Salam Sejahtera
Hari Isnin, hari yang selalu menjadikan perasaan yang tidak seronok berlaku dalam diri.... "Monday Blues"
Sejak kebelakangan ini, emosi agak terganggu.... persoalan demi persoalan hadir menyapa diri.... aku rimas dan lemas melayan.....
aku lega dimana janji yang selama ini dicipta akhirnya tertutup kes....... aku tidak lagi dibayangi janji itu...bersyukur kerana selesai 1 perkara yang slalu memburu aku.
aku semakin lega dimana kesihatan MAH semakin menunjukkan perubahan yang baik.......walaupun kini aku tidak bersama MAH tetapi aku sentiasa mendoakannya..... MAH semakin gembira dengan kerjaya yang dipilih. Akhirnya...dia memang SOULMATE aku tetapi bukan JODOH ku..... really my BFF 4eva.....
aku teruskan perjuangan tanpa share partner..... hanya seorang abang yang jauh memimpin aku untuk teruskan berjuang dan mgajar aku tentang kehidupan.... seorang abang yang selalu menasihati aku, mengingatkan kelalaian ku.... memimpin aku untuk terus menjadi insan bertanggungjawab.... tetapi aku tetap aku.... kedegilan ku...kekerasan ku..... tetap menghalang untuk aku membuka hatiku kepada sesiapa....
akhirnya kedegilan aku membuatkan mama mengambil tindakan drastik..... aktiviti mencari calon suami untuk anak gadisnya.... Aku sangat tidak bersetuju.... hati ini rasa memberontak..... hati ini panas..... hati ini sangat sakit..... CUKUPLAH AKU TERLUKA DAHULU..... aku tidak mahu terluka lagi...... parut yang lama masih tidak hilang, kini mahu ditambah luka yang baru....
Perancangan untuk mengadakan perjumpaan sedang dilancarkan.... aku hanya tersenyum mendengar permintaan mama.... dalam hati aku.... hanya KOSONG...... promosila macam-macam tetapi hati ini tetap KOSONG
Mungkin mama tidak percaya pada aku lagi sehingga begini tindakannya.... belum masa lagi untuk aku berputus asa tentang jodoh tetapi aku terkilan kerana hidup aku adalah untuk aku... tidak perlu masuk campur....
Melihat bulan dahulunya menjadi peneman dikala sedih tetapi kini, bulan tidak mampu menenangkan aku.....
Allah menunaikan permintaan ku untuk melihat MAH kembali ceria tetapi keceriaan yang aku miliki kini hanya KOSONG.... tiada senyuman di pagi hari... tiada tangisan dimalam hari.... tiada ketawa riang menemani siang ku kini.....
Bangun aku di pagi hari..... INI REALITI..... aku dah lama tinggalkan fantasi.....
No comments:
Post a Comment
Thanks 4 ur comment....really appreciate it...