About Me

My photo
simple person who need a lot of experience and knowledge for now and the future life

Sunday, February 28, 2010

Apa nak jadi…jadila…aku dah tak kesah…….

Ntah…tu jawapan yg paling kerap kuar dari mulut aku…aku tak tahu knape tp itula msalahnya

Sejak kebelakangan ni, aku terasa seperti tidak stabil tidak kirala dari segi emosional atau mental mahupun fizikal. Ini kali pertama aku hilang arah dan hala tuju. Aku betul-betul dalam paras tidak sedar diri sekarang ni.

Beberapa bulan yang lepas, aku telah melakukan sesuatu kesilapan yang telah membawa padah kepada diri ku kini. Aku tahu penyelesalan tidak memberi sebarang jawapan terhadap persoalan ku kini. Aku tidak mahu rasa perasaan menyesal tu wujud dalam kamus hidup aku maka aku Cuma mahu jalan keluar bagi semua perkara yang timbul.

Aku tahu setiap ape yang terjadi pada aku kini adalah satu dugaan semata2 dan ada hikmah disebaliknya. Mengikut pemikiran positif aku, aku dah jumpa hikmahnya. Aku mula kenal erti persahabatan, kasih sayang dan kehidupan. Aku mula melangkah satu tahap yang baru dimana aku sering ingin mengalaminya bagi mengisi kekosongan ruangan dalam hidup aku. Inila pengalaman yang sangat berharga dalam hidupku..

Dalam proses aku mempelajari dunia baru ni, aku mula terasa sesuatu. Sesuatu yang aku tidak boleh ungkap dan ianya berada jauh dalam hati… dan aku cuba melupakan persoalan hati kerana ianya bakal memusnahkan segala yang ku bina. aku tidak mahu tumpas kerana hati dan aku tahu hati ku telah terluka dan terus terluka…..

Aku tahu dalam hidup ni banyak perkara yang berharga kerana ianya hanya datang sekali dan aku hargai setiap ape yang datang dalam hidup ku dan pergi meninggalkan ku.

Di saat ku menulis cerita ini, aku telah menitiskan airmata kerana merindukan seseorang. Seseorang yang berharga dalam hidup ku. Seseorang yang telah banyak memainkan peranannya dalam hidup ku dan seseorang yang telah banyak mempengaruhi perjalanan hidupku dan ketahuila, dia bukan insan yang pernah bertakhta dihati ini…dia hanya insan yang hanya hadir untuk seketika. Walaupun seketika, kehadirannya memberi banyak makna dan memori dalam hidup aku dan secara jujurnya, tiada siapa yang mampu menggantikannya.

Setiap linangan airmata dan gelak ketawa aku, dia mampu menafsirkannya. Segala yang tertulis dalam hatiku, dia mampu membacanya. Setiap pergerakan dan perwatakanku, dia mampu mengawalnya…bertapa kuat pengaruhnya dalam kehidupanku…..aku menjadi binggung….adakah ini dugaan atau petunjuk???

Dalam erti kata lain, aku tahu dia tahu ape yang sedang ku fikir sekarang ni... Dia tahu ape yang aku alami sekarang ni...dia tahu ape yang aku perlukan sekarang ni….dan dia sentiasa memenuhinya tanpa sebarang bantahan atau alasan...itula dia….

Tapi ape yang terjadi ini, hanya sementara. Aku tahu tidak lama lagi aku akan kehilangannya...dan aku...aku perlu sedia menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku...tabah dan kuat semangat tapi...aku tak pasti aku mampu melakukannya...kerana hingga ke saat ni, semangat n kekuatan ku pergi jauh meninggalkan ku...kini, aku akan cuba mencari kekuatan sebelum aku hilang segalanya dalam sekelip mata….

Dan sekarang...aku betul-betul kehilangannya...bak kata pepatah melayu, setiap pertemuan pasti ada perpisahan, setiap permulaan pasti ada penghujungnya...dan kini, aku sudah berada betul digarisan penamat... penamat yang selama ini aku tidah mahu ianya berlaku tetapi ianya sudah terjadi...

