About Me

My photo
simple person who need a lot of experience and knowledge for now and the future life

Wednesday, August 24, 2011

i will always luv u



a song for him.....(MAH)

indahnya!

perkarangan rumah aku kian riuh rendah, kedengaran suara kanak-kanak menjerit, ketawa dan ada juga yang menangis....aku masih di hadapan cermin...memakai baju kurung satin hijau lumut dengan kain lace. aku rasa kekok sekali dengan pemakaian aku. Mungkin aku perlu biasakan diri.... aku menarik nafas dalam.... aku rasa gementar.... disekelilingku, sahabat handai dan sepupu sepapat aku sedang berkerumun sambil berborak sesama mereka....ada juga yang sibuk mengambil gambar...aku masih setia dihadapan cermin bersama jurumekap. Aku terasa geli bila muka aku disolek....hampir setengah jam aku didandan...akhirnya....siap!

segala persiapan semua telah tersedia di ruang bawah....beberapa dulang hantaran yang bertemakan hijau lumut telah diletakkan ditempatnya....kelihatan tok kadi dan beberapa orang saksi bersama seluruh kaum kerabat ku sudah mula berhimpun.... jantung aku rasa macam nak jatuh je.....apa yang aku buat ni??? apa yang sedang berlaku....?

langkah demi langkah aku berjalan menurun tangga di temani beberapa orang sahabat dan saudaraku...aku begitu keliru....seriusly, aku memang rasa begitu suspend.....kelihatan pihak lelaki sudah sampai dan sedang berkumpul diruang tengah rumah. Aku duduk bersimpuh dihalaman tengah rumah sambil dikerumuni seluruh tetamu yang hadir.....

kelihatan seorang jejaka yang amat ku kenali sudah tersedia duduk dengan tenangnya di hadapan tok kadi.....aku terus tergamam.....aku terpaku.... dan bila aku sedar, aku cuma dengar perkataan "SAH" dari mulut saksi dan tok kadi.....hanya dengan satu lafaz.....semuanya sempurna dijalankan......semua tetamu menadah tangan untuk membaca doa yang dibacakan oleh tok kadi....aku pula, seriusly aku nak pengsan......aku terasa seperti tidak berpijak pada tanah......

suamiku datang kearah aku bersimpuh untuk upacara batal air sembahyang.....dimana seutas rantai telah tersedia di dulang hantaran....suamiku tersenyum manis sambil menyarungkan rantai di leherku....seukir senyuman untuk ku lalu dicium dahiku....dengan secara spontan, aku bersalaman dan mencium tangan suamiku.....menitis air mata ku........

seisi bergambar sedang dijalankan....kelihatan ibu bapa ku sibuk melayan tetamu....adik beradik ku pula sibuk menyediakan makanan.....kerana aku, mereka terpaksa bertungkus lumus....aku duduk bersebelahan dengan suami tersayang....aku melihat bertapa gembira semua orang.......ibubapa mertuaku juga tersenyum riang sambil mengusik anak kesayangan mereka yang kini sudah bergelar suami aku.....aku gembira kerana mereka semua gembira tapi aku masih dalam keadaan keliru.....

didalam kekeliruan itu, tiba-tiba handphone aku berbunyi kuat..........aku terus mencapainya.....!

aku terus terjaga dari lena.....alarm sudah berbunyi.....ya! aku kena bangun untuk solat.......berpeluh-peluh aku dibuatnya.....rupanya aku bermimpi.....tapi walaupun ianya hanya mimpi tapi ianya telah membuat ku tersenyum kerana semua orang gembira dalam mimpi itu......

adakah mimpi ini satu petanda @ petunjuk untuk sesuatu yang diluar jangkaan minda kita......?
wallahualam...

Wednesday, August 10, 2011

really miss this moment.......

salam semua......

maaf sebab sudah lama menghilang kerana saya mengalami beberapa peristiwa menyebabkan saya dah lama x update blog. ya seperti semua orang tahu saya sedang bercuti panjang selepas saya mengambil kelas semester pendek tetapi oleh kerana masalah kesihatan dan beberapa peristiwa telah melanda maka agar sukar untuk saya mengemas kini blog ni.....

disaat ini, saya sedang sibuk mengemas @ packing barang kerana saya akan diterbangkan ke sarawak untuk menjalankan tanggungjawab saya disana....sementara mengemas, terlihat album gambar dan ianya membuat saya merindukan kenangan ini......saya berdoa dan berharap semoga ianya kekal abadi dihati saya.......

                                          gambar atas: bersama si dia di salah sebuah pantai di Malaysia
                                         gambar atas: bersama rakan sekelas di UITM Seri Iskandar
                                          gambar atas: bersama sahabat terbaik di Tambun Waterpark
                                         gambar atas: bersama rakan seperjuangan sempena Hari Raya
                                         di UITM Puncak Alam (Praktikal Training)
                                         gambar atas: bersama rakan sekelas di dewan kuliah
                                         UITM Puncak Alam
                                         gambat atas: bersama BFF di Ulu Kenas, Perak

                                         gambar atas : Team Nur Syawal.....terbaikla korang
                                         gambar atas: bersama rakan bercuti di Cameron Highland