About Me

My photo
simple person who need a lot of experience and knowledge for now and the future life

Sunday, November 9, 2014

Aku terlalu penat dan terlalu tertekan....

Semua benda yang aku buat tidak menjadi.... aku kini dibayangi oleh seseorang... seseorang yang aku gagal untuk melupakan...

Pada awalnya aku hanya fikir ianya semua khayalan aku sementara tapi kini aku sedar, ianya semakin menelan perasaan aku....  jiwa aku mula rasa resah dan ianya sukar untuk diperkatakan.... dan kini aku hilang fokus.... kesannya....

Bukan itu sahaja, aku mula hilang konsentrasi @ tumpuan kerana perkara ini.... banyak kerja yang tergendala dan hampir beberapa kali aku nyaris ditimpa kemalangan...

Aku mahu hentikan semua ini.... aku tidak mahu ianya muncul sekali lagi.... aku tidak mahu dibayanginya lagi...

A,
Awak memang insan yang terbaik saya pernah kenali... dan saya tidak pernah melupakan sesaat waktu kita bersama... bertahun bersama awak dalam susah senang saya... dan tidak pernah sekali awak tidak berada disisi saya... awaklah penyokong saya, awaklah tulang belakang saya... awaklah badut saya, awaklah tuala airmata saya.... kelemahan saya adalah kelebihan awak dan kelemahan awak adalah kelebihan saya... awaklah pelengkap saya.....saya betul-betul menghargai kehadiran awak dalam hidup saya....

Tapi kini, saya kehilangan awak.... bukan itu sahaja, ianya meragut semangat saya... betul, saya mungkin mampu mencari pengganti tapi saya tidak mampu mencari penganti seperti awak... setiap orang ade kelemahan dan kelebihan.. dan saya perlu meneruskan kehidupan saya... tapi saya tidak boleh teruskan sekiranya saya masih membayangi awak...

Saya harap keputusan yang dibuat adalah tepat dan membahagiakan semua orang....

I will to move on next stage so hopefully, I will ready for it.... bye2 my memories.... bye2 dear.....

(Crying on my prayers)