About Me

My photo
simple person who need a lot of experience and knowledge for now and the future life

Sunday, November 14, 2010

kata hati

Dah tiga hari aku bercuti di kampong halaman. Tujuan utama aku adalah untuk merehatkan minda aku yang sedang berserabut tapi kini aku rasa emosi aku kembali stabil seperti sediakala. 3 hari disini, aku tidak membuat apa-apa. Aku hanya bermain dengan beberapa anak buah aku dan duduk tenangkan fikiran sambil melihat pemandangan suasana kampong. Kehidupan disini jauh lebih tenang dari Bandar maka keputusan aku untuk pulang ke kampong adalah satu pilihan yang tepat dan bersesuaian dengan kehendak emosi aku.

Aku mula rasa tenang dan fikiran aku kembali stabil. Aku dah buat keputusan. Apa-apa yang berlaku lepas ni, aku takkan lari. Aku akan hadapinya dan seterusnya, aku akan teruskan apa yang telah kulakukan dan aku takkan berpatah balik. Jika ini semua adalah satu kesilapan, maka aku redha jika itu takdirnya tapi jika ianya benar, aku sendiri mahu cari jawapan itu. Aku akan cuba sedaya upaya untuk membahagiakan diri aku ni.

Aku takkan meninggalkan dia….. percayala sebab hati aku kini benar berkata-kata. Aku percaya dengan cinta dan takdirnya maka aku akan teruskan dan teruskan. Jika keputusan bagi pihak dia berada disebaliknya, aku perlu merelakannya tapi percayalah, aku takkan mencari cinta selepas itu kerana inilah penamat cinta dan aku percaya bila tiba masanya nanti, aku hanya menerima segala takdir yang ditetapkan dan aku redha akan keputusan itu tapi sama ada bahagia atau sebaliknya, aku tahu aku kena hadapinya juga.

Kalau dulu aku senang dengan hati yang terbuka tapi kini hati ku sudah tertutup kerana cinta kerana aku faham cinta itu madu tapi ianya juga racun yang bisa mengubah kehidupan seseorang.

Friday, November 12, 2010

playlist aku

lagu2 ni jadi santapan telinga aku sejak kebelakangan ni...........

  1. selamat malam - faizal tahir
  2. hanyut - faizal tahir
  3. menatap matamu - aril
  4. khatimah cinta - 6th sence
  5. kuingin kamu - romance
  6. for the rest of my life - maher zain
  7. inilah cinta - akim
  8. cuba lagi - malique
  9. takdir cinta - rossa
  10. saat terakhir - ST12
  11. kuingin selamanya - pasha
  12. noktah cinta - hafiz
  13. dia milikku - yovie n nuno
  14. the show - lenka
  15. pergi - aizat
  16. jangan kau lepaskan - alexa
  17. cinta antara kita - duta
  18. tercipta untukku - ungu
  19. cinta dalam hati - ungu
  20. bila rindu - ruffedge
  21. kenapa - shazzy feat lah VE
  22. separuh jiwaku - anang
  23. sempurna - andra n backbone
kebanyakkan lagu2 ni dituju oleh seseorang buat diri ini.......dari kisah silam hingga kini......

semua ni ada kisahnya sendiri n kenangannya.......

thanks 4 d song........
Lirik Lagu Hanyut - Faizal Tahir

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Chorus
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

aat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Repeat Chorus

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut


Wednesday, November 10, 2010

ada sesuatu yang sentiasa bermain di akal fikiran aku. aku tahu kerana apa dan sebabnya tapi selama ni aku hanya fikir ianya hanya sementara. penipu kalo aku kata aku tak faham tapi aku pura2 tak faham sebab aku rasa ianya hanya tunggu masa untuk berlaku dan sebenarnya jauh di sudut hati aku, kata2nya memg benar belaka cuma aku tak sangka secepat ni semuanya berlaku...

" if u make someone happy then can make u happy, its ok. u already get ur happiness but if u can't make it.....u already hurt urself......."

naik geram aku gakla bila fikir ni semua. ya! aku cuba untuk membahagiakan aku sendiri tapi aku sering kecewa dengan hasilnya maka aku ubah hala hidup aku.....aku cuba membahagiakan orang lain.....aku cuba n trus mencuba......walaupun aku tak bahagia tapi sekurang2nya org yang aku sayang itu bahagia adalah cukup bagi aku.....

adakah benar itu jawapan aku??

aku masih terus berfikir dan terus berfikir...................

aku teringat akan ayat puitis ni

" cinta perlukan pengorbanan..... kita akan berasa gembira bila org yg kita sayang itu bahagia dengan orang yang dia sayang....... cinta tidak semestinya kita perlu memilikinya....kita cuma mahu yang terbaik untuknya"

ya! aku sedar......... pengorbanan itu amat berharga......

aku melihat bulan.......aku rasa begitu sedih.....aku tewas........ hanya airmata yang menemani diriku........kalo dulu, bulan seolah2 sentiasa memberikan cahaya ketika duniaku gelap tapi kini......aku seperti jauh darinya...........

aku merenung jauh........aku mahu lari dari semua ini....... tapi kerana aku telah membuat keputusan semua ni maka aku perlu betulkan semua ni....... aku taknak org2 yg aku sayang terus menderita kerana kesilapan aku......

tapi ape perlu aku lakukan????? aku benar2 buntu..........

ditikar sejadah ku memohon kepadaNya...........

ya! aku perlu lakukan sesuatu........

Friday, November 5, 2010

ape kes kena cucuk lagi........

2 nov

aku lepak bersama kawan2 baik ku di salah sebuah pasaraya berhampiran dgn umah sewa..... beli barg dapur tuk masak.... skang ni aku semakin rajin memasak sbb takde org nak masakkan utk aku....wawawawa!

sambil itu, aku buat persiapan utk peperiksaan seterusnya yg akan berlangsung keesokkan harinya.....semua soalan past year aku dah jawab tinggal buat revision......malamnya perut aku buat masalah... aku keep on muntah2 je...sampai tak tido malam aku dbuatnya

3 nov

aku terus bersiap utk mengambil kertas peperiksaan..... kali ni aku kena cirit birit..... memg teruk kali ni..... ksakitan yg amat sgt ketika amik paper exam tu...tak senang duduk wei..... aku terpaksa kluar awal bukan kerana soklan senang tapi sbb aku tak ble nak jawab sbb perut mula sakit tahap tidak ble dkawal..... aku terus ke klinik bdekatan...... doc trus berikan suntikan ditangan kiri aku....kebas wei..... doc juga mahu aku dtahan utk masukkan drip water tapi aku tak mahu kerana aku perlu pulang kerana aku ada paper exam keesokkan harinya maka doc bg ubat jela......

aku sbenarnya tak larat nak kena cucuk lagi......tp aku kagum dgn diri aku sendiri sebab aku semakin berani dengan jarum suntikan tu......hahahha..... well, skang aku dah ok cuma batuk sbb tekak ku sakit sejak aku muntah2 ari tu.....

paper exam aku..... jgn tanya....truk gak aku nak mjawabnya....bantai je!

salam