About Me

My photo
simple person who need a lot of experience and knowledge for now and the future life

Sunday, November 9, 2014

Aku terlalu penat dan terlalu tertekan....

Semua benda yang aku buat tidak menjadi.... aku kini dibayangi oleh seseorang... seseorang yang aku gagal untuk melupakan...

Pada awalnya aku hanya fikir ianya semua khayalan aku sementara tapi kini aku sedar, ianya semakin menelan perasaan aku....  jiwa aku mula rasa resah dan ianya sukar untuk diperkatakan.... dan kini aku hilang fokus.... kesannya....

Bukan itu sahaja, aku mula hilang konsentrasi @ tumpuan kerana perkara ini.... banyak kerja yang tergendala dan hampir beberapa kali aku nyaris ditimpa kemalangan...

Aku mahu hentikan semua ini.... aku tidak mahu ianya muncul sekali lagi.... aku tidak mahu dibayanginya lagi...

A,
Awak memang insan yang terbaik saya pernah kenali... dan saya tidak pernah melupakan sesaat waktu kita bersama... bertahun bersama awak dalam susah senang saya... dan tidak pernah sekali awak tidak berada disisi saya... awaklah penyokong saya, awaklah tulang belakang saya... awaklah badut saya, awaklah tuala airmata saya.... kelemahan saya adalah kelebihan awak dan kelemahan awak adalah kelebihan saya... awaklah pelengkap saya.....saya betul-betul menghargai kehadiran awak dalam hidup saya....

Tapi kini, saya kehilangan awak.... bukan itu sahaja, ianya meragut semangat saya... betul, saya mungkin mampu mencari pengganti tapi saya tidak mampu mencari penganti seperti awak... setiap orang ade kelemahan dan kelebihan.. dan saya perlu meneruskan kehidupan saya... tapi saya tidak boleh teruskan sekiranya saya masih membayangi awak...

Saya harap keputusan yang dibuat adalah tepat dan membahagiakan semua orang....

I will to move on next stage so hopefully, I will ready for it.... bye2 my memories.... bye2 dear.....

(Crying on my prayers)

Monday, September 22, 2014

kejutan demi kejutan....

Hai semua.... salam sejahtera.... dah berminggu blog ni x berusik.. bdebu je rasanya... kali ni nk cerita dsebalik kejutan...

Alhamdulillah, permohonan untuk sambung belajar telah diterima oleh pihak universiti... tetapi hati ku berat untuk mendaftar... ku hanya mampu memandang surat tawaran tetapi tidak berusaha untuk pergi...

Aku melepaskan peluang yang ada memandangkan aku mempunyai tanggungjawab yang lain. Fokus aku lebih tertumpu pada kerjaya dan pilihan hidup ku. Banyak perkara yang aku pelajari dan cuba untuk menjadi yang terbaik... tiada cuti rehat untuk aku lagi kini, fokus ku hanya untuk kerjaya dan keluarga... dan seperti yang diketahui, aku bakal melalui satu peringkat atau fasa untuk bkeluarga.. si darah manis tidak pernah terlepas dgn dugaan... skali lagi aku dduga apabila kereta terlibat dengan kes polis diatas sebab pergaduhan antara kaum. 

Dugaan dimalam hari. Bertapa selama 3 jam bagi menyelesaikan kes ini. Bersadai dbuatnyer sedangkan pada keesokkan harinya aku terpaksa bertolak ke Port Dickson. Tetapi kes ini telah dselesaikan oleh si abg darah manis... 

Persiapan masih dijalankan seperti biasa...  sibuk mencari barang dan mengumpul duit.... itu menjadi fokus utama ku kini. Tetapi aku diuji sekali lagi dalam beberapa hati dimana aku tidak dbenarkan sama sekali untuk membuat aktiviti luar dan lasak untuk tempoh 2 bulan. Aku terpaksa memakai penyokong besi selama 2 bulan untuk proses pemilihan dan menjalani fisio di hospital.


