About Me

My photo
simple person who need a lot of experience and knowledge for now and the future life

Tuesday, November 23, 2010

20/11

kerana sll duduk tido lewat so bgn pun tlajak....pkul 6:30pg......bsiap mandi, solat n trus amik beg..... bgegas trun utk panaskan enjik kreta......nasib baik baby masih tido so takdela kena kejar oleh baby..... adik trus buka pagar dan aku keluarkan kereta.....yes! on time....masih sempat.

aku dijadualkan utk hantar adik ke MBSA pada pukul 7 pg kerana beliau ade rombongan ke teluk batik pada hari tersebut. selesai tugas, aku terus mengambil BF aku....dgn muka ngantuk, dia datang tersenyum......ni mesti kes susah bgn.....kelam kabutla tu.....jadual! nampaknya aku kena sampai ke KL sebelum pukul 9....dgn skill memandu yg ade n kebetulan khebatan kreta mama yg beso gabak ni.....aku memandu dgn pantasnya.....sharp! on time aku buat...... aku trus nek bersama spupu utk mgangkat almari.....BF aku tunggu bawah je sbb umah anak dara k......

bpeluh gakla nak angkat...beso plak almari tu....berat giller...tangan aku dah mcm ahli bina tangan ni.....penuh gakla kereta mama tu....... then, trus mnuju ke SOGO.....ya! kesukaan aku...popia crispy..... ape lagi, spupu aku blanja....... ngap! sedap wei..... selain tu, aku blasah dunkin donat n crispy crisp...... banyakkan aku mkn......tak ingat dunia......

then, pulang ke kampung utk hantar almari tu....ya! kerja angkat almari lagi...... semakin kuat tangan aku ni..... cian BF aku sampai terbaring keletihan....... lepas rehat, aku mahu start kereta comel ku....mak aiii! x mo plak dia....... jeng...jeng....jeng....chet! bateri..... aiya! pe lagi, tolak kereta kuar dari garaj....buat jump start dgn kerata spupu....tgh panas plak tu...kering! masih tidak bolah start....then spupu aku tolong start then aku tolak kreta dgn cara guna gear 2, tolak hand brake but jgn lepas clutch...... then, bila tolak dah laju, baru lepas clutch.....masih gagal! peluh dah mcm mandi aku dbuatnya.....

lemau! aku terus buka bateri kereta n masukkan dalam kereta mama, ya! aku kena pergi ke pekan utk cari bateri...... dgn bau masam tu, aku menghadap tokey....amik...RM150 lepas diskaun, RM140... ni skill kalo nak minta diskaun....layan tokey tu cakap bahasa mandarin, konfem dapat murah.....ape lagi, balik umah nenek trus aku kerjakan bateri baru tu masuk dalam kereta comel tu..... siap! start....yes! hidup...... lalalalal...( dah mcm mekanik kereta ) muka aku comot giller..... aku masuk then nampak BF aku tido.....penat gaknya! aku terusla pergi mandi.......

yes! makcik n paksik aku bekalkan nasi lemak kukus utk aku bawak balik.....heheheh..... mama cuma geleng kpala je..... nampak sgt anaknya kuat mkn..... BF aku pun dah sedar..... dah, balik..... sepanjang jalan tu dia asyik muntah je....... cian dia...penat sgt tolong aku sampai jadi mcm ni....ya! dia ku hantar pulang dgn segera.......

sampai umah aku......baby sedang tunggu..... baby mkn nasi lemak dgn lajunya....lapo gaknya.... aku trus mandi, solat n tido....... aku cuma mkn 4 suap nasi je......sbb tlalu penat.....

ok, tak susah kan hidup kalo tolong mnolong.....saya tolong spupu n spupu tolong sy smula.....ape yg penting! KERJASAMA.......

Saturday, November 20, 2010

mgantuk sgt ni......

19/11

genap 7 bulan aku bersama dgn dia........banyak benda yang aku rasa n belajar sepanjang seisi ni dari suka hingga ke duka. walaubagaimanapun, aku tetap masih mampu tersenyum.

dugaan datg n pergi.....masa bgerak dgn begitu pantas. aku hanya mampu meneruskan dan takkan mahu toleh kebelakang semula kerana terlalu banyak sejarah dan kisah silam yang ble menghantui hidup ku. ya! kalau nak mula hidup baru maka aku kenakan lupakan yg lama........

aku mahu pergi sjauh yg mungkin dari kisah silam aku. kalo boleh, tak nak sedetik pun aku teringat kisah itu....... ya! ni la bahana bercinta.......madu tapi racun didalamnya...... (kalau itu yg kau mahu)

aku rasa semua org tak mahu ingat kisah yg pahit itu tapi aku tahu setiap manusia ade kisahnya tersendiri begitu juga aku, dia dan ...............tp percayalah, ape yg berlaku itu pasti ade sebab dan hikmahnya........ manusia takkan mlakukan sesuatu tanpa sebab.....mcm pergi sekolah sbb nak timba ilmu......pergi mkn sbb lapar dan sebagainya....semuanya bersebab dan bukan kerana ikut suka tapi tak tahulah kalo ade org yg mcm tu......mungkin dia ade pengalaman yg mnarik tentangnya........

