About Me

My photo
simple person who need a lot of experience and knowledge for now and the future life

Friday, September 17, 2010

Hari raya......

Sambutan hari raya tahun ni agak berlainan dimana hadirnya beberapa org baru dalam keluarga besar ku...... yela, ramai sepupu ku baru kawen n skang ni tgh beratur nak kawen pun ramai...tak termasuk yg baru bersalin dan sedang mengandung......betul, rumah nenek ku semakin padat ketika raya....ble sesak dada aku kalo duk umah nenek lama2....padat sgt........

kali pertama aku sambut raya tanpa baju raya....... penyakit pmalas aku semakin menjadi2..... hahahah...bukan pe, aku skang semakin cerewet....ada je yg tak kena....... sbenarnya, aku ni tak reti shopping raya...sllnya cik abe aku yg tolong uruskan tapi sejak kebelakangan ni, dia terlalu sibuk maka aku kena buat sendiri.....dan akhirnya aku langsung tak pergi beli @ tempah.....hahahahhah

tahun ni, aku beraya sampai 3 kampung...mana taknya....kampung ada 3..... raya pertama beraya bersama keluarga disebelah mama, raya ke2...beraya bersama keluarga papa plak...... raya ke3...pulang johor tuk beraya bersama keluarga ibu pulak...... ni la masalahnya kalo ada banyak mak......blum lagi termasuk mak mertua n mak angkat aku yg banyak tu..... pening!

tahun ni cuti raya agak lama...boring duk umah lama2....tp aku berjaya mengisinya dgn terbaek skali..... aku btul2 spend masa dgn family aku.....bertuah sbb aku masih ada keluarga yg sayang kat aku..... tak lupa juga.... aku dapat spend masa dgn keluarga BF aku dengan membuat kuih raya bersama2 cuma tak sempat aku nak join mereka cat rumah hari tu...... tp cukupla kenangan yg ada untuk aku......

raya tahun ni, aku sempat berjumpa semua kawan2 baik aku n beraya dirumah mereka.... bersyukur sgt sbb sume hajat aku tercapai raya tahun ni...... okla tu, aku lega......cuma aku masih kerisauan melihat keadaan BF aku yang masih kurang stabil dan doaku sentiasa untuk insan2 ku syg......

ya!.....korang enjoy raya....duit raya? hahaha...dun ask me..... sy belum berkahwin n masih blaja so jgn tuntut kat saya k....... selamat hari raya korg.....sok mahu pulang ke rumah asalku....masa untuk kembali ke kelas seperti biasa......daaaa...salam

Tuesday, September 14, 2010

perlukan pertolongan......

cerita ini mengenai seseorang teman...... aku faham akan masalah dia...... tp aku masih tercari2 jawapannya.......maksud aku jalan penyelesaian..... conflict yang berlaku tak le terlalu complicated tp perlukan perhatian......

kisahnya dimulakan dengan pertemuan 2 insan yg mempunyai perasaan antara satu sama lain.... mereka ni dah kenal agak lama dan berkawan rapat..... untuk menjaga hubungan persahabatan, mereka elakkan untuk jatuh hati dgn meletakkan satu tembok besar diantara mereka.......( kalian faham maksud ku?)

mereka sering bersama dan berkongsi masalah @ pendapat bersama.....gaduh n gurau mesra itu sudah sebati dengan mereka....dan ianya terus berlanjutan.... sehingga saat mereka ditemukan dengan pasangan masing2......tp ianya masih tidak menjadi penghalang bg mereka......mereka teruskan kehidupan mereka sebagai seorang sahabat tp biasala...setiap org mempunyai dugaan yg berlainan begitu jua dengan mereka.......

salah seorang dari mereka disahkan menghidap penyakit yg ble membawa maut.... seperti biasa, tiada rahsia maka sahabat ini sering bersama untuk menjaga antara satu sama lain..... sehingga pada satu ketika, mereka dipisahkan......kehilangan tu sungguh terasa....... adakah ini kerana cinta @ simpati?

sahabat itu binggung...... risau dan ketakutan..... dan akhirnya mereka disatukan semula tp adakah sahabat tu bahagia? kebahagiaan tu terlalu subjektif so sukar untuk dinilai.............

sahabat ku itu kerisauan memikirkan masa depannya......sedangkan pasangannya sedang berhadapan dand bertarung dengan kesakitannya......aku terfikir bahawa maut tidak kenal masa dan umur...sampai ajal, pergi la ianya dan kembali kepada PenciptaNya.......

