About Me

My photo
simple person who need a lot of experience and knowledge for now and the future life

Thursday, June 20, 2013

Ini Makan Nyer.......

Perisitiwa yang tidak mungkin terjadi tetapi telah terjadi.......

Ini kali pertama aku melihat seseorang dan terus menyampah dengannya..... Cerita bermula disini..

Aku seperti biasa melepak dengan kawan-kawan sambil makan minum ketawa berborak.... inila masa nak berjimba dengan kawan-kawan bukan... tetiba datang seorang mamat ni...(kawan kepada kawan baik aku). Datang dengan xde salam. duduk mcm gangster org kampung. Sibuk minum air kawan aku plak... yang kawan aku ni pun 1 sengal nya.... ko duk diam mcm kena sumpah tu knapa... ko biarkan je mamat ni join meja.....

Mula-mula aku releks lagi.... then lama-lama aku rasa gila menyampah dengan mamat tu.... Siap ambil makanan kami tanpa minta izin.... Sungguh tiada adab ok.... Then yang paling menyakitkan hati, ko dah x kenal kwn2 aku then duk perli n ketawakan kawan2 aku.... PERGH.... tangan aku dah siap sedia je ni... tunggu masa je.... SABAR sebab berada di tempat awam.....

Oleh kerana aku terlalu menyampah nak tengok dan dengar lawak B****** mamat ni maka aku pun minta diri la.... maka kawan2 aku pun sama beredar dan pergi ke kaunter bayaran.... Mamat sengal ni seperti korang maklumlah...dia still duk sibuk menghabiskan sisa makanan kami ya...

Aku menuju ke kereta bersama kawan aku. tetiba mamat ni datang nk tumpang kereta... Aku pandang member aku yang sengal ni.... boleh plak member aku ni siapkan bukakan pintu kereta untuk dia....  ADUYAI..... sengal gak kawan aku ni... xkanlah x paham reaksi muka aku yang dah tahap *****

Didalam kereta aku hanya memandu kereta dengan tenang untuk mengawal api kemarahan yang meluap2... tp mamat ni memang cari nahas.... Boleh pulak komen kereta aku sempit dan kecik...siap boleh cakap, keje bagus tp beli kereta kecik... then kata aku KEDEKUT.... WOOOO ni mamat dah melampau....

Aku berhenti kereta ditepi jalan. tidak silap aku berhampiran kawasan pembinaan perumahan...... Aku keluar kereta dan aku heret mamat tu keluar... member aku dah tergamam dengan tindakan drastik aku.... yang aku tak tahan, dia boleh plak kata aku kaki sentap..gurau skit tidak boleh....

Dengan FREE aku bagi penumbuk aku sebijik..... INI MAKAN UTK ORG TIADA ADAB MCM KO. tergamam mamat ni tengok aku sambil meraba mulut dia yang berdarah.... Kalo aku ni kedekut, dah lama aku tak bg ko naik kereta aku la wei.... dah lama aku x bayar makanan yg ko makan tadi tu la wei.... Main SEDAP MULUT je ko kan mengata aku ni kedekut, kereta aku kecik bagai.... tadi tu HADIAH perkenalan aku untuk ko ok....

Aku terus tarik member aku dan masuk dalam kereta.... tetiba mamat ni merayu supaya dia dihantar ke klinik.... rupanya dia kesakitan kerana gigi dia tercabut akibat tumbukan aku... dia terus janji yang dia akan senyap dan tidak akan mengadu atau memberitahu sesiapa mengenai perkara tersebut.....

Oleh kerana aku melihat darah yang mengalir tidak sudah itu maka aku hantarkan juga ke klinik... smpai di klinik tu, dia mengatakan dirinya jatuh tangga dan terkena bucu pemegang tangga berkenaan... selepas selesai sume maka aku menghantar mamat ni balik....

MEMBER aku yang mcm kena sumpah tadi tersenyum... aku pelik tengok dia.... ko kenapa noks? sudah nek sawan ka? Member aku ni terus berkata... aku tidak pernah dapat hadiah perkenalan dari ko noks...
aku terus tergelak mendengar kata-katanya....

Kesimpulan : Sila menjaga adab dan menjaga pertuturan kita dengan semua orang tidak kirala orang tua atau pun kanak-kanak sebab mereka semua ada perasaan... Aku pun dah minta maaf kat mamat tu sbb kehilangan kesabaran.... Sejak hari itu, mamat tu kalo jumpa aku, dia hanya senyum tutup mulut je sbb malu dengan gigi dia hilang kot...

Sekian....

Tuesday, June 18, 2013

Miss my Old Life

Dah lama x mengarang....mata pun dah letih mengadap komputer seharian.....

Salam Sejahtera semua.....

Kahidupan berkerjaya sangat mencabar n menduga fizikal dan mental. Pergh.... jawatan disandang bukan 1 permainan yang menarik tapi tanggungjawab yang berat.... Setahun sudah menyandang tanggungjawab menjaga amanah yang diberikan..... tetiba merindukan saat menjadi pelajar.....

Kehidupan sebagai pelajar seperti ini....
Seronok sebab walaupun sibuk dengan assigment dan presentation tapi ada kesempatan untuk melepak dengan kawan, balik kampung untuk berjumpa dengan keluarga dan berdating dengan pasangan.

tetapi sejak menjadi wanita berkerjaya..... semuanya berubah....

Isnin sehingga Jumaat - Berkerja dengan mengadap komputer....letih sebab mengadap selama 10 - 12 jam. (Pergi kerja seawal pagi dan balik rumah ketika saat matahari terbenam) belum ditambah dengan kesesakan lalulintas dan melayan kerenah boss2 yang banyak cengkadak..... Semuanya nak URGENT.... Sabtu ahad yang tidak bekerja pun bekerja juga sebab kalo dah menimbun atas meja kena siapkan gakla.....

Bekerja untuk 12 boss yang macam-macam kerenah tu yang memeningkan.... duduk rumah tapi otak kat Pejabat.... setiap sejam ada je panggilan masuk.... tidak kira sama ada bekerja atau hari cuti.... Keje yg sentiasa kena panggil memg memenatkan dan skang aku faham kenapa doktor selalu kepenatan apabila kena bkerja tidak tentu masa..... seperti aku, sentiasa kena ikut kemana jua boss pergi.... Berkepit jela jawabnya tetapi boss sentiasa faham keadaan aku yang masih bujang maka kadang dia akan berikan cuti untuk aku menenangkan tekanan otak aku......

BUT seriusly..... rindu zaman belajar..... skang tengah isi borang untuk sambung belajar semula.... harap semuanya berjalan dengan lancar.... Bersyukur dengan apa yang diberikan olehNYA....