About Me

My photo
simple person who need a lot of experience and knowledge for now and the future life

Friday, January 23, 2015

antara aku, kau dan dia.....

Ini apa yang aku rasa.....

Dengan muka penat baru kembali bertugas, pakaian kerja masih tersarung, terus terlantar di katil bujang.... zzzzzz.....

Ini apa yang aku fikirkan.....

Pejam celik, dah 2 bulan telah berlalu.... status terbaru membuatkan diri rasa berat bahu untuk memikul tanggungjawab itu.... senyuman manis masih mampu menutup segala apa yang berada didalam hati....

Ini apa yang telah berlaku.....

Bekerja siang dan malam, hanya untuk membuatkan aku lupa dengan status itu... hati hanya berdiam diri, menelan segalanya, memendam seribu rahsia. Masihkah hati mampu bertahan....

Ini apa yang bakal terjadi....

Masa terus berdetik... hanya tinggal beberapa hari lagi... persiapan seringkas mungkin, doa dan restu diiring bersama....

Kau,
Ianya tidak semudah yang difikirkan,
ianya telah mencalarkan hati
harapan dan peluang telah diberikan
Masih kekal tenggelam dalam realiti...

Dia,
muncul dikala kesunyian datang bertandang
penuh suka dan duka bersama
Berkongsi dengan penuh kasih sayang
Keikhlasan, kematangan dan kepimpinan menjadi perisian

Aku,
masih mencari jawapan....
Dimana hala tuju ku

BUNTU
kerana kisah aku, kau dan dia....