak kat tengah jalan maka no phone semua kawan-kawan telah tiada dalam senarai simkad ok.....

b) Oleh kerana si dia lebih suka aku update blog ni kot sbb tu aku tulis dlm blog je.....

 Baiklah, teruskan penulisan ya..... sebelum aku terlupa, aku nk ucapkan terima kasihlah kepada si dia yang sudi memberikan kata2 semangat dan prihatin terhadap org seperti aku..... (aku kan racun bg sesetengah orang)

Apa nak dipelikkan dengan kaitan sakit dan diri saya..... walaupun saya aktif tetapi sudah pasti saya tidak terlepas dengan dugaan sakit....(saya hanya manusia biasa k). Apabila difikirkan semula, sakit saya disebabkan daripada banyak punca... dari segi pemakanan yang tidak beberapa nak seimbang n saya kerap skip makan kerana sibuk.... dari segi kurang senaman kerana walaupun saya aktif keluar tetapi lebih dari 12 jam saya menghadap komputer setiap hari.... maka masa untuk beriadah adalah sangat terhad. Kebetulan pula saya mengalami masalah allergic yang teruk dimana saya alah dengan vitamin c maka sistem antibodi saya agak terganggu maka tidak peliklah bagi saya sekiranya saya jatuh sakit.

Pinjaman Bahu dilarang sama sekali ya..... hahahaha.... well, my BFF always there for me but sometimes everybody busy so terasa la kesunyian..... lagi-lagi kini kebanyakkan BFF dah berpunya dan menjadi hak milik orang lain maka terasa sangat kehilangan dorang ni untuk tempat meluahkan perasaan.... sebab tu stress tidak terluah.... asyik disimpan je lagipun xnak susahkan orang len dengan merisaukan keadaan kita..... everybody have their own problem so sendiri mau pk la....

Lastly.... thanks for everything..... nothing can change ur place in my ♥.......


 

PENAT......

Salam Sejahtera Semua

Alhamdulillah...saya hampir pulih dan kembali normal cuma batuk masih menyekat suara untuk bercakap.... still can update blog ok.....

Terima kasih buat semua yang terlibat menjaga, memberi nasihat dan prihatin terhadap kesihatan saya....

Kali ini saya update blog bertujuan untuk memohon ampun dan maaf kepada kebanyakkan BFF saya yang telah membuat appointment untuk berjumpa dengan saya tetapi saya gagal untuk bertemu dengan mereka....  bak kata mereka " Kalah Perdana Menteri tau kalo nk jumpa dengan ko"... aku faham maksud korang sebab susah nk jumpa aku kan.... Biar aku terangkan......

Aku sekarang berkerja 5 hari seminggu sebab beberapa bulan yang lepas aku berkerja 6 hari seminggu. Syarikat dengan baik hati telah mengurangkan waktu berkerja tetapi kerja tetap tidak berkurangan..... Maka, apabila kerja banyak tapi waktu berkerja berkurangan maka semua kerja kena cepat disiapkan itu tidak termasuk nk melayan kerenah 12 boss yang memeningkan ok.Sabtu Ahad pula sekiranya ada event maka aku kena standby di Pejabat so korang faham-faham jela ya.... Aku sendiri fikir banyak kali  untuk berkahwin sebab takut dapat suami yang tidak faham dengan kerjaya saya.... Kesimpulannya, semakin tinggi jawatan ko, semakin berat tanggungjawab ko kecuali orang2 yang tidak sedar diri akan tanggungjawab.

Okla kawan-kawan....... saya minta maaf ya.... saya memang benar-benar sibuk..... saya mengalami masalah kekurangan masa untuk bersenam, untuk bersosial, dan masa untuk berdating..... sekian!

Monday, October 7, 2013

Akhirnya TERSUNGKUR.......

Salam Sejahtera Semua.......

Minggu lepas telah ku update blog ini dengan babak-babak menarik Monday Couple of RunningMan...... itulah kerja aku sepanjang seminggu ni..... habiskan semua episod RunningMan......

Wah! Byk x masa lapang aku......hehehehe........ macam orang x ada keje kan.....

Sabtu yang lepas..... ketika aku update blog ni, aku dah mula rasa x sedap badan.... bersin je.... tekak pun rasa dah payau je..... kebetulan bonda telah pulang ke kampung halaman..... kakak, abg ipar n anak buah semua pulang ke rumah tok n wan sebab mereka semua demam... Boy pulak seperti biasa jadual hari minggu memang padat dengan kuliahnya. Terpingga aku kat rumah seorang diri. Runningman tu la menjadi peneman.... Makan pun aku dah x pk kalo tinggal sorg2... konfem skip habis.... tahu-tahu saje dah malam.


Pada malam tersebut, my BFF si MAH ajak keluar makan sbb dia tahu perangai aku....aku tidak suka makan seorang diri....... maka sudah seharian aku tidak mengisi perut maka aku melantak malam tu dengan ikan siakap 3 rasa dan sup campur..... Hidung aku mula berair dan batuk mula kedengaran..... Keluarga MAH makan sungguh berselera tapi bukan aku.... dalam keadaan nafas mula tersekat2 aku hanya makan dengan perlahan dan mendiamkan diri. MAH perasan perubahan ku..... lalu menghantar aku ke klinik berhampiran.... oleh kerana aku terlalu stress dengan laporan kerja yang banyak dan tertekan dengan boss yang kurang memahami, maka aku meminta untuk bermain di FUN FAIR.....

