About Me

My photo
simple person who need a lot of experience and knowledge for now and the future life

Wednesday, September 30, 2009

30 September 2009 (Rabu)

kalo ko tanya aku apa yang aku buat hari ni...aku akan jawab, aku tak buat pape....

hari ni sepatutnya aku bekerja seperti biasa....pergi kerja dan buatla kerja yang bos bg tu dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang...btul tak... tapi hari ni. aku masuk kerja je dah lewat sebab hujan lebat dan aku tolong member yang basah kuyup...tapi aku lambat pun bukan lambat sangat pun...lambat 15 minit je...biasala bila kita dah datang lambat so jumpa bos pun kena la buat muka kesian.... first time datang lambat kot....hehehe...tak sengaja tau.....

seterusnya, aku buatla apa yang patut....puas aku menunggu bos rupanya ada kelas so aku duk lepak je sementara bos takde.... aku pun pergila toilet sbb badan aku kena gatal2 atau dalam bahasa inggerisnya..."allergic". habis merah2 badan aku....dahla gatal, pedih plak tu...aku pun bgthla bos aku pasal gatal2 ni..... maka dengan baik hatinya...bos aku pun kata..pergila unit kesihatan tu..bukan kena bayar pun.. aku pun apa lagi..trusla pergi klinik yang tak berbayar tu....

sesampai aku diklinik...tak tunggu lama sebab tak de pesakit pun kecuali aku...bertemankan sahabat @ mak aku sendiri...aku pergi jumpa doktor...doktor kata allergic aku dah teruk sampai dah melarat maka dengan keputusannya...aku kena la diberikan suntikan....

oleh kerana aku takut dengan suntikan maka mak dan jururawat aku tu pun tenang kan aku sebelum aku diberi suntikan...selesai je suntikan..aku rasa pening trus aku baring sebentar.... balik je pejabat....aku jadi seorang yang cukup blur..rupanya suntikan yang diberi tersangatla kuat dan doktor pesan supaya dilarang memandu dan berehat @ tidur....

setelah btul sampai dipejabat...aku dah nampak bintang2 berkerlipan...jalan aku pun dah tak lurus...kepala aku dah berdenyut...staff kat pejabat aku melihat aku yang sedang lalok terus menghantar aku untuk berehat...aku pun terus tidur......

itula kisahnya aku pada hari ni.....

Tuesday, September 29, 2009

hanya tinggal beberapa hari lagi......

kalau korang baca tajuk kali ni....mesti korang rasa pelik...yelah, apa yang tinggal beberapa hari lagi....betul tak? kalau korang nak tahu....korang terus membaca k.....

termasuk hari ini, aku hanya tinggal lagi 14 @ 13 hari lagi untuk berada di alam pekerjaan yang sementara ini....atau lebih tepat "PRAKTIKAL"

kalau korang tanya apa perasaan aku hari ni, aku dah mula rasa malas nak buat kerja...fikiran aku pun dah mula melayang2...bak kata biasa, badan je kat tempat kerja ni tapi roh aku dah lama merayau.... aku mula rasa penat dan bosan....

bila tiba saatnya nanti, pasti aku rasa nak berguling2 sebab aku dah habis praktikal...sukanya aku...tapi aku akan sedih gak sebab nak tinggalkan kawan dan staff kat sini sebab mereka semua baik dengan aku....

tapi yang pastinya....aku cuma nak lulus cemerlang kali ni so aku buat yang terbaik untuk semester ini.... korang doakan saya ek... jumpa lagi....

Monday, September 28, 2009

hanya untuknya

lagu ini ditujukan khas untuk insan yang tersayang.....



Aku Datang Untuk Mencintaimu (Ungu)

ku tahu kau ragu akan hadirku
coba memasuki hidupmu
ku tahu kau takkan pernah percaya
dengan kata cinta yang ada

namun inilah diriku
yang ada untuk dirimu
terimalah cintaku
yang tulus dari hatiku
dengarlah pintaku untukmu

aku datang untuk mencintamu
memberikan hal yang terindah
tuk menyayangmu
mendamaikan seluruh hidupmu
tuk mencintamu
memberikan hal yang terindah
jadikanku yang terbaik untukmu

ku tahu apa yang ada padaku
takkan meyakinkan dirimu
ku tahu apa yang aku berikan
takkan membuat engkau percaya

namun inilah diriku
yang ada untuk dirimu
terimalah cintaku
yang tulus dari hatiku
dengarlah pintaku untukmu

aku datang untuk mencintamu
memberikan hal yang terindah
tuk menyayangmu
mendamaikan seluruh hidupmu
tuk mencintamu
memberikan hal yang terindah
tuk menyayangmu
mendamaikan seluruh hidupmu
aku datang untuk mencintamu
memberikan hal yang terindah
tuk menyayangmu
mendamaikan seluruh hidupmu
wow...wow...wow
wow...wow...wow
jadikanku yang terbaik
jadikanku yang terbaik untukmu

khas buat sahabat.....

