Jadual Perjalanan yang bermula jam 11 pagi pada 4 April 2014 ke Utara Semenanjung Malaysia.... Perjalanan yang mengambil masa 5 jam dengan 4 buah kereta terus menuju ke destinasi iaitu Sungai Petani... Tujuan utama adalah bagi menghadiri Majlis Persandingan salah seorang Sahabat kami dimana kami mengenali antara satu sama lain malah telah anggap kami semua ini seperti adik beradik.
ini hanya separuh daripada kami..... Baju ditaja oleh pihak Penaja yang perlu dirahsiakan.... pakaian lelaki ditaja sendirian berhad la.... i just call them " My Hotz Siblinx" sebab mereka ini memang Happening dan Hotz...
tapi separuh daripada kami sudah melangkah ke Alam Perkahwinan dan ada yang beranak pinak.... Sayang mereka....
Percutian kali ini kami banyak memberi tumpuan terhadap makanan di Bahagian utara Semenanjung Malaysia seperti Laksa, Nasi Kandar dan sebagainya... hampir setiap malam kami akan berjalan berulang alik dari Sungai Petani ke Pulau Pinang untuk mendapatkan makanan yang sedap.. selagi tidak pukul 3 pagi, kami merayap je.... this our life when we meet together...
Ahad menjelma, kami semua bergerak pulang tapi hanya 3 kereta sahaja yang pulang....tetapi bukan kereta saya.... saya ditemani my lovely partner sambung percutian ke Cameron Highland.... ini lah ceritanya.... best wooo berjalan-jalan...
Nampak tak bertapa aku berjalan sakan dan malam kedua aku di Cameron, Aku tersungkur ... Demam kesejukan mengigil.... kesian sahabat terpaksa menjaga diriku yang demam....
Berkemungkinan kepenatan maka ini la jawapannya....
Kesian amoy ni terpaksa berkerja keras menguli lemak2 yang ada.... tapi tidak berjaya menyingkir masalah kesihatan.... Pada 8hb aku terpaksa dikejarkan ke klinik dengan kadar segera setleh sepanjang perjalanan pulang ke Selangor, aku mengalami demam muntah yang teruk sehingga keluar darah.... aku terus ditahan wad selama 2 hari.....
Pengajarannya.... berpada-pada lah kalo bercuti. Jaga kesihatan....jangan men belasah je.....tetapi misi utama aku selesai kerana percutian ini telah menyebabkan aku lupa dengan masalah aku, lupa dengan kesakitan aku, dapat merawat luka yang terpendam.... paling best, aku dapat lupakan dia...... 4 tahun yang memberikan seribu satu pengalaman yang cukup berharga dan paling pedih.... aku sedar dan aku mampu menghadapi Dugaan ini...
Sekian, terima kasih
No comments:
Post a Comment
Thanks 4 ur comment....really appreciate it...