About Me

My photo
simple person who need a lot of experience and knowledge for now and the future life

Saturday, April 30, 2011

khas untuk si dia bergelar adik..... MUHAMMAD AIZAT & MOHD AZIB HAFIZI

aku ni seorang yang kasar dan agak sempoi orangnya.... aku tak reti nak luahkan perasaan atau tunjukkan perasaan kasih sayang aku terhadap orang lain..... tapi aku rasa ni saja yang mampu aku lakukan untuk menyatakan bahawa aku terlalu sayangkan adik-adik aku. andai satu hari nanti, aku tiada..... aku taknak dorang rasa kehilangan aku sekurang2nya bila dorang dengar lagu ni, dorang tahu yang aku sentiasa ada untuk mereka..... walaupun aku ni tak suka masuk campur hal dorang tapi x semestinya aku tak amik tahu perkembangan mereka.... dorang masih bawah tangungjawab aku....jahat adik aku, jahat jugakla aku.....tapi sesibuk mana aku dalam tugas seharian aku, aku cuma nak ingatkan aku bahawa aku masih ada tanggungjawab untuk mereka.....aku memang sayang mereka.... I LUV U BOTH....." akak akan cuba buat yang terbaik untuk menjaga korang k"



dan buat adik-adik diluar sana..... tidak semestinya orang lain marah kita sebab dia benci kita tapi sebenarnya dia sayang kita.... hargaila kasih sayang mereka itu sebelum terlambat.....andai itu berlaku, anda dikalangan orang yang rugi....SAYANGILAH IBU BAPA DAN ADIK BERADIK KITA....!

Friday, April 29, 2011

ini bukan aku

setiap manusia akan mgalami pelbagai dugaan dalam hidup manusia dan tidak kirala sama ada dugaan itu besar atau kecil. Kadangkala dugaan ni akan mendorong seseorang untuk mengalami perubahan yang mendadak dalam hidupnya. Seperti biasa ayat ini akan sering kedengaran '' setiap dugaan yang datang pasti ada hikmahnya''.

Aku tidak terlepas dari karma ini.... Ya, aku tahu... Dugaan itu berlaku pasti ada sebabnya dan hikmahnya dan aku perlu sabar untuk mengetahui disebalik dugaan itu...dan aku akui, semakin lama kita hidup, semakin banyak dan besar dugaan yang akan melanda diri kita termasukla aku....

Aku insan yang lemah... Dari segi luarannya, aku mungkin seorang yang jenis keras dan degil. Ini kerana didalam diri aku ni sebenarnya terlalu lembut dan mudah terluka. Jangan sesekali tertipu dengan wajah tersenyum dan gelak ketawa aku kerana segi luaran aku mungkin gembira tapi didalam sejuta kelukaan. Aku seorang pemendam dan aku sukar untuk meluahkan kerana aku takut perangai aku yang kasar akan membuat aku menjadi seorang yang diluar jangkaan...

''what you give, you get back'' itu prinsip aku.... Kalo ko baik dengan aku, aku layan ko baik tapi jangan sekali ko buat masalah dengan aku, aku akan sentiasa memberikan masalah untuk ko'' berhati2 dengan setiap tingkah laku dan perbuatan kerana ianya boleh membinasakan diri.....pasti ianya akan binasa!

Aku kerap kali disakiti.... Hati ini seolah2 disiat2 dan ditoreh2..... Nampaknya ada orang mencabar hati ini.... Sengaja mengundang masalah dengan aku.... Ya! Ko belum tahu rasa peritnya.... Lihat! Ini amaran untuk ko, aku tak minta ko melayani aku seperti puteri raja dan aku cuma mahu ko menjaga hati yang sekeping ini tapi ko gagal, ko guris ia.... Ko calarkan ia.... Ko tidak menghargai ia..... Ko ingat aku ni apa? Mainan?..... Aku tidak suka penipuan, aku tidak suka lakonan... Aku tidak suka hipokrik.... Kalau aku boleh berterus terang, kenapa ko tidak? Ya! Jangan kata aku tidak memberi amaran... Aku bukan nak mengistiharkan perang sama kau cuma aku nak ko tahu, apa yang ko telah buat pada aku, pasti ko akan menyesal.. Ya! Sebanyak mana airmata ni menitis kerana ko, ko akan menghitung setiap titisan airmata dimatamu...

