About Me

My photo
simple person who need a lot of experience and knowledge for now and the future life

Thursday, January 20, 2011

tak bisa memilihmu - sixth sense

Telah jauh terpisah, diriku dan dirimu,
Dalam ruang dan waktu,
Sendiriku jalani sepiku, tanpa dirimu,
Resahku tanpa hadirmu,
Sungguh berat hatiku untuk merasakannya

Salahku mencintai dirinya saat jauhku terpisah
Darimu,Dan hadirnya menyentuh hatiku,
Untuk cintainya,
Hatiku pun inginkannya,
Hingga runtuh setiaku kepada dirimu

Kusakiti hatimu yang tulus mencintaiku….

(Korus)
Maaf ku tak bisa memilih dirimu
Karena kuterhanyut mencintai dia
Inilah salahku yang memberi ruang
Didalam hatiku tuk mencintainya…

(terhanyut jiwa ini,terjatuh dihatinya)

Sunday, January 9, 2011

080111

aku rasa dah lama aku tak keluar bersendirian...... hampir 3 tahun rasanya.... kemana aku pergi pasti berteman tak kirala dengan kawan atau adik beradik atau lebih kerap dengan BF......

setelah beberapa hari duduk rumah kerana penyakit demam yang agak teruk sehingga suara hilang dan hidung hampir tertanggal maka hari ni aku telah mengambil keputusan untuk keluar berjalan......ya! konon nak bagi keluar peluh tapi aku menuju ke tempat yang berhawa dingin iaitu pusat membeli belah.......

pada awalnya along dan beberapa teman ku sudah menunggu di tempat yang dijanjikan tetapi atas urusan tertentu, mereka pulang.....maka aku teruskan perjalanan dan tujuan aku......dari satu kedai ke satu kedai aku singgah......ada sahaja tangan ni nak mcapai....... berpusing-pusing aku meronda didalam pusat beli belah tu seorang diri......rasanya lenguh tangan ni memegang beberapa beg plastik barang yang telah ku beli tadi.........

singgah makan di salah sebuah restoran kegemaranku......yehaa! perut dah lapar ni...... melihat menu.......set half meal of Black Pepper Chicken n 3 set side order with ice lemon tea..... sambil melihat gelagat manusia yang lalu lalang shopping....macam-macam kerenah...... rasa nak gelak pun ada tapi kena control sebab nanti orang kata aku #@** pulak......

lepas kenyang.....aku teruskan lagi usaha aku.....berjalan dan terus berjalan...... itulah kerja aku pada ketika itu.....hampir 4 jam aku berjalan keseorangan tanpa hala tuju hanya untuk menenangkan fikiran dan memberikan kepuasan untuk diri sendiri..... ya! sekarang aku yakin bahawa aku sudah boleh menerima kenyataan dan boleh hidup bersendirian...... aku percaya aku boleh berdikari sendiri tanpa orang lain........

akhirnya tercapai juga......aku sangat gembira dan puas hati...... mungkin ini hidup seorang bujang....... aku bersyukur kerana diberi peluang untuk menikmati semua ini......... kurang sikit beban kepala ni....... taknak fikir lagi....mahu mulakan hidup semula...... aku bukan mayat hidup.....ya! akhirnya.........

ok, letih dan mahu berehat....ubat perlu ditelan.......daaa......

Saturday, January 8, 2011

perancangan

kalo sebelum ni, tiada perancangan masa depan tapi kali ni aku telah merancang sesuatu....... untuk masa depan.......

jika sekiranya saya tidak berkahwin menjelang 2013.........

saya nak beli sebuah rumah dengan duit yg saya sediakan untuk kahwin tu
then sy nak ambil seorang anak angkat. saya akan bekerja untuk beberapa tahun sebelum saya menyambung pelajaran saya ke peringkat seterusnya........itulah kehidupan yang ringkas tapi membahagiakan........ tapi ini hanya perancangan saya sekiranya perancangan asal saya gagal dan ini hanya rancangan terakhir saya

ini tekad saya...... sekian

Thursday, January 6, 2011

minggu pertama.......

minggu pertama tahun 2011

isnin
awal pagi lagi menuju ke hospital atas urusan-urusan tertentu.......agak lama menunggu giliran di kaunter farmasi....hanya beralaskan sebotol air sejuk je sebagai alas perut...... tengahari, menuju ke MBSA untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan..... petang, menuju ke PTPTN di Kuala Lumpur (Sentral).... menaiki tren kerana takut kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur. Malam, menuju pulang ke rumah sewa.....sampai..11 malam.....

selasa
terbangun lambat kerana terlalu penat semalam......tak sedar kakak sebilik kejutkan..... perut lapar......layankan je pergi ke kelas.....kelas agak padat sampai pukul 6 petang......tapi pukul 4 sudah balik....hahahha...... layan ABC dalam hujan lebat........ pulang kerumah........

rabu
semangat nak pergi kelas awal pagi.......oh tidak! hanya bersiap tapi tak menuju ke kelas kerana kebetulan lecturer tiada....sebab assignment tak siap, WIFI di fast food restaurant....... layan bantai makan aiskrim......trus menuju ke HEP untuk urusan PTPTN...... petang, menuju ke kelas....belajar mcm biasa.....perlantikan Ahli jawatankuasa untuk event semester ini..... ya! tanggungjawab semakin berat......itulah kerja yang perlu diselesaikan.......

khamis
semalam tidak boleh lelapkan mata.....hidung tersumbat n tekak terasa perit......ya! tidak sihat..... menuju kelas dengan langkah longlai....... layan makan bubur je...... kawan sekelas memang baik sebab mengambil berat....... pergi klinik..... sah! kamu memang demam..... terus pulang kerumah keluarga........

so, itulah kerja untuk minggu ni....assignment dah mula tersusun.....menunggu giliran untuk bergerak n disiapkan...... semester ni, ada research perlu selesaikan.....event besar menanti.... Ya! semoga urusan ku dipermudahkan olehNYA tahun ini.....

Monday, January 3, 2011

ikut suka hati.....

post kali ni agak emosional so hanya nak berkongsi tapi takde niat lain ok...... kalau tak faham pun tak apa sebab aku tahu ianya sesuatu yang mrumitkan kerana ianya semua persoalan hati.....

kalo melihat situasi sebenar, aku memg seorang yang kejam..... walaupun aku tak membuat sebarang jenayah tetapi disebalik tabirnya aku telah membunuh perasaan orang lain atau dengan kata lain, aku telah merosakkan hati orang lain....aku telah menyeksa hidup orang lain....... itulah jenayah yang dibuat oleh aku....

orang lain kata, membunuh tu sungguh kejam tapi dari menyeksa orang lain, aku rasa ianya lebih kejam dari membunuh......betul tak??? aku tahu sebab aku sendiri tak sanggup untuk berterusan terseksa begini......

sering kali perkataan maaf tu keluar dari mulut tapi maaf bukan ubat untuk merawat kelukaan.... aku tahu itu, tapi itu sahaja yang ku mampu....untuk berpatah semula, itu bukan jalan penyelesaian sebab ianya lebih menyakitkan......dan aku percaya ada jalan lain untuk menyelesaikan situasi ini......

ya! aku tak mahu terus menyeksa hidup orang lain, sebab aku tahu ianya amat menyakitkan.... tapi aku tidak tahu cara untuk kau mlupakan...... jika dia mahu ragut nyawa aku, adakah inaya akan berhasil untuk melupakan dan terbalas semula apa yang kau rasakan itu?? kalo ianya memberikan kepuasan untuk dia, maka teruskan..... aku pun rasa tidak layak berada dimuka bumi ini jika ianya berterusan.......aku tak mahu menyeksa orang lain lagi.......

ni semua persoalan hati.....sakit bila ditanya...... tapi bila difikirkan semula...... ya! ini semua kerana cinta.....orang kata, cinta perlukan pengorbanan dan aku tahu, dia dah banyak berkorban untuk cinta hati dia....... aku nampak itu...... pengorbanan itu perlu dhargai..... permintaan terakhir....cubalah mencari kebahagiaan diri sendiri.......melihat aku.....aku telah gagal.....sebab ni kesilapan tapi aku cuba memperbaiki...... sebab aku hargai pengorbanan itu.....aku ucapkan terima kasih pada si dia.....

setelah sekian lama terpendam, aku luahkannya jua.....penipu kalo aku kata aku telah melupakan dia...... sbb dia insan pertama yang bertakhta...... tapi keadaan dan persoalan hati, aku teruskan perjuangan yang ada...... aku layankan perasaan itu......ianya menjadikan kekuatan terpendam dalam hati......... itula cinta......racun tapi madu.......dan madu boleh bertukar menjadi racun.......

melihat situasi, aku layankan je....merenung jauh ke hadapan......masa depan.....ya! aku tahu....agak merumitkan....dan bagi aku, kebahagiaan itu ada....... walaupun sekarang aku terasa kegelapannya...... melihat situasi aku, agak kelam...... biarlah ajal maut yang memisahkan.... melihat keadaan, aku percaya ada sesuatu untuk aku di masa hadapan.....

aku teruskan kekuatan yang ada untuk dijadikan bahan api untuk membakar semangat buat nya...... walaupun dia percaya bahawa dia tidak berupaya tapi aku percaya ianya akan berjaya....
sayang dan semangat ku sentiasa ada untuknya......dia berkorban untuk aku dan aku berkorban untuknya....... rumitkan.......

life must go on...... whether its easy or complicated...... love can make people weak but also strong.......

sayang untuknya dan semangat untuk dia........dan untuk kamu juga........

masa untuk berehat.....esok perlu teruskan perjuangan...... terima kasih.....

Saturday, January 1, 2011

disaat ini, aku hanya mampu melayan perasaan...... puas ku cuba lelapkan mata tapi tidak berhasil..... masa tido aku sudah berubah.....aku semakin tidak terurus dan mungkin dengan kembalinya aku ke alam pembelajaran, aku akan kembali normal.



ya! tadi aku hanya berada dirumah sambil menghadap televisyen dan bermain games. aku tidak berminat untuk keluar bersama kawan untuk menyambut tahun baru dengan melihat show dan sebagainya. aku cuma mahu sesuatu yang menenangkan fikiran......ya! makan aiskrim pun sedap....



sejak kebelakangan ini, aku mengalami tekanan perasaan. aku tidak boleh meluahkannya dan akhirnya dengan cara mnulis, aku rasa dapat mengurangkan perasaan itu.



My Dear banyak menyarankan aku supaya menulis ape yang aku rasa, tidak kesahlah sama ada aku marah, sedih, gembira dan sebagainya kerana dia tahu aku seorang yang pemendam dan berahsia. ini yang menyebabkan aku selalu mengalami tekanan jiwa. dengan cara mnulis, aku dapat mengurangkan bebanan dan berkongsi dengan orang lain tentang apa yang aku alami.



sejak kebelakangan ini, aku banyak mengeluarkan airmata......aku lebih banyak bersendirian... aku jarang bersama rakan-rakan....hampir setiap minggu airmata ni menitis........ mnitis bukan kerana aku suka tapi sebab rasa sedih yang terlalu dasyat.........



aku nyaris kehilangan dia......... ianya membuatkan aku fobia dan ketakutan..... hampir setiap masa aku ingin tahu tentangnya.......ya! aku tak mampu menghadapinya.......ianya seperti meragut nyawaku dalam sekelip mata.......



pertemuan dan perpisahan, ajal maut......semua ni telah ditetapkan tapi tidak tahu saatnya. ianya mengajar aku supaya lebih menghargai setiap masa yang ada......tiada sesaat pun, aku memikirkan untuk diri sendiri....aku cuma tahu, mencipta dan menghargai memori itu........



masa depan, aku tiada perancangan......kosong! aku hanya mengikut rentak keadaan ketika ini... ya! mungkin agak mengejutkan tapi itula aku pada ketika ini, tanpa azam, aku meredah 2011 dengan senjata yang ada tanpa sebarang bantuan dan pelan perancangan........



aku hanya lebih tertumpu pada waktu kini.....yang sedang berlaku........ aku sibuk membuat short planning untuk sementara waktu tapi agak sukar untuk dilakukan kerana keadaan dan situasi yang tidak mengizinkan.......



well, skang aku cuma nak mlayan hidup aku....... agaknya, apa yang kamu pikir bila baca post kali ni.......?

layankan jela ek.......

salam syg utk kamu semua......

welcome 2011....bye....2010

dikesempatan yang ada ni, saya ingin mengucapkan selamat tahun baru 2011.......

dikesempatan ini juga. saya ingin memohon ampun dan maaf diatas segala kesilapan dan kesalahan sepanjang tahun 2010......saya harap hubungan kita semua akan lebih bermakna dan tiada penghujungnya.......semoga tahun 2011 ini, memberikan seribu kebahagiaan dalam hidup kita.......

sayang kawan-kawan semua.........