About Me

My photo
simple person who need a lot of experience and knowledge for now and the future life

Friday, March 29, 2013

oh Bulan

Salam..... Hai semua, dah lama tak menulis...mm...biasalah sibuk dengan kerja n tangggungjawab kat rumah. oklah.... kali ni nk menceritakan sesuatu mengenai KENANGAN SI BULAN......

27 March 2013

Lebih kurang jam 8 malam. aku baru je dapat menjejak kaki kerumah.... selepas penat memikirkan masalah yang dihadapi dengan baby gold yg comel yang telah dicium oleh baby orang lain tanpa pengetahuan aku.... maka masuk rumah dengan langkah yang longlai....
Kepulangan ku selalunya akan disambut oleh 3 angel anak buah yang comel.... selepas peluk cium deme, aku akan terus naik ke bilik tetapi tetiba tanganku ditarik oleh anak kecil ini....

"Mama, Jom keluar... Azam nk jalan2"
" Oh ye ke... tp mama penatlah.... ajakla umi keluar jalan2" sambil aku membelai pp beliau mengharapkan beliau faham
" Mama janji nak temankan azam main kalo azam jadi budak baik hari ni... " mencebik mulut dia sambil memandang diri ini....
" ok, jom keluar... " saya pun berjalan berpegang tangan dengan beliau diikuti kembar beliau bernama Alif...

Dihalaman rumah, diatas kerusi batu, aku memerhatikan mereka berdua bermain bersama.... suasana agak terang lalu aku melihat keatas langit dan aku terlihat si bulan...Bulan Penuh... cantik!


Sedang aku sedang memerhati bulan, tetiba aku teringat sesuatu...Sesuatu yang aku rasa aku patut lupakan...
Dulu, aku selalu kaitkan si dia dengan bulan... terimbas kembali semua... Aku terasa syahdu di malam hari... aku tidak sedar yang airmata mengalir sehingga Azam dan Alif menegurku...:-

" Kenapa mama nangis?"
" Eh! mana ada... mata masuk habuk lah..."
" Meh Azam tiup...Fuh!"
"Adoii, pedihla sayang...sudah, pergi main sana"
"mama nangis lagi.... "

Aku cuma mampu tersenyum tapi tidak mampu berkata apa-apa... Hanya hati terasa syahdu dan sedih apabila teringat perkara tersebut.... Mungkin si dia kini gembira dengan pilihannya...... Aku tidak mampu berbuat apa-apa untuk kembalikan senyuman kecuali mendoakan kebahagian si dia...


teringat akan gambar diatas ketika aku sedang bersedih beberapa tahun yang lalu dan ada sahabat yang memberikan kata semangat ini dan ingin aku kongsikan supaya si dia terus berusaha mencari kegembiraan diri sendiri....kerana.....



maka saya harap si dia mampu melakukannya..... kerana keputusan telah dibuat.... dan saya tidak mampu untuk melakukan pusingan U-Turn untuk kali keberapa ntahnya.... kerana masa depan terlalu jauh untuk difikirkan dan tiada masa untuk menoleh kebelakang.... maka tindakan yang mampu dibuat adalah


Maka mula kan hidup dan hari dengan senyuman.... dengan sisa tenaga dan semangat yang ada.... dan setiap orang ada kesedihan.... PERCAYALAH....


Hargai apa yang ada....kerana sekali kita kehilangannya.....ianya tidak akan kembali.....

( really miss someone but still i need to be happy coz wanna make sure the others also happy like me.... my tears is mine, not for them.....)


seterusnya membahagiakan orang lain.... mungkin sedikit kelukaan tapi membahagiakan orang adalah sesuatu  tanggungjawab yang sempurna....

Terima kasih kepada empunya .... Credit untuk gambar2 yang diambil.....
Terima kasih kerana membaca.... terima kasih kerana hadir dalam hidup saya!

Wednesday, March 13, 2013

My Hot Siblinx....weddings!

Hai semua..... 

kali ini nak cerita tentang cerita disebalik gambar KAMI....... 

My happy life with my hot siblinx......

Gambar ini diambil masa kami pergi kenduri kawen one of my hot siblinx gak di Tampoi, Johor Bahru.... Baju telah ditaja oleh pengantin untuk photoshoot dan kami telah ditugaskan menguruskan photobooth yang happening....tgk jela props yg ada.... penuh meja...tu belum guestbook yg penuh dgn lakaran kreatif dari semua pihak yang terlibat dan tetamu yang hadir....

Bertapa gembiranya kami apabila berkumpul bersama....bukan senang nk jumpa bersama apabila dah masuk dunia kerjaya.... Tu dia dari kiri Hana, saya, naim, rara, umi n le'a......

Lupa pulak...yang atas tu separuh daripada kami sahaja sebab 2 orang daripada kami telah melangsungkan Majlis Persandingan pada tarikh yang sama maka kami terpaksa membahagikan HOT SIBLINX.... 

gambar ditepi ini salah seorang siblinx kami yang berkahwin (anis @ amoy bersama pasangan anas) tanpa kehadiran kami...sorry syg! doa kami sentiasa mengiringi kebahagian syg..... buat pengapit perempuan, cantik baju...tp dia la gadis paling sibuk antara kami.... berdesup dia bawak kereta dari subang jaya ke Johor Bahru dan berpatah balik pada hari yang sama ke UPM Bangi utk berkongsi kegembeiraan dan tangisan...... itula dia superwoman PYE n MENG...! 

Masih ada yang tertinggal la..... mana plak gambar deme ni....sat p korek dlm fail....

tu dia...Pengantin yang kami sambut di Johor Bahru..... As dan Sham....tidak lupa sue yang bereben dikepala menjadi hot siblinx lengkap bersama..... sebenarnya kami tidak cukup ahli dimana wani kecik dan ama tidak dapat hadir kerana urusan kerja yang tidak dapat dielakkan..... 

ini dia kami sepanjang 28 sehingga 3 Mac 2013 yang lalu.... nnt kami update apa kami buat sepanjang kami bercuti bersama plak k.... c u all... thanks!

Wednesday, March 6, 2013

MAH dan lagu

beberapa bulan yang lepas, aku bersama MAH dan ditemani beberapa orang adik pergi menghabiskan masa bersama... biasalah, hujung minggu sesuai dihabiskan dengan keluarga dan kebetulan minggu itu aku tidak terlibat dengan sebarang event maka bestnyer kalo dapat bersama.... Selepas aktiviti bermain bowling bersama ank2 buah dan adik2 maka aku untuk berkaraoke disalah sebuah pusat membeli belah..... sedang asyik melayan kerenah tetiba aku terdengar MAH menyanyi lagu dibawah ini... aku terus terduduk dan memahami setiap bait2 lagu tersebut.... dengan secara tidak langsung, aku faham maksud lagu ni dan menitis air mata aku.... siap tersedu sedan lagi....yang membuat aku sedih tahap sedu sedan sbb MAH yg nyanyi dan tujukan lagu tu utk aku.... konfemla aku nangis noks..... aku sangat faham maksudnya dan tidak mampu nk berkata apa2 dan sehingga kini aku masih mampu mengingat peristiwa tersebut dan setiap kali lagu ini dikeudarakan di corong radio maka aku akan menitiskan air mata..... 


Teman Pengganti : Black ft Malique

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/06/lirik-lagu-teman-pengganti-black-ft.html#ixzz2MjEiR0hS