kalo aku jd dia, aku pun fikir byk kali....yela, nak bercinta @ kahwin bukan senang....kena pilih yang betul2 sbb kita memilih untuk teman seumur hidup kita...... mungkin sahabat aku ni risau bila memikirkan masa depan beliau.....maksud aku, aku faham, bukan senang nak menjaga org sakit.....kesabaran kena tinggi tahapnya....... dia betul2 kena kuat semangat sebab dia perlu motivasikan pasangannya itu sebagai perangsang semangat...... dia juga perlu bijak mengatur masa untuk diri sendiri dan yg tersayang..... biasala, org sakit perlukan perhatian..... dan perlu diingatkan, kebanyakkan org sakit, emosi agak terganggu kerana tekanan mereka untuk menghadapi @ menerima kenyataan........ya! penat...... tp itulah tanggungjawab..... mcm ibu menjaga anak yg tidak sihat......kena bijak bg nasihat dan semangat kepada pesakit supaya jiwa mereka tidak terusik.........

1) jaga hati, ya......hati pesakit perlu dijaga....tolong jgn bkasar @ mmaksa.......
2) setia..........sangat perlu sbb pesakit tu org yg anda syg......
3) jujur......penting tau...takle men tipu2....dosa!
4) motivasi..... perlu untuk diri sendiri dan org yg kita syg....... tabahkan n kuatkan hati.....

yg len, ble pk sendiri...........mcm mana aku nak tolong sahabat aku tu...... perluke aku bg nasihat mcm ni kat dia.....? aku takle nak pk....really need some help....

thanks


sasau

ketika malam gelap
bulan purnama menyinarinya
ditemani bintang2 yg berkerlipan
indah sungguh ciptaanNya

senyap tanpa nada
tiada susunan not muzik
tiada kata untuk dilafazkan
hanya kesunyian

gitar dipetik mencari ilham
menghayati setiap bait2 indah
tertulis di atas nota merah
disempurnakan untuk seorang teman



Thursday, September 9, 2010

disaat ini......

aku melihat jam yg sedang berdetik ditepi meja...... jam sudah menunjukkan angka 12 lebey skitla... sudah larut malam..... aku masih berada dihadapan laptop sambil membelek beberapa kertas kerja yang perlu aku siapkan..... mata sudah pun berair menahan mengantuk tapi badan ku masih tidak mahu tidur.....

sudah seharian aku berada di kampung halaman ku..... nak sambut hari raya la katakan....tapi semangat nak beraya aku masih sama dengan beberapa tahun yang lepas.... still d same..... sebelum2 ni aku hanya beraya bersama adik aku sahaja dan ditemani oleh saudara mara... oleh kerana ibu bapa ku telah bercerai maka mereka telah buat haluan masing2 termasuk ketika dan saat ini...... tapi bagi aku, aku perlu sambut hari kemenangan umat islam kerana aku perlu menjaadi contoh kepada adik supaya raya itu bermakna bagi dia..........

saudara mara ku juga telah banyak memainkan peranan dalam situasi ini dimana mereka sentiasa memeriahkan suasana hari raya dengan pelbagai juadah makanan dan kuih muih...tidak lupa juga mercun, bunga api dan pelita...... oleh kerana itu, aku suka pulang ke kampung untuk melihat suasana ini.......

tahun ni, ramai ssepupu ku pulang ke kampung halaman masing2 maka tinggal beberapa kerat je ada kat umah nenek ku ini..... kebanyakkan daripada mereka sudah berkahwin dan tinggal hanya 6 org sepupu aku sahaja yang belum sampai seru termasukla aku...... tapi kali ni, hanya aku sahaja yang dibenarkan kutip duit raya sbb mereka sume dah berkerja kecuali aku....heheheh..... nmpknya tahun ni, adik aku akan beri duit raya pada kakak dia yg masuk air ni....hahahahha.....

tapi walau bagaimanapun, raya tetap raya dan puasa tetap puasa.... nampaknya aku kena ganti puasa tahun ni....... agak sedey kerana tahun lepas, aku puasa penuh..... ade yg jeles plak tu.... heheh......so, itula makna raya bagi aku..... sok, aku nak g cari baju raya..... ntah ade ntah tidak..... layankan jela........

well, selamat hari raya untuk korang dan aku nak minta mohon ampun dan maaf diatas segala salah laku atau terkasar bahasa kat korang k.........


salam ......

