About Me

My photo
simple person who need a lot of experience and knowledge for now and the future life

Sunday, April 25, 2010

cinta antara kita......

(L)
sejak dari dulu
ku menyintaimu
kau tahu begitu namun kau berpura
ku masih teringat kau peluk diriku
yang telah membuatku menyintaimu

sudah berapa lama diriku ini
tak bertemu mu
mungkin ku harap jua
kau merindu ku sebagaimana ku rindu mu.........

cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyintai dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cinta ku
ku kan berjanji
menyintaimu sayang.....

(P)
setelah kau pergi jauh dari sisi
tiada ku cinta selain dirimu
ku ingin bersama denganmu selamanya
walaupun sehingga ke akhir nyawa
mungkin kau tak mengerti
maksud ku dulu pada dirimu
kini ku kan menyinta dirimu itu sehingga ke akhir waktu......

cinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyintai dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cinta ku
ku kan berjanji menyintamu sayang.....

00:00 aku cintakan dia


tepat pukul 00:00........ aku teringat kat dia, aku rindu kat dia, aku syg kat dia, dan akhir skali, aku cintakan dia....... setiap masa mahu bersama dengannya.....tak kira....nak jugak bersama dgn dia......
dan yg pastinya....aku pun syg korg gak.......

Tuesday, April 20, 2010

baru2 ini aku banyak menghabiskan masa aku bersama rakan2 dan ianya semakin menjadi2..... boleh dikatakan aku jarang berada dirumah atau masa rehat ku seolah-olah tiada lagi dalam kamus hidup aku...... kalo dulu masa aku belajar kat perak, aku selalu gak keluar tapi takdela sekerap aku berada dsini.......

adakah degree ni membuat aku lebih stress atau aku yang tak pandai nak control n manage diri aku sendiri......sekejap, bagi aku pikir sejenak.....tidak, aku rasakan keadaan aku masih terkawal tapi mungkin kerana tekanan berlebihan...mana taknya, masalah datang dalam masa yg serentak n aku banyak menguruskan keadaan aku bersama situasi baru......hehehehe...biasala, aku kena deal dgn manusia yg mempunyai pelbagai ragam n kerenah n sometimes buat aku rasa "FEDUP" tapi itula hakikat hidup dan aku sebagai penuntut dalam bidang pengurusan pelanggan maka aku pun kena bijak mengatasi sume masalah yg datang dari manusia dan yang lain......

ni dah nak hujung semester, selang beberapa hari lagi, paper exam akan muncul dan bila korang tanya pasal persediaan aku, aku akan jawab....hehheh...belum start pun...... mana taknya, aku nak study je, ade je masalah datang..... aku nak study je, ade je manusia yg datang menganggu.... tp nak buat camne, DUGAAN........

pasal carry mark....hahahah...jgn ko tanya aku punye sbb jawapannya HANCUR...... seperti mana hati aku, seperti itu jugakla carry mark aku.....jwapan paling tepat...PADAN MUKA.....
final exam ni, aku kena giller struggle utk lulus bukan utk DEAN LIST.....hampeh

skang ni, kalo ko tanya nak wat pe??? aku jawab, aku nak tido.....mata dah penat..... badan dah letih.....seharian aku berkejaran dari utara ke selatan....timur ke barat.......lagipun, aku nak mimpi indah bersama insan tersayang......really miss n luv u.....( jgn risau, dia tahu sape dia dihati aku......) dan buat yang lain.....selamat malam......

sekian

19 April 2010 @ 190410

akhirnya........ tarikh ni merupakan tarikh bersejarah buat diriku......
akhirnya........ aku mampu tersenyum riang..................lega hati ni.....
terima kasih untuk segalanya.......

Monday, April 19, 2010

hanya 1 statement......

jgn terlalu menghampiri daku andai kau mahu mengenali daku....jgn terlalu jauh dari ku kerana mungkin kau akan kehilangan ku..... jgn pernah meramal daku kerana mungkin kau tak akan dapat jejak diriku..... jgn sesekali kau mencuba utk memahami aku jika kau masih memendamkan sesuatu dari ku...... dan bila tiba masanya itu, kau pasti membenci aku bukan menyayangi aku...... dan kau pasti akan pergi jauh dari aku n pada saat itu, baru kita tahu akan hakikat sebenar hidup ini..... kau adalah milik dirimu dan aku hanya untuk diriku..... tiada lagi perkataan indah yang mampu mengungkapkan semua ni....biarla hati yg memahaminya dan biarla hati yg menghancurkannya......

Sunday, April 11, 2010

disaat ku menulis blog kali ni.....aku telah mengalirkan airmata dengan dasyatnya....maksud aku, airmata yang mengalir dengan derasnya......nak tahu sbb ape.....sbb aku ada sahabat yg aku nak kongsikan kisahnya.......

aku skang tgh menghitung hari kami dipisahkan.......sama ada kami rela atau tidak....itu takdirnya yang akan berlaku dan pasti berlaku kerana masing2 ade hak untuk hidup....
sama ada perpisahan itu kerana kesilapan atau kerana keterpaksaan dan seperti mana yang korg tahu terlalu byk rintangan disepanjang persahabatan kami.....

kenangan manis dan pahit adalah satu perkataan yg ble kami ringkaskan sebagai memori..... sepanjang persahabatan kami, terlalu banyak memori dan kenangan yg kami koleksikan.....

setiap kali aku menangis.....bahu dia yg aku pinjam
setiap kali aku marah..... lengan dia gakla yg aku gigit
setiap kali aku geram.... telinga n hidung dia yg aku picit n cubit
setiap kali aku ketawa...... badan dia yg aku tepuk
setiap kali aku takle tido.....dia yg tolong nyanyikan lagu tuk aku tido
setiap kali aku mengidam sesuatu.....dia gak yg tolong aku carikan mknn idaman aku
setiap kali aku ade masalah..... dia selalu cakap " awak jgn risau, sy kan ade utk tolg awk"
setiap kali aku susah hati....dia selalu kata " its ok, sy kan ade"
setiap kali aku sakit.......pasti dia pun sakit gak.........
dan kalo setiap kali aku fikir sesuatu, pasti dia yg dalam ingatan aku........

dan setiap saat yang ade, hanya memori itu yg berulang kerana aku ade sahabat..........

dan ketahuila aku sayang dia.......dan ianya takkan berkurangan walaupun sedikit...percayala..... dan sesiapa yg cuba pisahkan kami.....pisahkan la kami tapi kasih syg n memori kami takkan terpisah selagi hayat dikandung badan....itu harga atas persahabatan aku......dan buat sahabat, ko jdb2...... i will always b there 4 u.....