Aku… termenung panjang…memikirkan kisah seterusnya dalam hidupku… aku hanya mampu menoleh kebelakang dengan ucapan

“ selamat tinggal sahabat, kenangan terindah untuk selamanya

Tuesday, February 2, 2010

februari sudah mari........

pejam celik, ha! amik....bulan februari dah....cepat btul.... seperti biasa, tengokla diari untuk menyemak segala urusan sepanjang bulan februari ni....pergh! apsalla ramai sangat yang lahir bulan 2 ni.....chet! poket kosong plak tu...sadisnya!......mana pulak nak cari duit ni.....

tengok celendar yg kat atas meja ni....nampaknya aku kena control perbelanjaan bulan ni.....duit pinjaman belum tentu masuk.... takkan nak minta duit kat parents...wawawa! cukup malu....ish...kena ikat perutla jawabnya......

buka almari, hehehehe....mknn banyak lagi....cukup untuk beberapa hari ni...takpe, tak perlu risau...barang keperluan yg lain pun masih ditahap selamat.....lega sikit!

wei, bulan ni terlalu banyak quiz n test la.......assignment dah bertimbun dan bertambah plak tu.....haru hidup mcm ni....so azam bulan februari adalah control the money n try to do all the assignment s soon s posibble.....jgn lupa, kena study for the quiz n test sbb nak dapat result cantik semester ni......

doakan kejayaan kita k.....

Wednesday, January 13, 2010

13 Januari......

tarikh ini adalah hari ulangtahun @ lebey tepat adalah tarikh anniversary antara aku dgn dia....dah 6 thn kami bersama....tak sangka ni semua berlaku dengan pantasnya.....

6 thn tu bukan jangkamasa yg pendek....tp pejam celik, dah 6 thn.... n mcm2 tlah berlaku sepanjang 6 thn itu.....dari kisah suka hinggala menitiskan airmata...... tp itulah namanya dugaan n cabaran sepanjang tempoh kami bersama......

kesempatan yg ada ni.....sy nak katakan bahawa

sy syg dia sebagai mana dia syg sy.......
terima kasih atas segalanya.......
selamat ulangtahun yg ke 6 syg......

Tuesday, January 12, 2010

aku semakin pelupa........

hari ni berapa haribulan ek??...wawawawa! aku ni dah mkn byk sgt semut gaknya.....

kalo korg tanya aku, aku kat mana? aku kat kolej...... buat pe? aku cuma leh jawab....buat tak tahu je....takpun aku ada kat katil....hehehe...best dapat masa bsama dgn bantal busyuk..... heheheh..... kelas? mcm biasa cuma agak padat..... jumaat takde kelas ek....best sgt.....

mlm ni bulan takde.....bintang pun takde..... sunyi je mlm ni....aku pun layan jela aktiviti mlm ku seperti on9 internet n tgk movies....takpe, sok kelas pagi takde.....heheheh...ble bgn lambat!

tgh duk masyuk layan movies....skali,

"wei, ko dah siap lum role play utk kelas petg sok?" bilang housemate aku
" role play ape plak ni? aku tgh tgk movie adalah....." balas aku....
"kelas ocs 461 kot....bukan ke puan ada bg asgmt utk sok petg.....?" housemate aku tersenyum
" abisla...aku lupa kot...dahle partner aku balik umah....mana aku nak cari bahan ni....."

nampak sgtla aku ni pelupa tahap gaban.....esok dahle nak kena hantar asgmt......wawawawa! tolong aku.....

selamat tahun baru.......2010

2010 sudah menjelang tiba.... aku nak ucapkan selamat tahun baru 2010 utk korg.......semoga azam dan ape yg korg harapkan pada tahun 2010 ni tercapai k.....

salam untuk anda semua.......