Selemah2 hati ini, sesabar hati ini....dugaan ini telah mengubah aku.... Sekuat2 aku mengharung dugaan ini, sekuat itu semangat aku untuk teruskan hidup dan sekuat itu perjuangan aku....ko kenal aku kan....pasti ko tahu sebabnya....

Ya.... Anda jangan risau.... Anda tidak terlibat kerana sy syg anda..... Dan kepada insan yang terlibat, aku hanya menunggu saatnya..... Dan tiba masanya.... Ko tidak akan mampu tersenyum...)

Jangan risau, saya takkan mencederakan sesiapa..... Saya cuma nak luahkan perasaan saya...harap maklum..... Ini bukan wasiat atau surat akuan ok....cuma luahan lepaskan angim amarah.....

Sekian.

Monday, April 25, 2011

kerana 0404

0404.....angka talak ong punye......(bak kata apek depan umah)

citer ni mengisahkan pengalaman aku sendiri.........

pagi.... aku macam biasa, bangun, mandi, solat, n breakfast.....ya! drive n mjemput sume sahabat2 n penumpang setia kancil.... kami sume menuju ke UNIVERSITI @ nak g kuliah.....(dalam kepala, jadual agak padat ari ni)

kuliah pertama: presentation....(sungguh mgantuk).... (dalam kepala: minggu ni ade 3 test n 4 presentation)....oh ya! ade appointment doc kat unit kesihatan...(cabut dari kuliah utk jumpe doc)

doc kata " awak kena g unit ENT (Ears, Nose n Throats)....nnt doc sana akan bg date appointment baru kat awk.... awk pergi hospital ya!"
aku tanya " terukkah doc sy punye tekak"
doc kata " tak perlu takut... tak ada pape"
aku senyum.....

aku terus drive pergi kehospital dengan senang hati tanpa bawa sebarang benda... (berlenggang je)... dengan harapan just nak amik date appointment.... bersama kekasih hati.... melangkah dengan tenang.....masuk klinik ENT....

nurse kata " adik, doc nak jumpe petg ni.... next appointment pukul 2 k.... adik daftar kat kaunter n amik nombor....kemudian datang kat sini ya"
aku balas " ok"

pukul 2 petang.....
" no 1044"
saya pun masuk kebilik doc
doc kata " ni surat dari universiti...mgatakan kamu ada masalah tekak. sekarang bagaimana?"
aku jawab " sakit doc, leher sy pun sakit...."
doc kata " dalam surat kata kau sudah demam 3 minggu.. kenapa lambat datg sini?"
aku balas " doc sana lambat bg surat utk refer ke sini....lagipun asalnya doc sana kata saya cuma demam virus je....tak pasti pasal tekak plak...tapi bila makin teruk, baru saya dirujuk kesini"
doc kata" mari saya tgk awk punye tekak....aiyooo! besar jugak..... sudah berapa lama la ni dik....? sebelah kiri stage 2 n kanan stage 1....."
aku takut " terukke doc? saya kerap demam sejak 6 bulan ni.... setiap bulan pasti saya akan mc dari kuliah.... susah hati saya dbuatnya...."
doc senyum " kita buat endoscopy ya....saya masukkan ubat ni dalam hidung...adik sedut ok... tunggu kat bilik hujung...."

aku dengan langkah longlai pun masuklah bilik endoscopy...selesai mbuat endoscopy dgn memasukkan camera dalam hidung... aku menuju ke bilik doc semula....

