About Me

My photo
simple person who need a lot of experience and knowledge for now and the future life

Monday, September 22, 2014

kejutan demi kejutan....

Hai semua.... salam sejahtera.... dah berminggu blog ni x berusik.. bdebu je rasanya... kali ni nk cerita dsebalik kejutan...

Alhamdulillah, permohonan untuk sambung belajar telah diterima oleh pihak universiti... tetapi hati ku berat untuk mendaftar... ku hanya mampu memandang surat tawaran tetapi tidak berusaha untuk pergi...

Aku melepaskan peluang yang ada memandangkan aku mempunyai tanggungjawab yang lain. Fokus aku lebih tertumpu pada kerjaya dan pilihan hidup ku. Banyak perkara yang aku pelajari dan cuba untuk menjadi yang terbaik... tiada cuti rehat untuk aku lagi kini, fokus ku hanya untuk kerjaya dan keluarga... dan seperti yang diketahui, aku bakal melalui satu peringkat atau fasa untuk bkeluarga.. si darah manis tidak pernah terlepas dgn dugaan... skali lagi aku dduga apabila kereta terlibat dengan kes polis diatas sebab pergaduhan antara kaum. 

Dugaan dimalam hari. Bertapa selama 3 jam bagi menyelesaikan kes ini. Bersadai dbuatnyer sedangkan pada keesokkan harinya aku terpaksa bertolak ke Port Dickson. Tetapi kes ini telah dselesaikan oleh si abg darah manis... 

Persiapan masih dijalankan seperti biasa...  sibuk mencari barang dan mengumpul duit.... itu menjadi fokus utama ku kini. Tetapi aku diuji sekali lagi dalam beberapa hati dimana aku tidak dbenarkan sama sekali untuk membuat aktiviti luar dan lasak untuk tempoh 2 bulan. Aku terpaksa memakai penyokong besi selama 2 bulan untuk proses pemilihan dan menjalani fisio di hospital.


Bukan itu sahaja, aku telah dihantar oleh pihak pengurusan syarikat untuk menjalani latihan di luar kawasan pada hari minggu selama beberapa minggu. Kini, banyak urusan tergendala dan aku mula faham dugaan si darah manis ni...

Aku rasa ada sesuatu yang masih belum selesai....

Buat S, Aku harap aku dapat jumpa dia buat kali terakhir. Aku tidak mahu salah faham yang berlaku akan berlarutan hingga ke anak cucu. Aku teringat kata2nya.... aku mahu dia teruskan perjuangan dia.... aku mahu dia gapai cita2 dia.... aku mahu dia bahagia... aku nak dia faham apa yang terjadi kini, semua diatas ketentuanNya.... ampun maaf dan doa restu dipohon.... 

Buat si A, permintaan awk telah tertunai, terima kasih atas doa dan pengorbanan awk selama ini. Saya tidak pernah menyesal kenal dan berkawan dengan awk selama ini. Saya sentiasa doakan yang terbaik untuk awk... u r still b my bff 4eva... yang terbaik....

Sekian, terima kasih.... 
Nak tido, esok ade appointment doctor lagi....



Monday, September 8, 2014

pelangiku....

Dah hampir 2 bulan aku menghilang.... mencari ketenangan dan jawapan yang tidak pasti.... kini ku kembali dengan semangat baru... meneruskan kisah hidup ku... menamatkan segala kisah duka....

Ini satu permulaan.... ini kisah hidupku.... kisah lalu telah jauh meninggalkan ku... walaupun pahit, ku telan jua.... kini, kepahitan tu telah berganti. Aku mengharapkan pelangi menyapa ku....lalu menyempurnakan hidup ku.....

Kini, status yang dahulunya sepi tanpa teman, kini bertukar senyuman.... sinar sudah kembali... aku kini bukan berseorangan.... sepi telah jauh kutinggalkan... semangat telah mengiringi senyuman... jawapan telah ku temui dan mnunggu masa untuk diikat...

Ikatan yang sah.... hubungan yang halal.... dengan insan yang ku hormati... dengan insan yang myayangiku sepenuh hati... dengan insan yang menerimaku seadanya diriku.... insan yang bakal membimbingku hingga ke syurga...

Detik bakal tiba, debaran semakin terasa... persiapan sedang dijalankan.... semoga Allah merahmati hubungan ini dan mempermudahkan urusan kami ni....

Inilah pelangi disebalik ribut yang melanda....