Arti sahabat – nidji

tak mudah untuk kita hadapi
perbedaan yang berarti
tak mudah untuk kita lewati
rintangan silih berganti

kau masih berdiri
kita masih di sini
tunjukkan pada dunia
arti sahabat

kau teman sejati
kita teman sejati
hadapilan dunia
genggam tanganku

tak mudah untuk kita sadari
saling mendengarkan hati
tak mudah untuk kita pahami
berbagi rasa di hati

kau adalah..
tempatku membagi kisahku
kau sempurna
jadi bagian hidupku
apapun kekuranganmu

Friday, September 25, 2009

akal @ hati

pernah atau tidak anda mengalami perkara yg sama seperti kes dibawah ini...?

bercinta menggunakan hati @ bercinta menggunakan akal?

disini saya hendak memberitahu kebaikan dan keburukan bercinta menggunakan akal dan bercinta menggunakan hati......

bercinta mengunakan hati selalu dihadapi oleh remaja zaman kini. btul kan? bercinta menggunakan hati ni selalunya akan dihadapi pasangan bercinta yang sedang hangat bercinta. lebih tepat lagi, bercinta sehingga dah tak nampak apa keburukan pasangan kita. 100% sayang bangat sama pasangan dan sanggup buat apa sahaja untuk org yang dicintai. kebaikan orang bercinta menggunakan hati akan dapat merasakan kemanisan cinta tu....segala memori indah akan terlakar dari hati yang sedang hangat dan cinta yang membara tetapi......berjaga2, bercinta menggunakan hati juga boleh membawa bencana..... ramai pasangan zaman kini yang banyak hanyut kerana bercinta dengan hati..... kesnye pun anda boleh buat kajian berdasarkan kes2 di berita..... bukan setakat tu je....jika cinta itu tidak kesampaian, mak ai...meraung tahap rasa nak pecah gegendang telinga ni mendengar....air mata plak ble banjir satu malaysia, dan tak lupa kes bunuh diri dan sebagainya..... bahayakan?

bercinta menggunakan akal pula lain kisahnya..... insan2 yang bercinta menggunakan cara ini adalah insan yang baru nak belajar bercinta @ insan yang masih belum berani menanggung risiko bercinta..... ha! kebaikannya, pasangan ini tidak akan menonggeng sekiranya cinta mereka tak kesampaian.... mereka akan releks je dan akan mencari penganti dengan tenang sahaja sbb cinta mereka hanya sekadar 1% - 50 % sahaja....tetapi keburukannya...mereka hanya berada di alam mereka sahaja....tidak btul2 merasakan kenikmatan bercinta.....

setiap apa yang kita lakukan dan membuat keputusan pasti ada kebaikan dan keburukannya... pastikan anda mampu menilai baik buruk sesuatu itu....saya pasti anda akan dapat jawapan yang sebenar.... ok....fikir2kanla....

Tuesday, September 8, 2009

Perasaan @ Emosi

topik hari ni simple tp agak mendalam maknanya bagi ku... aku tak tahu knape tp ianya memberi satu kesan impaks terhadap segala apa yang berlaku kepada aku setiap hari. inilah apa yang aku rasakan apabila hati melawan kehendak, masa menentukan segalanya.

sejak kebelakangan ni, aku sering bertukar mood @ lebih tepat, emosi. ko nak tahu kenapa? sebab keletihan dan yang paling ketara adalah overstress (depression) kalo tak salah eja la.... mungkin aku kurang rehat dan sering menghabiskan waktuku hanya untuk bekerja dan orang lain tapi aku sering lupa masa untuk diri sendiri. faham2 jela bila kita terbiasa dengan perkataan "workaholic".

aku sering berfikiran negatif sejak kebelakangan ni.... aku kurang berkeyakinan dan sering menyalahkan diri atas sesuatu yang berlaku. aku rasakan seperti serba tidak kena dan sering merasakan bahawa aku tidak mampu melakukannya. aku lebih banyak spend masa bersendirian dan jarang berbual dengan orang lain. masaku banyak dihabiskan dengan kerja dan kerja.....

apabila terlalu sibuk dengan kerja maka banyak perkara aku terlupa seperti tanggungjawab aku dekat rumah, keluarga dan yang paling utama adalah buah hati kesayangan, aku dah jarang spend masa untuknya.... dan aku terlalu rasa bersalah tentang itu. bukan aku sengaja tapi aku terpaksa. aku sering membuat kesilapan dan menguris hatinya kerana emosi aku yang sering tidak stabil dan mudah salah faham.... ntahla.... aku harap ianya tidak berulang.....rakan-rakan ku mula perasan akan perubahan aku dan sering menjauhkan diri dari aku kerana sikap aku yang mula acuh tak acuh bila bersama mereka.... aku minta maaf tentang itu dan aku cuba untuk memperbaikinya

hampir beberapa minggu aku macam ni, aku harap minggu yang mendatang ini, akan merubah segalanya. aku dah sedar tentang sesuatu yang aku tak mahu kehilangan maka sebelum kehilangan biarla aku mengubah apa yang patut dahulu......

saya harap dengan peluang yang ada ni, saya mampu berubah dan memperbaiki keadaan. jangan biarkan emosi itu mengawal kita sedangkan kita yang perlu mengawal emosi kita....

p/s: maaf kepada sesiapa yang terasa tersingung dengan saya sejak kebelakangan ni.... sy amat menghargai setiap nasihat dan tunjuk ajar kalian....