About Me

My photo
simple person who need a lot of experience and knowledge for now and the future life

Wednesday, February 29, 2012

tinggal kenangan 1/2/12

31/1
Hari ni hari terakhir aku bertugas. Aku tidak sabar mahu berlari keluar dari pejabat. Setiap masa aku melihat jam menanti saat kebebasan aku.Tepat pukul 5 petang, aku terus keluar memandu kereta. Hajat dihati untuk terus pulang kerumah kerana sakit perut sebab terlalu banyak melantak tadi di pejabat, biasalah hari terakhir...sampai area kawasan rumah, hati ku begitu berat untuk balik, tangan aku sendirinya terus memandu kearah hospital. Aku terus menuju ke wad. Aku melihat dia bersama abahnya.Abah telah dimasukkan kedalam hospital beberapa hari yang lepas. Baru kini aku berkesempatan melawatnya. Alhamdulillah, aku masih diberi peluang. Kehadiran ku mengejutkan dia dan abahnya. Kami sempat berborak panjang dan bergurau bersama2.... aku teringat kisah lucu yang diceritakan oleh abah mengenai kemalangan di roundabout 100 pada satu ketika dahulu. Berdekah2 aku ketawa....kami seiring ketawa. Tidak lama kemudian, doktor membenarkan abah pulang ke rumah.... gembiranya abah dapat keluar. Masa melawat telah tamat, abah sempat memberi pesanan pada ku supaya jangan cepat putus asa, berusaha untuk mendapatkan sesuatu itu. rezeki sentiasa ada dimana2. Aku tersenyum mendengarnya lalu ku salam dan ku cium tangannya. Aku pulang dengan senyuman bila teringat kisah lucu itu.

1/2
Hari pertama aku bercuti, malas betul nak bangun.Pagi tadi aku sempat menelefon dia untuk bertanyakan kesihatan dia dan aktiviti sehariannya. dia dengan semangat bercerita mengenai keseronakan dia makan bubur bersama abah dengan mak. Dia memberitahu lagi bahawa dia ingin keluar untuk mencari barang yang di pesan oleh abah aku beberapa hari lepas. Aku hanya setuju dan memberi pesanan untuk menghubungi aku segera selepas selasai semuanya.

Aku sedang sibuk mengemas bilik yang dah lama terbengkalai. bersepah... Sudah menjelang tengahari, terasa lapar sebab dari pagi tadi aku tidak makan. tiba-tiba aku menerima panggilan dari dia tetapi hanya sekejap. dia anta mesej meminta tolong. Aku jadi panik. puas aku telefon, tapi tidak berjawab dan masuk dalam peti suara. Aku mula kerisauan. 5 minit kemudian, mak telefon aku. Mak memberitahu bahawa abah baru je meninggal dunia. aku yang mendengarnya terus terduduk. Aku terus bersiap dan sebelum aku keluar, aku memberitahu mama hal yang sebenar. Dalam keadaan sedih, aku memandu dengan lajunya.

Sampai sahaja, adik-adik terus memeluk aku sambil menangis. Aku terpaku melihat arwah abah terbaring kaku. Kelihatan mak tabah duduk menbaca yassin. Aku terus pergi belakang untuk menenangkan adik- adik yang lain. Aku melihat dia yang cuba menenangkan diri. Matanya menahan air mata dari mengalir. Aku cuma memberi isyarat supaya dia tabah menghadapinya.

Seorang demi seorang hadir....kebanyakkan kaum keluarganya sudah mengenali aku maka tidak kekok untuk aku bergaul dengan mereka. Aku sibuk menguruskan apa yang patut. Mak memanggil semua anak2nya termasuk aku untuk melihat arwah untuk kali terakhir. Dengan sayu aku melihat. setelah selesai disembahnyangkan, kami sekeluarga terus ke tanah perkuburan. Beberapa sahabat baik aku turut hadir pada saat itu. masing2 memberikan semangat dan sampaikan salam takziah buat dia sekeluarga. Aku bersama tunang adiknya (Sakinah), suami kepada adiknya (Najib), tidak ketinggalan bersama adik2 yang lain untuk bersama2 mak yang hanya diam membisu.

Dia, aku tahu dia dalam keadaan tertekan. segala tanggungjawab berada di bahunya kini. Sepanjang hari ni, aku melihat bertapa kuatnya dan tabahnya dia. Dia menguruskan jenazah arwah dari mula sehingga dikebumikan. Dalam keadaan dia yang tidak stabil, aku tahu dia cuba sedaya upaya menyempurnakan tanggungjawabnya.

29/2

Sehingga saat ini, aku masih teringat suasana hiba itu. Aku masih ingat pesanan arwah. Kenangan sentiasa ada bersama aku dan aku pelajari hidup ini kerana kenangan itu.

(Mendoakan mereka sekeluarga tabah mengharunginya...Mengharapkan pelangi menanti untuk mereka)