Bukan itu sahaja, aku telah dihantar oleh pihak pengurusan syarikat untuk menjalani latihan di luar kawasan pada hari minggu selama beberapa minggu. Kini, banyak urusan tergendala dan aku mula faham dugaan si darah manis ni...

Aku rasa ada sesuatu yang masih belum selesai....

Buat S, Aku harap aku dapat jumpa dia buat kali terakhir. Aku tidak mahu salah faham yang berlaku akan berlarutan hingga ke anak cucu. Aku teringat kata2nya.... aku mahu dia teruskan perjuangan dia.... aku mahu dia gapai cita2 dia.... aku mahu dia bahagia... aku nak dia faham apa yang terjadi kini, semua diatas ketentuanNya.... ampun maaf dan doa restu dipohon.... 

Buat si A, permintaan awk telah tertunai, terima kasih atas doa dan pengorbanan awk selama ini. Saya tidak pernah menyesal kenal dan berkawan dengan awk selama ini. Saya sentiasa doakan yang terbaik untuk awk... u r still b my bff 4eva... yang terbaik....

Sekian, terima kasih.... 
Nak tido, esok ade appointment doctor lagi....



Monday, September 8, 2014

pelangiku....

Dah hampir 2 bulan aku menghilang.... mencari ketenangan dan jawapan yang tidak pasti.... kini ku kembali dengan semangat baru... meneruskan kisah hidup ku... menamatkan segala kisah duka....

Ini satu permulaan.... ini kisah hidupku.... kisah lalu telah jauh meninggalkan ku... walaupun pahit, ku telan jua.... kini, kepahitan tu telah berganti. Aku mengharapkan pelangi menyapa ku....lalu menyempurnakan hidup ku.....

Kini, status yang dahulunya sepi tanpa teman, kini bertukar senyuman.... sinar sudah kembali... aku kini bukan berseorangan.... sepi telah jauh kutinggalkan... semangat telah mengiringi senyuman... jawapan telah ku temui dan mnunggu masa untuk diikat...

Ikatan yang sah.... hubungan yang halal.... dengan insan yang ku hormati... dengan insan yang myayangiku sepenuh hati... dengan insan yang menerimaku seadanya diriku.... insan yang bakal membimbingku hingga ke syurga...

Detik bakal tiba, debaran semakin terasa... persiapan sedang dijalankan.... semoga Allah merahmati hubungan ini dan mempermudahkan urusan kami ni....

Inilah pelangi disebalik ribut yang melanda....

Wednesday, July 16, 2014

kaki oooo kaki.... kakiku

Hai semua.... diharapkan semuanya sihat dan bahagia disamping keluarga yang tersayang....

Hari ni mula rasa ketakutannya gara2 esok terpaksa menuju ke hospital besar klang... kali ke 3 aku kesini selepas 3 tahun lepas aku menjalani pembedahan tonsil. Tapi kali ini berlainan kesnya...

2 minggu yang lalu, beberapa hari sebelum puasa, saya telah menyertai 1 pertandingan badminton syarikat. Seronok woo sebab dapat bergandingan dengan boss besar tetapi kerana terlalu syok main, hampir terlupa dengan keadaan kaki dan keadaan badan yang semakin besar....

Akhirnya, kaki ku beralih tulang lutut dan kini sukar untuk bergerak.... tapi jangan risau, masih boleh berjalan tetapi dalam keadaan yang terhad untuk pergerakan... 2 minggu ulang alik klinik dan akhirnya, terpaksa dirujuk ke doktor pakar setelah 3 minggu tiada kemajuan....


Maka esok adalah hari temujanji bersama doktor sekali lagi... harap ada kemajuan.... harap kembali sembuh... apa kata doktor, kita tunggu jela esok ya... takutnyer.... #sedeytahapcipan #bdoapdYgMahaEsa  #sakitkakikujua.

Ok, kita sambung lagi nanti ya.... nak bersiap untuk berbuka....

Thursday, July 10, 2014

Puasa ya.....

Kesempatan yang ada ini, saya mengucapkan salam ramadhan n Selamat menjalani ibadah puasa....

  1. Persiapan untuk raya..... oh tidak! tiada persiapan buat sementara waktu ini kerana terlalu sibuk dengan kerja dan tanggungjawab keluarga...... tapi jangan risau, duit raya untuk anak-anak telah disediakan awal....
  2. Baru-baru ini, 2 orang sepupu bersalin dan lahirnya 2 anak buah lelaki. Lagi sebulan, kakaksaya pulak nak bersalin.... jangkaan baby boy juga..... lepas ni boleh buat team bola kalo balik kampung.
  3. Mengikut jadual, tiada sepupu @ sahabat yang akan melangsungkan perkahwinan maka akhir tahun ni, boleh pergi bercuti..... backpackers
  4. kerja semuanya out..... rasa macam nk tukar kerja je.... InsyaAllah, will further study soon.... 
  5. Perkembangan diri : kerjaya out, cinta pun out tp yg good.... i have my lovely family n siblings.....
  6. lastly, time to move on..... forget d past..... 
  7. oh bulan, sampaikan salam ku kepada nya...... rindu rasanya..... tp x mampu nk luahkan pape.....

Friday, May 30, 2014

karya aku

Salam semua......

Sudah lama tidak menulis. Agak sibuk dengan kerjaya, seminar, mesyuarat dan kerja luar. Minggu yang sangat memenatkan....

Walaupun sibuk tetapi saya sempat bcuti bersama kawan2 kesayangan saya....






Macam2la perangai... saya jumpa kawan baru... sy buat aktiviti kesukaan saya.... melepak, makan, snorkeling, diving dan macam lagila.... nanti bulan 8 saya akan kesini lagi untuk mengambil lesen diving pula..... 

Sebelum saya lupa, sampaikan salam sy untuk si dia ya wahai sang bulan..... esok hari lahir dia tetapi saya tidak mampu untuk meraikannya.... siapa la saya di hati dia kan.......

Friday, May 2, 2014

T>E>N>A>N>G

Salam semuanya

Rasanya kali ini tidak perlu mukadimah yang panjang bagi permulaan cerita....

Semalam 1 Mei 2014, adalah hari ulangtahun kelahiran kekanda tersayang RM yang ke 37... Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan bahagia disamping keluarga tercinta..... Cadangan untuk membuat suprise untuk kekanda tetapi tidak menjadi apabila kami sekeluarga terkejut dengan pemergian arwah PakLong semalam akibat kemalangan jalanraya. Semoga arwah Paklong ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..... Al-Fatihah

Sepanjang hari kami sekeluarga dirumah arwah..... sedih menyelubungi suasana dirumah tersebut....kelihatan muka-muka pucat kelesuan dan kesedihan terpampang jelas dimata-mata sepupu-sepupuku yang baru kehilangan seorang ayah.... teringat daku ketika saat arwah ayahanda kami pergi hampir 2 tahun yang lepas. seolah-olah keadaan itu berulang kembali.... nenda yang kami kasihi kelihatan sungguh tidak berdaya apabila 2 orang anak lelakinya telah pergi ke Rahmatullah.... bertapa sedihnya nenda sehingga pengsan ketika saat melihat arwah Pak Long di tempat kejadian.... Sekujur tubuh yang tidak bernyawa ditatapinya....

Seharian kami sekeluarga berkumpul bagi menyempurnakan jenazah.... Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan.....

Dalam masa yang sama, dari jauh aku melihat bertapa bahagia ex-aku bersama isteri dan anak tersayang.... aku tersenyum tenang..... tiada apa yang perlu aku katakan hanya aku rasa bersyukur... tamat 1 cerita.....