Sunday, September 5, 2010

believe it or not......?

beberapa hari yang lalu....... aku mendapat panggilan dari seorang MA mengenai appointment pemeriksaan kesihatan. Sebelum ni aku dipanggil setiap 6 bulan sekali tapi kali ni 3 bulan sekali. Berkemungkinan kerana keputusan pemeriksaan kesihatan yang kurang memberangsangkan sebelum ini. heheheheh.......

Seperti biasa, aku pergi seorang diri tanpa ditemani ibu bapa @ sebagainya. Aku terus menuju ke kaunter, seperti biasa MA kat situ kebanyakkan dah mengenali aku. Tak sempat nak perkenalkan diri, mereka terus memanggil nama aku..... aku dibawa ke satu mesin utk mengukur tinggi dan berat badan......yes! berat badan aku semakin menurun...... tinggi......yang ni paling lawak....... ketinggian aku meningkat lagi 1cm. MA tu tak percaya sampai 3 kali dia mengukur ketinggian aku..... last sekali dia tanya.....

" awk makan dan minum ape beberapa bulan ni.......? awk jinjit kaki ya tadi......?"
" mana de. saya x buat pape pun. Puan sendiri tgk tadi kan...... "
" mcm mana ble ketinggian awk ble mningkat lagi........ awk bergayut kat mana2 ke?" sambil gelak melihat aku.
" gayut dengan telefon je puan...takkanla ble tinggi lagi...... mungkin sbb saya minum susu setiap minggu......" balas aku bersahaja.
" bagusla kalo mcm tu sbb ketinggian meningkat tapi berat badan awk dah turun......"
" puasa puan, sebab tu berat badan turun."
" nanti raya, jaga makan tau sbb awk ni jenis cepat naik dan cepat turun. lagi 3 bulan kita periksa lagi k....manala tahu naik lagi ketinggian awk tu..... " MA tu perli aku lagi.......
" Puan, saya ble tinggi lagi ke....sedangkan umur saya dah semakin tua ni....?"
" tu yg saya pelik dari tadi tapi bagusla..... kalo naik lagi lepas ni, maka betulla awk semakin tinggi lepas ni......"
" baikla puan"
" pergi bilik no.2 utk pemeriksaan darah, gula, n tekanan plak ok....nanti kita jumpa doktor tanya pasal keputusan awk."
" baik puan"

setelah menjalani semua pemeriksaan........ aku terus berjumpa dengan doktor dan biasanya dia akan memberikan khidmat kaunseling kat aku...... doktor hanya tersenyum sahaja melihat ketinggian aku meningkat........ dan seperti biasa, doktor mengingatkan aku pasal ubat kerana ubat perlu makan mgikut masa.

aku pun keluar dari pejabat doktor lalu pergi ke kaunter ubat...... MA kat situ sentiasa tersenyum dan ade plak yg sibuk bertanyakan tentang pasangan aku. prihatin sungguh mereka dan mungkin sbb mereka tidak dapat ape2 berita masalah kesihatan pasangan aku ni sbb tu mereka bertanyakan tentang si dia...kalo tak, setiap kali masuk hospital, muka aku gak yg tercegat kat kaunter buat laporan kesihatan utk si dia .... tp kali ni aku cuma tersenyum kambing lalu beredar.......

so korg, jg kesihatan k........

1/9 - 7/9

tarikh ni aku takkan lupakan...terlalu banyak sejarah........
xnak ingat........akan menghantui seumur hidup aku...........
jelas nyata dan terang bahawa ianya satu kebetulan..........
kebetulan yg myakitkan....... menyeksakan.........................

dah setahun perkara ini berlaku tp aku masih tak dapat melupakannya.........
ini kesilapan banyak pihak terutama aku...........
aku bukan membuat satu keputusan yg salah dan aku yakin dgn keputusan aku
tapi tak semua akan paham.......... situasi semuanya berbeza termasukla pemahaman kita

dah.......aku perlu diam utk lupakan tragedi ini..............
biar hanya aku, dia dan ......... yg akan tahu cerita disebalik ini.........

buat MAH, teruskan perjuangan mu.......
pengorbananmu akan sentiasa dalam ingatan....dan doaku mengiringi perjuangan mu

buat MAM.........
tiba masanya utk giliran kamu........

buat AIMH
ko perlu kuat dan tabah....... semangat dan jgn putus asa......
ko perlu berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab ko........

aku harapkan ianya akan mengembalikan kehidupan org yg disekeliling ku.........
ya........sekian......

bila cinta

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan