About Me

My photo
simple person who need a lot of experience and knowledge for now and the future life

Friday, February 25, 2011

my sweetheart........


bila melihat gambar ni..... rasa sedih dan sayu sangat.....kebetulan pulak, sekarang ni saya terpaksa berada jauh di perantauan....... susah hati bila berjauhan dengan mereka ini.......
bertapa sayangnya saya terhadap mereka.......tidak terlafaz oleh kata-kata...... tidak terucap oleh bibir ni....... terlalu sayang.....andainya diberi pilihan, saya akan pilih mereka daripada diri saya sendiri.......
rindu sangat kat diaorang ni.......bila la agaknya dapat berjumpe dengan mereka ni......??
merekala pengarang jantung.......walaupun botak. hehehe....hasil kreatif tangan ini, akhirnya botak mereka bertiga......saya sangat suka dan sangat sayang pada mereka......
tunggu ek kepulangan sy....my dear sweetheart......pengubat rindu.........

Saturday, February 12, 2011

masa untuk berehat.......












Setelah hampir sebulan bertungkus lumus dengan projek dan research untuk pelajar tahun akhir, terasa kepala ini semakin tenat dan amat memerlukan rehat yang cukup kerana semester kali ni adalah semester dimana tekanan terlalu hebat maka cuti seminggu sempena Raya Cina, aku tak sia2kan dengan melakukan satu aktiviti dimana aku berjalan tanpa hala tuju.....seronok!
Hanya membawa beg sandang berisi beberapa helai pakaian dan duit poket yang sebanyak RM100 sahaja, aku terus pergi menaiki komuter menuju Sentral Kuala Lumpur......perjalanan yang tidak terancang ni, hanya megikut gerak langkah kaki dan tangan sahaja.....ditemani oleh BFF @ My Dear..... kami berdua bergerak dengan ringkas dan bersahaja membeli tiket ke IPOH.... Ha! nasib baik ade 2 tiket lagi yang belum terjual.....maka kami terus membeli dan menunggu selama 2 jam......sempat kami membeli mkanan untuk alas perut dan melihat kerenah manusia di sana........
Sesampai di Ipoh, sepupu kesayangan telah menjemputku........dengan sempoi......dia telah menyediakan mkanan mee goreng mamak (beli kat kedai) dan buah strawberry dan jambu manis.......sedap! setelah kenyang, sepupu telah menghantar aku ke rumah keluarga angkat @ keluarga Along yang comey......fuyooo......mama masak.......sedap! aku melantak untuk kali kedua.... (pergi Ipoh tak lengkap kalo tak rasa masakan mama)....tak lama kemudian, kami tidor selesai mandi dan solat........

seawal pagi kami bangun.....ya! ade projek baik punye.....kami nak pergi mandi dekat Sungai Jahang dan Ulu Kenas..........best! ni gambar yang sempat kami rakamkan.......

then kami pergi melepak makan laksa kat Kuala Kangsar......fuyoo! best la....tapi yang lagi best, dapat sagun kelapa yang sangat sedap sampai penuh beg la......then, malamnya....kami berjalan2 diseluruh bandar IPOH.......huhuhuh best! tengok lampu yang berwarna warni......rasa indah sekali...... penat! ape lagi terbongkang la di tilam.......

pagi seterusnya, kami pergi berjalan2 sambil melawat Politeknik Ungku Omar.......dan jalan2 cari sarapan.....selepas tu kam bertolak pulang ke Kuala Lumpur.......untuk bergerak pulang ke rumah, kami menaiki komuter sahaja.....senang dan mudah.......

sampai rumah.......melayan kerenah baby dan berehat......penat tapi puas!

(Terima Kasih buat sepupu tersayang Shahrina, dan housematenya Kak Sue sekeluarga.....tak lupa Keluarga Nabilla Ahmad Khalil kerana telah banyak membantu sepanjang perjalanan kami ke IPOH Perak.)

Sunday, February 6, 2011