About Me

My photo
simple person who need a lot of experience and knowledge for now and the future life

Wednesday, February 3, 2016

Minggu ke 37.....

Assalamualaikum.....

Rasanya dah terlalu lama menyepi, ini kerana penulis sibuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru dan situasi baru.... hehehehhe

Seperti sedia maklum, penulis baru sahaja melangsungkan perkahwinan seminggu sebelum hari ulangtahun kelahirannya... maka tahun 2015, penulis menyambut hari lahirnya bersama pasangan dan keluarga barunya....

Selang seminggu kemudian, penulis pergi bercuti atau berbulan madu bersama keluarga dan pasangan malah menyambut hari lahir si suami dilokasi berbulan madu.... kebetulan tarikh lahir hanya berselang beberapa hari sahaja....




Selang beberapa minggu kemudian, penulis disahkan mengandung maka penulis tidak dapat menulis disebabkan oleh masalah kesihatan.



Bertapa bulatnya muka penulis ketika mengandung.... tetapi sebenarnya berat badan penulis tidak beberapa memberangsangkan dan kesihatan pun tidak beberapa stabil. Oleh kerana ketidakstabilan masalah kesihatan maka penulis kerap dimasukkan ke hospital. Oleh kerana itu penulis banyak menyepi....

Pada minggu ke 37 kehamilan, dalam keadaan keterpaksaan maka penulis terpaksa bersalin awal memandangkan masalah kesihatan yang tidak stabil.

Tarikh 20 Januari tahun 2016, jam 11.12 malam, penulis akhirnya berjaya melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.27kg melalui cara pembedahan setelah 2 hari mengalami kontraksi selepas 3 kali induce.


Alhamdulillah..... semua nya selamat dan berjalan dengan lancar.... penulis n anak dalam keadaan stabil dan sekarang berada dikampung halaman bagi menjalani seisi berpantang......

Sekian.....