disaat ini, aku hanya mampu melayan perasaan...... puas ku cuba lelapkan mata tapi tidak berhasil..... masa tido aku sudah berubah.....aku semakin tidak terurus dan mungkin dengan kembalinya aku ke alam pembelajaran, aku akan kembali normal.
ya! tadi aku hanya berada dirumah sambil menghadap televisyen dan bermain games. aku tidak berminat untuk keluar bersama kawan untuk menyambut tahun baru dengan melihat show dan sebagainya. aku cuma mahu sesuatu yang menenangkan fikiran......ya! makan aiskrim pun sedap....
sejak kebelakangan ini, aku mengalami tekanan perasaan. aku tidak boleh meluahkannya dan akhirnya dengan cara mnulis, aku rasa dapat mengurangkan perasaan itu.
My Dear banyak menyarankan aku supaya menulis ape yang aku rasa, tidak kesahlah sama ada aku marah, sedih, gembira dan sebagainya kerana dia tahu aku seorang yang pemendam dan berahsia. ini yang menyebabkan aku selalu mengalami tekanan jiwa. dengan cara mnulis, aku dapat mengurangkan bebanan dan berkongsi dengan orang lain tentang apa yang aku alami.
sejak kebelakangan ini, aku banyak mengeluarkan airmata......aku lebih banyak bersendirian... aku jarang bersama rakan-rakan....hampir setiap minggu airmata ni menitis........ mnitis bukan kerana aku suka tapi sebab rasa sedih yang terlalu dasyat.........
aku nyaris kehilangan dia......... ianya membuatkan aku fobia dan ketakutan..... hampir setiap masa aku ingin tahu tentangnya.......ya! aku tak mampu menghadapinya.......ianya seperti meragut nyawaku dalam sekelip mata.......
pertemuan dan perpisahan, ajal maut......semua ni telah ditetapkan tapi tidak tahu saatnya. ianya mengajar aku supaya lebih menghargai setiap masa yang ada......tiada sesaat pun, aku memikirkan untuk diri sendiri....aku cuma tahu, mencipta dan menghargai memori itu........
masa depan, aku tiada perancangan......kosong! aku hanya mengikut rentak keadaan ketika ini... ya! mungkin agak mengejutkan tapi itula aku pada ketika ini, tanpa azam, aku meredah 2011 dengan senjata yang ada tanpa sebarang bantuan dan pelan perancangan........
aku hanya lebih tertumpu pada waktu kini.....yang sedang berlaku........ aku sibuk membuat short planning untuk sementara waktu tapi agak sukar untuk dilakukan kerana keadaan dan situasi yang tidak mengizinkan.......
well, skang aku cuma nak mlayan hidup aku....... agaknya, apa yang kamu pikir bila baca post kali ni.......?
layankan jela ek.......
salam syg utk kamu semua......
No comments:
Post a Comment
Thanks 4 ur comment....really appreciate it...