About Me

My photo
simple person who need a lot of experience and knowledge for now and the future life

Friday, June 1, 2012

pengalaman bekerja

salam

hye u alls. Dah berhabuk blog ni sejak sy mula sibuk mencari kerjaya.... dan akhirnya Alhamdulillah....setelah penat berhempas pulas  bertukar kerja akhirnya sy dapat pekerjaan yang agak stabil.

sebelum start berceloteh, saya berharap semua orang sihat dan stabil dari segi emosi, zahir dan batin..... (apa yang merepek ni...)

kali ini, saya nak bercerita tentang pengalaman saya bekerja dengan salah sebuah company besar n terkenal di Malaysia tapi biarlah nama syarikat itu dirahsiakan. Bekerja sebagai eksekutif tetapi oleh kerana bkerja dalam suasana call centre memang agak stress. kenapa?. Oleh kerana anda akan menjadi tumpuan sebagai tempat kena marah, maki, aduan dan pertanyaan daripada pelanggan. Ada juga pelanggan yang sedang kesunyian dan 'flirt' dalam setengah kes. Pengetahuan dalam kepala kena cukup padat dan cara berkomunikasi pun formal. Sebarang kesalahan sama ada skills kerja atau pertuturan maka ada denda sentiasa menanti. Bukan sebarang denda, sebab denda tu akan membuat seluruh jiwa tertekan dan trauma.

Pengalaman bekerja ditempat tersebut amat mengerikan jika tidak boleh mengatasi masalah tekanan kerana suasana bekerja tidak serupa dengan suasana bekerja di pejabat dan tekanan terhadap kerja sendiri pun perlu dikawal dan diseliakan dengan baik. Jika gagal, silalah cari kerja lain yang lebih sesuai. Seperti biasa, saya masih boleh mengawal tekanan tetapi saya terpaksa meletakkan jawatan kerana saya mendapat tawaran kerja yang lebih hebat.... (nanti saya cerita)

Pada mulanya selepas nama telah disenaraikan maka, seisi temuduga dijalankan dimana dikehendaki untuk membuat ujian menaip, ujian pengkiraan, dan ujian penggunaan microsoft office. Kemudian baru lah seisi temuduga untuk ujian komunikasi, membaca dan mendengar. Saya berjaya melalui ujian tersebut. Alhamdulillah...maka saya dijadualkan untuk masuk latihan bekerja di Kuala Lumpur.

Latihan tersebut dihadiri seramai 55 orang dan hanya 25 sahaja yang menjadi rakan sekelas saya dimana kami ditugaskan untuk bekerja diwaktu malam. Jalan tidak sesak jika ditanya sebab saya akan balik awal pagi dari K.L ke Klang cuma kos perjalanan dan makanan agak merisaukan tapi semamgat untuk bekerja tetap ada. dalam kelas latihan, sangat mengembirakan, penuh gelak ketawa dan fasilitator kami sangat hebat. 3 minggu dalam latihan, kami rasa senang hati dan gembira seperti kami satu keluarga yang sangat rapat.  Selepas 3 minggu tersebut, kami dipisahkan sekali lagi kerana tidak semua akan bertugas di Kuala Lumpur. Kebanyakan rakan perempuan ramai akan berkhidmat di Kuala Lumpur tetapi saya ditugaskan ke Damansara bersama 8 lelaki yang lain.

Pada awalnya semua tenang tetapi menjelang minggu seterusnya kami dihentam teruk dengan ujian berkali-kali.. kebanyakan ramai kawan-kawan yang mengalami tekanan jiwa. Kesian. Selang beberapa hari, aku dapat tawaran kerja lain maka aku meletakkan jawatan. selang beberapa hari kemudian, 75% peratus rakan seperjuangan lain berhenti kerana tidak tahan dengan tekanan kerja disana.

Walaupunbagaimanapun, saya tetap rindukan mereka. saya berharap dapat jumpa mereka semula walaupun saya tahu sekarang mereka jauh daripada saya.... sedihnya....saya doakan yang terbaik untuk mereka wahai rakan seperjuangan yang lain.

ok, nanti, kita cerita lain...jumpa lagi n terima kasih