doc kata " adik, masuk wad ek.... ada jangkitan kuman.... tekak adik ada jangkitan.. bahaya untuk kesihatan..... "
aku terkejut " ha! masuk wad, terukke? tak ada ubat ke?"
doc senyum " penyakit ni di panggil tonsilitis... tiada ubat tapi antibiotik boleh mengelakkan adik dari terkena jangkitan.... adik disarankan untuk menjalani pembedahan tapi selepas adik bersih dari jangkitan kuman dan tidak demam.... adik jangan risau.... tidak membawa maut tp ianya akan menjejaskan kesihatan adik n prestasi belajar adik kerana adik akan kerap demam dan sakit"
aku redha " baikla doc"

selepas ujian darah dan surat untuk masuk wad.... aku ditempatkan di wad pembedahan selama 3 hari 2 malam..... hanya dibenarkan makan bubur, aiskrim dan jeli.... paling tersentuh hati apabila kekasih hati bersusah payah mengambil barang sejauh 40km semata2 nak pastikan keperluan ku mencukupi.... siang dan malam datg melawat n menghantar makanan.... paling penting! dia masakkan bubur..... sedap tu!... bersyukur sebab dapat sahabat n kekasih macam dia....(yela, nak cari kawan susah senang bukannya senang sekarang ni....) setelah 3 ari dihospital...dah berulang kali kena cucuk antibiotik n ubat. doc bg kuar tapi yg mengejutkan berat badan aku naik....hanya kerana mkn eskem n tido....paling utama...tangan aku bengkak gara2 ubat antibiotik yang terakhir tersumbat ketika dicucuk.... naik kejang tangan aku masa tu... penat gak nurse tu nak urut tgh aku.... ble bengkok jarum dbuatnya.... sakitnya.....jangan ditanya..... mau je aku mraung satu hospital tapi kerana ianya memalukan so aku tahan jela sampai keluar air mata......

last but not least..... akhirnya aku dapat keluar hospital n dibenarkan rehat seminggu dibekalkan ubat dan surat cuti dari hospital tapi tak sampai 24 jam, aku sudah berada dikelas untuk ambil paper test dan presentation..... agak tenat aku dibuatnya.... tp redha, inila dugaan untuk aku.....

sekian....

(apa-apa pun terjadi, jangan panik.... sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan....dan redha atas dugaan kerana pasti ada hikmah disebaliknya...)

tarikh masuk hospital 040411 - 060411

Saturday, April 16, 2011

hanyut

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Chorus
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Ulang Chorus

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja

(lagu ni sy tujukan buat parents n adik beradik sy yg sentiasa bg sokongan dan nasihat untuk saya jadikan sebagai panduan hidup sy.......dan buat si dia.....thanks for everything.......)

maafkan sy atas segala kesilapan yang ada.......

sekian....

Sunday, April 10, 2011

awan nano - hafiz af7

Lihat ke arah sana Serakan warna dan berarakan Awan Pabila terik panas Segera hadirnya memayungi diri Pabila kau dahaga Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya Pabila kau katakan Akulah awan itu yang kau mahu Begitulah awan nano Setia melindungi diri Tika panas mencuba menggores pipi Dan bibirmu Begitulah awan nano Sering saja tak terduga hadir Dan tak akan tercapai jejarimu Kasihnya Kasih tiada banding Setia tiada tara Bagaimanapun jua Awan kekasih sebenarmu sayang Walaupun tak akan tercapai jejarimu Lihat diriku ini Yang sesekali pernah kau bagaikan awan Sehingga tak mungkin terlupa Berikan belas sedari dulu Sehingga tak mungkin termampu saksi Setitis pun air matamu kasihku Sehingga kau katakan Akulah awan itu yang kau rindu Akulah awanmu yang sedia Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi Dan bibirmu Akulah awanmu yang sering kau rindu Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu Kasihku Kasih tiada banding setia tiada tara Bagaimanapun jua Aku pelindung dirimu sayang Walaupun tak akan tercapai jejarimu Begitulah awan nano Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi Dan bibirmu Begitulah awan nano Sering saja tak terduga hadir Dan tak akan tercapai jejarimu Kasihku Kasih tiada banding setia tiada tara Bagaimanapun jua Aku pelindung dirimu sayang Walaupun tak akan tercapai jejarimu