About Me

My photo
simple person who need a lot of experience and knowledge for now and the future life

Friday, May 30, 2014

karya aku

Salam semua......

Sudah lama tidak menulis. Agak sibuk dengan kerjaya, seminar, mesyuarat dan kerja luar. Minggu yang sangat memenatkan....

Walaupun sibuk tetapi saya sempat bcuti bersama kawan2 kesayangan saya....






Macam2la perangai... saya jumpa kawan baru... sy buat aktiviti kesukaan saya.... melepak, makan, snorkeling, diving dan macam lagila.... nanti bulan 8 saya akan kesini lagi untuk mengambil lesen diving pula..... 

Sebelum saya lupa, sampaikan salam sy untuk si dia ya wahai sang bulan..... esok hari lahir dia tetapi saya tidak mampu untuk meraikannya.... siapa la saya di hati dia kan.......

Friday, May 2, 2014

T>E>N>A>N>G

Salam semuanya

Rasanya kali ini tidak perlu mukadimah yang panjang bagi permulaan cerita....

Semalam 1 Mei 2014, adalah hari ulangtahun kelahiran kekanda tersayang RM yang ke 37... Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan bahagia disamping keluarga tercinta..... Cadangan untuk membuat suprise untuk kekanda tetapi tidak menjadi apabila kami sekeluarga terkejut dengan pemergian arwah PakLong semalam akibat kemalangan jalanraya. Semoga arwah Paklong ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..... Al-Fatihah

Sepanjang hari kami sekeluarga dirumah arwah..... sedih menyelubungi suasana dirumah tersebut....kelihatan muka-muka pucat kelesuan dan kesedihan terpampang jelas dimata-mata sepupu-sepupuku yang baru kehilangan seorang ayah.... teringat daku ketika saat arwah ayahanda kami pergi hampir 2 tahun yang lepas. seolah-olah keadaan itu berulang kembali.... nenda yang kami kasihi kelihatan sungguh tidak berdaya apabila 2 orang anak lelakinya telah pergi ke Rahmatullah.... bertapa sedihnya nenda sehingga pengsan ketika saat melihat arwah Pak Long di tempat kejadian.... Sekujur tubuh yang tidak bernyawa ditatapinya....

Seharian kami sekeluarga berkumpul bagi menyempurnakan jenazah.... Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan.....

Dalam masa yang sama, dari jauh aku melihat bertapa bahagia ex-aku bersama isteri dan anak tersayang.... aku tersenyum tenang..... tiada apa yang perlu aku katakan hanya aku rasa bersyukur... tamat 1 cerita.....


Melihat ex-aku, aku teringat akan si dia.... kerana mereka berkaitan cuma watak berbeza tapi satu persamaan sebab mereka ex-aku.

aku masih ingat perjanjian yang dimaksudkan..... dan aku tidak pernah kesah pun pasal perjanjian tu sebab bagi aku ianya sudah tamat tempoh dan aku rasa kelewatan itu bukan satu kesalahan dan bagi aku, semua terpulang pada takdir.... sama ada pelan A @ pelan B berjaya...aku tidak pernah kesah.... tidak kesah langsung sama ada nak tergolek mahupun apa jua..... sukahatilah.....

Kehidupan aku tetap kena teruskan..... aku dah tidak mampu berfikir..... kebahagiaan aku itu sangat subjektif.... ianya bukan aku senyum bermakna aku bahagia tetapi ianya berkemungkinan hanya untuk menutup kedukaan dihati..... tapi yang pasti, aku hanya nak berusaha untuk memperbaiki diri dan terus maju kehadapan..... aku memang wanita bekerjaya..... aku akan teruskan usaha ini sebab aku akan pastikan apa yang aku buat akan berjaya walaupun banyak cabaran....

Kepada yang mendoakan saya untuk harijadi saya tempoh hari, terima kasih....semoga Allah merahmati kalian.....

Aku hanya mampu katakan disini, aku rindukan si dia... aku tidak perlu tahu yang lain.... walaupun kami jauh pada hakikatnya...tetapi hati aku rasa tak jauh mana pun.....kenyit mata untuk si dia supaya dia terus berusaha untuk masa hadapan..... kalau aku lempang, takut tersungkur pulak nnt sbb tangan aku semakin beso dan padu isinya.....

sekian....