kawan sy kata......" dah la tu, kita dah buat yg terbaik, bakinya kita tawakal jela" .....ye! ade betulnya...... fikir positif k

aku sepatutnya dah kena masuk tido. siang nanti aku ade projek bersama dia n sepupu aku..... then kami akan pulang kekampung bersama........mama kata "help each other, importance is teamwork" teringat citer wonderpets...... cerita kegemaranku..........wahai sepupuku, kami akan datg membantu mu.........

sempena emosi yg stabil........."happy anniversary" buat si dia...... " c u then" buat spupuku...... "tunggu kepulangan kami" buat mama n nenek dikampung......" hope u like it what ever u want to do....good luck k......." buat pembaca....... " hope u happy whatever u do now, soon or later....i know, i already done my part..... n now, u already choose it" buat seseorang......

Thursday, November 18, 2010

char kuey tiaw

  • bahan yang diperlukan
  • 200 gm udang
  • 250ml air
  • 4 ulas bawang putih di ketuk
  • 6 sb sos tiram
  • 3 sk kicap pekat
  • 3 sb kicap manis
  • 1 sk petis
  • 2 sb pati ikan bilis / pati udang
  • 2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
  • 1 sk gula
  • * UTK MEE *
  • 300 gm kuey teow
  • 1 sb cili boh
  • kerang
  • sedikit kucai & taugeh
  • 2 biji telur

Cara-cara

  1. UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
  2. Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
  3. UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
  4. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.
  5. **Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust eh......
oleh kerana my dear suka sgt mkn char kuey tiaw maka saya kenala blaja masak utk dia.....takpela, demi yang tersayang katakan...tapi ntah jd @ x.....tgk jela ek......

Tuesday, November 16, 2010

luv u all

KENANGAN TERINDAH OCB 44C

gambar ni diambil ketika majlis sambutan "Gals Day"
ya...hanya gadis-gadis kelas kami yang hadir tapi ade beberapa dari kami tidak dapat hadir ketika ini kerana ade urusan yang tidak boleh dielakkan.......



gambar seterusnya pada hari yang sama bertempat di restoran makanan segera PIZZA HUT.









jamuan hari raya di rumah lysa n amal....thanks buat sahabat2 yang datang memasak, menghantar makanan dan macam2 lagi...thanks jugak sbb datang memeriahkan lagi suasana hari raya.... korg ni memg happening..... ade banyak gambar lagi tapi tak larat nak masukkan sume.....


gambar ni diambil dalam sebuah bas uitm didalam perjalanan menuju ke KLCC. ketika ini kami ade rombongan sambil belajar di CALL CENTER petronas. thanks to all that always give full commitment and support to make this program run smoothly.....



cukup utk malam ni....sok gambar len plak k......

Sunday, November 14, 2010

kata hati

Dah tiga hari aku bercuti di kampong halaman. Tujuan utama aku adalah untuk merehatkan minda aku yang sedang berserabut tapi kini aku rasa emosi aku kembali stabil seperti sediakala. 3 hari disini, aku tidak membuat apa-apa. Aku hanya bermain dengan beberapa anak buah aku dan duduk tenangkan fikiran sambil melihat pemandangan suasana kampong. Kehidupan disini jauh lebih tenang dari Bandar maka keputusan aku untuk pulang ke kampong adalah satu pilihan yang tepat dan bersesuaian dengan kehendak emosi aku.

Aku mula rasa tenang dan fikiran aku kembali stabil. Aku dah buat keputusan. Apa-apa yang berlaku lepas ni, aku takkan lari. Aku akan hadapinya dan seterusnya, aku akan teruskan apa yang telah kulakukan dan aku takkan berpatah balik. Jika ini semua adalah satu kesilapan, maka aku redha jika itu takdirnya tapi jika ianya benar, aku sendiri mahu cari jawapan itu. Aku akan cuba sedaya upaya untuk membahagiakan diri aku ni.

Aku takkan meninggalkan dia….. percayala sebab hati aku kini benar berkata-kata. Aku percaya dengan cinta dan takdirnya maka aku akan teruskan dan teruskan. Jika keputusan bagi pihak dia berada disebaliknya, aku perlu merelakannya tapi percayalah, aku takkan mencari cinta selepas itu kerana inilah penamat cinta dan aku percaya bila tiba masanya nanti, aku hanya menerima segala takdir yang ditetapkan dan aku redha akan keputusan itu tapi sama ada bahagia atau sebaliknya, aku tahu aku kena hadapinya juga.

Kalau dulu aku senang dengan hati yang terbuka tapi kini hati ku sudah tertutup kerana cinta kerana aku faham cinta itu madu tapi ianya juga racun yang bisa mengubah kehidupan seseorang.

Friday, November 12, 2010

playlist aku

lagu2 ni jadi santapan telinga aku sejak kebelakangan ni...........