Melihat ex-aku, aku teringat akan si dia.... kerana mereka berkaitan cuma watak berbeza tapi satu persamaan sebab mereka ex-aku.

aku masih ingat perjanjian yang dimaksudkan..... dan aku tidak pernah kesah pun pasal perjanjian tu sebab bagi aku ianya sudah tamat tempoh dan aku rasa kelewatan itu bukan satu kesalahan dan bagi aku, semua terpulang pada takdir.... sama ada pelan A @ pelan B berjaya...aku tidak pernah kesah.... tidak kesah langsung sama ada nak tergolek mahupun apa jua..... sukahatilah.....

Kehidupan aku tetap kena teruskan..... aku dah tidak mampu berfikir..... kebahagiaan aku itu sangat subjektif.... ianya bukan aku senyum bermakna aku bahagia tetapi ianya berkemungkinan hanya untuk menutup kedukaan dihati..... tapi yang pasti, aku hanya nak berusaha untuk memperbaiki diri dan terus maju kehadapan..... aku memang wanita bekerjaya..... aku akan teruskan usaha ini sebab aku akan pastikan apa yang aku buat akan berjaya walaupun banyak cabaran....

Kepada yang mendoakan saya untuk harijadi saya tempoh hari, terima kasih....semoga Allah merahmati kalian.....

Aku hanya mampu katakan disini, aku rindukan si dia... aku tidak perlu tahu yang lain.... walaupun kami jauh pada hakikatnya...tetapi hati aku rasa tak jauh mana pun.....kenyit mata untuk si dia supaya dia terus berusaha untuk masa hadapan..... kalau aku lempang, takut tersungkur pulak nnt sbb tangan aku semakin beso dan padu isinya.....

sekian....

Saturday, April 26, 2014

hajat kesampaian.....

Merujuk kepada perkara diatas

Ayat seorang setiausaha selalunya agak skema tapi sebenarnya hanya ayat sahaja...orangnya tidak sebegitu.... hidup aku penuh kegilaan.... kenapa? Sebab orang kata hidup aku penuh warna warni... waktu ketawa, aku akan gelak puas2 manakala waktu sedih, aku hanya mampu tersenyum.... kegilaan aku adalah aku suka buat orang lain gembira.... tidak kira masa dan waktu.....

Eh.... meleret sudah.... lari topik....

Cerita menarik semalam....

Awal pagi aku tersenyum...datang pejabat dengan nyanyian lagu kegemaranku... berbaju merah menyala.... semua orang pelik, melihat aku dengan penampilan ceria....

Masuk pejabat, ambil air sembahyang dan trus ke surau.... hari ni ade majlis bacaan yassin dan sambutan hari jadi..... tercapai hajat.... terima kasih boss yang baik hati.....

OMG♥♥♥♥♥
lupa nak renew lesen memandu..... mana sempat nak renew kalo boss asyik suh buat report la, buat kertas kerja la... macam2la...

Seriusly..... I m stuck in d office until 9pm... sebab ada mesyuarat ahli lembaga pengarah syarikat.... tapi berbaloi2 menunggu Sebab ade pelangi.... hehehe.... alhamdulillah... murah rezeki... akhirnya aku akan ke korea.... thanks boss 4 d sweet present... ni je yg aku sempat ambil gambar selfie tapi kena kacau dengan boss....so layankan je....




Monday, April 21, 2014

Gembira dan bercuti bersama

Percutian 5 hari yang dijadualkan berjalan dengan lancar.... rancangan yang dibuat selama seminggu akhirnya berjaya dengan gembiranya....

Jadual Perjalanan yang bermula jam 11 pagi pada 4 April 2014 ke Utara Semenanjung Malaysia.... Perjalanan yang mengambil masa 5 jam dengan 4 buah kereta terus menuju ke destinasi iaitu Sungai Petani... Tujuan utama adalah bagi menghadiri Majlis Persandingan salah seorang Sahabat kami dimana kami mengenali antara satu sama lain malah telah anggap kami semua ini seperti adik beradik.

ini hanya separuh daripada kami..... Baju ditaja oleh pihak Penaja yang perlu dirahsiakan.... pakaian lelaki ditaja sendirian berhad la.... i just call them " My Hotz Siblinx" sebab mereka ini memang Happening dan Hotz...

tapi separuh daripada kami sudah melangkah ke Alam Perkahwinan dan ada yang beranak pinak.... Sayang mereka....