Pertama kali aku menjejak kaki di Fun Fair.... ramai kemain.... kelihatan kanak-kanak ketawa riang bersama ibu bapa mereka.... MAH pergi mendapatkan COIN untuk bermain. Aku hanya duduk di bangku sambil melihat dia bermain dengan riangnya..... Lega aku melihat dia tersenyum riang bersama anak-anak patung yang dia berjaya dapatkan.... penuh kereta dengan anak patung.....konfem anak-anak buah suka dengan anak patung tersebut.

Selepas dihantar pulang, aku terus makan ubat dan melelapkan mata.... Keesokkan harinya, suhu badan aku mula tidak stabil. Boy mula kerisauan lalu menelefon MAH untuk menjemput aku.... bahaya meninggalkan aku seorang diri ketika demam...bukan tidak mampu jaga diri tetapi selalunya aku tidak sedarkan diri sekiranya demam....

Aku dihantar semula ke klinik setelah 2 jam demam tidak berkurangan..... Ya! kena cucuk lagi jawapannya... Bonda terus pulang setelah MAH memaklumkan hal yang sebenar..... MAH bertungkus lumus memabantu menyiapkan laporan kerja aku kerana keesokkan harinya aku terpaksa membentang kertas kerja yang penting di pejabat. Dalam keadaan yang kritikal, aku gagahi juga untuk menyiapkan laporan tersebut.

ISNIN 30 SEPT - Seriusly aku memang tahap tersungkur..... hanya mampu terbaring sahaja. Airmata ku tidak berhenti-henti mengalir begitu juga air yang di hidung..... batuk dengan kuat... MAH yang menghantar kertas kerja ke pejabat. Kesian dia..... aku gagahi diri untuk ke klinik skali lagi untuk mendapatkan MC. Nasib baik free sebab klinik panel syarikat.... Seharian aku terlantar.......

SELASA 1 OKT - Keadaan ku masih tidak stabil, tetapi dari awal lagi aku bilang, kesukaran aku apabila mendapat boss yang kurang memahami..... MC untuk hari ke 2 tetapi dipanggil untuk masuk bekerja bagi membetulkan semula laporan yang dibuat..... Masa tu, jangan cakaplah ea...tahap rasa nak menyumpah orang pun ada.... tetapi itu bukan cara aku... Aku diamkan diri menyiapkan kerja lalu pulang dengan kadar segera. Akhirnya seluruh keluarga terlantar akibat demam virus.... Esok ambil darah ya!

RABU 2 OKT - oleh kerana aku tidak tertahan dengan perangai boss yang asyik ganggu MC aku, maka aku datang jugak kerja pada hari itu.... dengan muka pucat, aku masuk pejabat lalu aku buka semula file-file yang bertimbun diatas meja... 1 per 1 aku semak sebab tidak berpuashati dengan kesilapan laporan sedangkan aku sudah cukup berhati-hati terutama yang melibatkan jumlah wang. Boss lalu pun aku tidak sedar... biarkan saja.... setelah diamati, laporan dari jabatan lain telah salah maka aku minta tolong mereka buat semula 6 bulan punya laporan..... sekarang, siapa yang terkena......

KHAMIS 3 OKT - batuk dan selsema aku semakin teruk..... tidak mampu mengeluarkan bunyi ketika bercakap. Otak terasa berdenyut dan fikiran agak terganggu. Waktu tidur 2 jam sahaja mungkin menjadi faktor ketidakstabilan. Akhirnya aku terus dihantar ke Klinik untuk ambil ujian darah.... selepas itu, aku terus ke pejabat untuk menyiapkan laporan yang tergendala......

JUMAAT 4 OKT - Ya... Birthday boy yg ke 25..... ksian aku tengok dia yang tersungkur demam dah beberapa hari. Maka aku menghantar dia ke klinik untuk ujian darah. Tapi alhamdulillah, kami semua selamat dari bahaya.... Demam Virus sahaja.... Masuk pejabat je, aku terus berperang dengan kertas-kertas sambil melepaskan batuk n selsema.... Berair je la.....

SABTU DAN AHAD - Duduk rumah diam-diam sambil tengok Running Man sebab kena kuarantin.... bagi batuk n selsema berkurangan. BOSAN kan duduk rumah tanpa cuci mata..... Tido jela......

p/s: terima kasih buat MAH sekeluarga yang banyak membantu....to my Family...cepat sembuh ya masing-masing..... buat staff pejabat, sorryla ea sebab terpaksa memaksa korang siapkan laporan.... terima kasih atas bantuan anda semua....

ha..... Buat si dia, ni update untuk u..... sorry, seminggu yang sangat sibuk dan tidak sempat nk update..... aku tidaklah sekuat mana seperti yg u sangkakan..... akhirnya tumbang......