  1. selamat malam - faizal tahir
  2. hanyut - faizal tahir
  3. menatap matamu - aril
  4. khatimah cinta - 6th sence
  5. kuingin kamu - romance
  6. for the rest of my life - maher zain
  7. inilah cinta - akim
  8. cuba lagi - malique
  9. takdir cinta - rossa
  10. saat terakhir - ST12
  11. kuingin selamanya - pasha
  12. noktah cinta - hafiz
  13. dia milikku - yovie n nuno
  14. the show - lenka
  15. pergi - aizat
  16. jangan kau lepaskan - alexa
  17. cinta antara kita - duta
  18. tercipta untukku - ungu
  19. cinta dalam hati - ungu
  20. bila rindu - ruffedge
  21. kenapa - shazzy feat lah VE
  22. separuh jiwaku - anang
  23. sempurna - andra n backbone
kebanyakkan lagu2 ni dituju oleh seseorang buat diri ini.......dari kisah silam hingga kini......

semua ni ada kisahnya sendiri n kenangannya.......

thanks 4 d song........
Lirik Lagu Hanyut - Faizal Tahir

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Chorus
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

aat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Repeat Chorus

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut


Wednesday, November 10, 2010

ada sesuatu yang sentiasa bermain di akal fikiran aku. aku tahu kerana apa dan sebabnya tapi selama ni aku hanya fikir ianya hanya sementara. penipu kalo aku kata aku tak faham tapi aku pura2 tak faham sebab aku rasa ianya hanya tunggu masa untuk berlaku dan sebenarnya jauh di sudut hati aku, kata2nya memg benar belaka cuma aku tak sangka secepat ni semuanya berlaku...

" if u make someone happy then can make u happy, its ok. u already get ur happiness but if u can't make it.....u already hurt urself......."

naik geram aku gakla bila fikir ni semua. ya! aku cuba untuk membahagiakan aku sendiri tapi aku sering kecewa dengan hasilnya maka aku ubah hala hidup aku.....aku cuba membahagiakan orang lain.....aku cuba n trus mencuba......walaupun aku tak bahagia tapi sekurang2nya org yang aku sayang itu bahagia adalah cukup bagi aku.....

adakah benar itu jawapan aku??

aku masih terus berfikir dan terus berfikir...................

aku teringat akan ayat puitis ni

" cinta perlukan pengorbanan..... kita akan berasa gembira bila org yg kita sayang itu bahagia dengan orang yang dia sayang....... cinta tidak semestinya kita perlu memilikinya....kita cuma mahu yang terbaik untuknya"

ya! aku sedar......... pengorbanan itu amat berharga......

aku melihat bulan.......aku rasa begitu sedih.....aku tewas........ hanya airmata yang menemani diriku........kalo dulu, bulan seolah2 sentiasa memberikan cahaya ketika duniaku gelap tapi kini......aku seperti jauh darinya...........

aku merenung jauh........aku mahu lari dari semua ini....... tapi kerana aku telah membuat keputusan semua ni maka aku perlu betulkan semua ni....... aku taknak org2 yg aku sayang terus menderita kerana kesilapan aku......

tapi ape perlu aku lakukan????? aku benar2 buntu..........

ditikar sejadah ku memohon kepadaNya...........

ya! aku perlu lakukan sesuatu........

Friday, November 5, 2010

ape kes kena cucuk lagi........

2 nov

aku lepak bersama kawan2 baik ku di salah sebuah pasaraya berhampiran dgn umah sewa..... beli barg dapur tuk masak.... skang ni aku semakin rajin memasak sbb takde org nak masakkan utk aku....wawawawa!

sambil itu, aku buat persiapan utk peperiksaan seterusnya yg akan berlangsung keesokkan harinya.....semua soalan past year aku dah jawab tinggal buat revision......malamnya perut aku buat masalah... aku keep on muntah2 je...sampai tak tido malam aku dbuatnya

3 nov

aku terus bersiap utk mengambil kertas peperiksaan..... kali ni aku kena cirit birit..... memg teruk kali ni..... ksakitan yg amat sgt ketika amik paper exam tu...tak senang duduk wei..... aku terpaksa kluar awal bukan kerana soklan senang tapi sbb aku tak ble nak jawab sbb perut mula sakit tahap tidak ble dkawal..... aku terus ke klinik bdekatan...... doc trus berikan suntikan ditangan kiri aku....kebas wei..... doc juga mahu aku dtahan utk masukkan drip water tapi aku tak mahu kerana aku perlu pulang kerana aku ada paper exam keesokkan harinya maka doc bg ubat jela......

aku sbenarnya tak larat nak kena cucuk lagi......tp aku kagum dgn diri aku sendiri sebab aku semakin berani dengan jarum suntikan tu......hahahha..... well, skang aku dah ok cuma batuk sbb tekak ku sakit sejak aku muntah2 ari tu.....

paper exam aku..... jgn tanya....truk gak aku nak mjawabnya....bantai je!

salam