Percutian kali ini kami banyak memberi tumpuan terhadap makanan di Bahagian utara Semenanjung Malaysia seperti Laksa, Nasi Kandar dan sebagainya... hampir setiap malam kami akan berjalan berulang alik dari Sungai Petani ke Pulau Pinang untuk mendapatkan makanan yang sedap.. selagi tidak pukul 3 pagi, kami merayap je.... this our life when we meet together...

Ahad menjelma, kami semua bergerak pulang tapi hanya 3 kereta sahaja yang pulang....tetapi bukan kereta saya.... saya ditemani my lovely partner sambung percutian ke Cameron Highland.... ini lah ceritanya.... best wooo berjalan-jalan...
Nampak tak bertapa aku berjalan sakan dan malam kedua aku di Cameron, Aku tersungkur ... Demam kesejukan mengigil.... kesian sahabat terpaksa menjaga diriku yang demam....

Berkemungkinan kepenatan maka ini la jawapannya....
Kesian amoy ni terpaksa berkerja keras menguli lemak2 yang ada.... tapi tidak berjaya menyingkir masalah kesihatan.... Pada 8hb aku terpaksa dikejarkan ke klinik dengan kadar segera setleh sepanjang perjalanan pulang ke Selangor, aku mengalami demam muntah yang teruk sehingga keluar darah.... aku terus ditahan wad selama 2 hari.....

Pengajarannya.... berpada-pada lah kalo bercuti. Jaga kesihatan....jangan men belasah je.....tetapi misi utama aku selesai kerana percutian ini telah menyebabkan aku lupa dengan masalah aku, lupa dengan kesakitan aku, dapat merawat luka yang terpendam.... paling best, aku dapat lupakan dia...... 4 tahun yang memberikan seribu satu pengalaman yang cukup berharga dan paling pedih.... aku sedar dan aku mampu menghadapi Dugaan ini...

Sekian, terima kasih





Thursday, April 10, 2014

my Hotz siblinx







caption : My Hotz Siblinx...... i ♥ them so much.... miss u all dear.....



 

Tuesday, April 1, 2014

Back to A...... MOVE ON

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

terasa seperti kanak-kanak....

ianya umpama stage dalam kehidupan aku..... kini aku kembali kepada A...... Asal.....

hidup ni kan macam roda..... sekejap diatas dan sekejap dibawah....... tapi kini aku terpaksa melalui semula stage pertama.....

kalau dulu, aku pantang dengan perkataan CUTI sbb ada seseorang memberitahu bahawa cuti bersama yang tersayang merupakan terapi minda paling best..... rasa gembira rasa tenang rasa segalanya la kot..... aku dah laluinya dan betul.... memg rasa lain... semangat tu mcm dibakar2......

tapi kini, aku tak perlukan itu semua..... walaupun semangat tu pergi tapi aku masih disini..... aku rasa seronok dengan tajuk hot chat di HOT fm......tajuk mengenai MOVE ON sbb aku kena MOVE ON sekarang ni.....

Sebulan aku menyepi... aku hanya berdiam diri...tidak bergaul dengan orang... banyak habiskan masa untuk diri sendiri..... aku teruskan rutin kerjaya.... rutin harian..... balik kerja, makan, tido....baru aku faham perbezaannya..... aku seolah hilang dalam dunia..... terasa berada dalam dunia lain.....

kini aku sedar, apa yang aku buat ini semua nya tidak baik untuk kesihatan.... berat badan aku mula turun, muka aku mula sembab.... mata aku mula kabur..... aku dah ketinggalan jauh..... dan aku bhenti mengejar....

aku perlu MOVE ON.... aku perlu lupakan.... aku perlu sembuhkan luka.... aku perlukan senyuman... aku perlukan masa.....

tak sabar rasanya nak pergi bercuti.... aku tak nak ingat sedikit pun memori itu..... aku tak nak ingat pun orang nya..... aku nak lupa sume ni.... aku KUAT, aku TABAH..... aku nk MOVE ON.... aku tak perlukan itu semua.... aku boleh HIDUP lagi...... dan aku akan lalui semua nya dari basic A until Z.....


