About Me

My photo
simple person who need a lot of experience and knowledge for now and the future life

Monday, October 7, 2013

Akhirnya TERSUNGKUR.......

Salam Sejahtera Semua.......

Minggu lepas telah ku update blog ini dengan babak-babak menarik Monday Couple of RunningMan...... itulah kerja aku sepanjang seminggu ni..... habiskan semua episod RunningMan......

Wah! Byk x masa lapang aku......hehehehe........ macam orang x ada keje kan.....

Sabtu yang lepas..... ketika aku update blog ni, aku dah mula rasa x sedap badan.... bersin je.... tekak pun rasa dah payau je..... kebetulan bonda telah pulang ke kampung halaman..... kakak, abg ipar n anak buah semua pulang ke rumah tok n wan sebab mereka semua demam... Boy pulak seperti biasa jadual hari minggu memang padat dengan kuliahnya. Terpingga aku kat rumah seorang diri. Runningman tu la menjadi peneman.... Makan pun aku dah x pk kalo tinggal sorg2... konfem skip habis.... tahu-tahu saje dah malam.


Pada malam tersebut, my BFF si MAH ajak keluar makan sbb dia tahu perangai aku....aku tidak suka makan seorang diri....... maka sudah seharian aku tidak mengisi perut maka aku melantak malam tu dengan ikan siakap 3 rasa dan sup campur..... Hidung aku mula berair dan batuk mula kedengaran..... Keluarga MAH makan sungguh berselera tapi bukan aku.... dalam keadaan nafas mula tersekat2 aku hanya makan dengan perlahan dan mendiamkan diri. MAH perasan perubahan ku..... lalu menghantar aku ke klinik berhampiran.... oleh kerana aku terlalu stress dengan laporan kerja yang banyak dan tertekan dengan boss yang kurang memahami, maka aku meminta untuk bermain di FUN FAIR.....

Pertama kali aku menjejak kaki di Fun Fair.... ramai kemain.... kelihatan kanak-kanak ketawa riang bersama ibu bapa mereka.... MAH pergi mendapatkan COIN untuk bermain. Aku hanya duduk di bangku sambil melihat dia bermain dengan riangnya..... Lega aku melihat dia tersenyum riang bersama anak-anak patung yang dia berjaya dapatkan.... penuh kereta dengan anak patung.....konfem anak-anak buah suka dengan anak patung tersebut.

Selepas dihantar pulang, aku terus makan ubat dan melelapkan mata.... Keesokkan harinya, suhu badan aku mula tidak stabil. Boy mula kerisauan lalu menelefon MAH untuk menjemput aku.... bahaya meninggalkan aku seorang diri ketika demam...bukan tidak mampu jaga diri tetapi selalunya aku tidak sedarkan diri sekiranya demam....

Aku dihantar semula ke klinik setelah 2 jam demam tidak berkurangan..... Ya! kena cucuk lagi jawapannya... Bonda terus pulang setelah MAH memaklumkan hal yang sebenar..... MAH bertungkus lumus memabantu menyiapkan laporan kerja aku kerana keesokkan harinya aku terpaksa membentang kertas kerja yang penting di pejabat. Dalam keadaan yang kritikal, aku gagahi juga untuk menyiapkan laporan tersebut.

ISNIN 30 SEPT - Seriusly aku memang tahap tersungkur..... hanya mampu terbaring sahaja. Airmata ku tidak berhenti-henti mengalir begitu juga air yang di hidung..... batuk dengan kuat... MAH yang menghantar kertas kerja ke pejabat. Kesian dia..... aku gagahi diri untuk ke klinik skali lagi untuk mendapatkan MC. Nasib baik free sebab klinik panel syarikat.... Seharian aku terlantar.......

SELASA 1 OKT - Keadaan ku masih tidak stabil, tetapi dari awal lagi aku bilang, kesukaran aku apabila mendapat boss yang kurang memahami..... MC untuk hari ke 2 tetapi dipanggil untuk masuk bekerja bagi membetulkan semula laporan yang dibuat..... Masa tu, jangan cakaplah ea...tahap rasa nak menyumpah orang pun ada.... tetapi itu bukan cara aku... Aku diamkan diri menyiapkan kerja lalu pulang dengan kadar segera. Akhirnya seluruh keluarga terlantar akibat demam virus.... Esok ambil darah ya!

RABU 2 OKT - oleh kerana aku tidak tertahan dengan perangai boss yang asyik ganggu MC aku, maka aku datang jugak kerja pada hari itu.... dengan muka pucat, aku masuk pejabat lalu aku buka semula file-file yang bertimbun diatas meja... 1 per 1 aku semak sebab tidak berpuashati dengan kesilapan laporan sedangkan aku sudah cukup berhati-hati terutama yang melibatkan jumlah wang. Boss lalu pun aku tidak sedar... biarkan saja.... setelah diamati, laporan dari jabatan lain telah salah maka aku minta tolong mereka buat semula 6 bulan punya laporan..... sekarang, siapa yang terkena......

KHAMIS 3 OKT - batuk dan selsema aku semakin teruk..... tidak mampu mengeluarkan bunyi ketika bercakap. Otak terasa berdenyut dan fikiran agak terganggu. Waktu tidur 2 jam sahaja mungkin menjadi faktor ketidakstabilan. Akhirnya aku terus dihantar ke Klinik untuk ambil ujian darah.... selepas itu, aku terus ke pejabat untuk menyiapkan laporan yang tergendala......

JUMAAT 4 OKT - Ya... Birthday boy yg ke 25..... ksian aku tengok dia yang tersungkur demam dah beberapa hari. Maka aku menghantar dia ke klinik untuk ujian darah. Tapi alhamdulillah, kami semua selamat dari bahaya.... Demam Virus sahaja.... Masuk pejabat je, aku terus berperang dengan kertas-kertas sambil melepaskan batuk n selsema.... Berair je la.....

SABTU DAN AHAD - Duduk rumah diam-diam sambil tengok Running Man sebab kena kuarantin.... bagi batuk n selsema berkurangan. BOSAN kan duduk rumah tanpa cuci mata..... Tido jela......

p/s: terima kasih buat MAH sekeluarga yang banyak membantu....to my Family...cepat sembuh ya masing-masing..... buat staff pejabat, sorryla ea sebab terpaksa memaksa korang siapkan laporan.... terima kasih atas bantuan anda semua....

ha..... Buat si dia, ni update untuk u..... sorry, seminggu yang sangat sibuk dan tidak sempat nk update..... aku tidaklah sekuat mana seperti yg u sangkakan..... akhirnya tumbang......


No comments:

Post a Comment

Thanks 4 ur comment....really appreciate it...