About Me

My photo
simple person who need a lot of experience and knowledge for now and the future life

Sunday, January 9, 2011

080111

aku rasa dah lama aku tak keluar bersendirian...... hampir 3 tahun rasanya.... kemana aku pergi pasti berteman tak kirala dengan kawan atau adik beradik atau lebih kerap dengan BF......

setelah beberapa hari duduk rumah kerana penyakit demam yang agak teruk sehingga suara hilang dan hidung hampir tertanggal maka hari ni aku telah mengambil keputusan untuk keluar berjalan......ya! konon nak bagi keluar peluh tapi aku menuju ke tempat yang berhawa dingin iaitu pusat membeli belah.......

pada awalnya along dan beberapa teman ku sudah menunggu di tempat yang dijanjikan tetapi atas urusan tertentu, mereka pulang.....maka aku teruskan perjalanan dan tujuan aku......dari satu kedai ke satu kedai aku singgah......ada sahaja tangan ni nak mcapai....... berpusing-pusing aku meronda didalam pusat beli belah tu seorang diri......rasanya lenguh tangan ni memegang beberapa beg plastik barang yang telah ku beli tadi.........

singgah makan di salah sebuah restoran kegemaranku......yehaa! perut dah lapar ni...... melihat menu.......set half meal of Black Pepper Chicken n 3 set side order with ice lemon tea..... sambil melihat gelagat manusia yang lalu lalang shopping....macam-macam kerenah...... rasa nak gelak pun ada tapi kena control sebab nanti orang kata aku #@** pulak......

lepas kenyang.....aku teruskan lagi usaha aku.....berjalan dan terus berjalan...... itulah kerja aku pada ketika itu.....hampir 4 jam aku berjalan keseorangan tanpa hala tuju hanya untuk menenangkan fikiran dan memberikan kepuasan untuk diri sendiri..... ya! sekarang aku yakin bahawa aku sudah boleh menerima kenyataan dan boleh hidup bersendirian...... aku percaya aku boleh berdikari sendiri tanpa orang lain........

akhirnya tercapai juga......aku sangat gembira dan puas hati...... mungkin ini hidup seorang bujang....... aku bersyukur kerana diberi peluang untuk menikmati semua ini......... kurang sikit beban kepala ni....... taknak fikir lagi....mahu mulakan hidup semula...... aku bukan mayat hidup.....ya! akhirnya.........

ok, letih dan mahu berehat....ubat perlu ditelan.......daaa......

No comments:

Post a Comment

Thanks 4 ur comment....really appreciate it...