Wednesday, February 19, 2014

Non Stop........ but still need some break......

Hari ini terasa sangat indah dan tenang..... sempat menikmati sarapan pagi yang enak, minum susu segar dan Bersenam sambil mengemas pejabat. Pokok bunga yang menghiasi pejabat juga telah diberikan keperluan yang secukupnya..... Alhamdulillah..., diberikan kelapangan hari ini.

Menghadap meja yang sarat dengan kertas, laporan dan fail-fail dokumentasi... tapi masih tersenyum.... disusun rapi dan diletakkan di tepi dan menyusun mengikut keutamaan.... tapi aku masih tersenyum.... terletak disatu sudut, kertas-kertas dratf n contengan untuk design majalah, promosi dan iklan masih berselerak dengan warna-warna pensil, pen dan sebagainya.... aku kemaskan dan dimasukkan kedalam laci.

Melihat keliling pejabat yang sunyi tetapi terang dengan cahaya lampu yang menyinari....lalu aku tarik blind tingkap agar cahaya mentari masuk menghiasi pejabat.... aku tersenyum melihat dari jauh pemandangan masjid yang gah dihujung sana.... inilah keindahan.....inilah ketenangan.....

akhirnya aku dapat berehat setelah beberapa minggu bertungkus lumus berulang-alik keje tidak kira cuti ataupun hari bekerja. siang dan malam pun tiada beza bagi ku. aku juga kerap berada diluar kawasan bagi menjalani latihan, mesyuarat dan sebagainya.... masa untuk keluarga menjadi terhad apa ntah lagi masa untuk diri sendiri....

maka, dikesempatan boss berada mempunyai urusan di luar maka aku ambil masa untuk berehat... untuk bersenyum... untuk gembira.....

Aku rindukan dia.... dan kuharapkan dia juga begitu..... hati ooo hati..... bersabar dan bertenang ya!
Bulan.....sampaikan salam rindu aku kepada dia......

Wednesday, February 5, 2014

Smakin Kehilangannya.......

Salam

Ya, melihat tajuk kali ini, sudah sekian maklum maksudnya.......

Disini, saya ringkaskan bahawa kehilangan sahabat yang saya amat rasai......

Hampir 2 tahun, menjadi wanita bekerjaya.... siang dan malam banyak menghabiskan masa dengan rakan-rakan seperjuangan..... waktu bekerja dan cuti tiada bezanya.... bersama mereka...

Kini, seorang demi seorang melangkah pergi..... meninggalkan ku seorang diri.... beribu persoalan yang menjelma.... kemana hala tuju aku kini.....

Duduk dikerusi empuk tidak semestinya berasa selesa selamanya.... Masa depan sukar dijangka.... bila-bila masa sahaja akan bertukar....

kalau dulu aku ada tempat bergantung dan berkongsi tapi kini, aku melangkah tanpa sebarang sokongan...teruskan perjuangan..... tidak sesekali menoleh kebelakang.....

sekarang aku redah semuanya.... tapi kerisauan tetap menjelma..... adakah aku mampu menghadapinya...?

Aku pasti aku akan penat melangkah..... aku akan rebah.... dan saat itu, terhentinya sebuah perjuangan....

Wednesday, January 8, 2014

bye2 2013..... welcome 2014

2013 - seriusly nothing for 2013.... just a simple life...... sometimes bored with work life....... my relationship still in d same stage..... stress sometimes worked with people who always keep disturb me..... i need more time to be ALONE k

 2014 - hope this year more happiness and less stress. wanna b cheerful n excellent person, daughter, wife n mama....... In sha Allah...