salam.....
Rasanya sudah berhabuk blog ini tanpa penulis. Minta maaf, penulisnya sedang sibuk menyesuaikan diri dengan dunia kerjaya yang penuh pancaroba dan dugaan.
Sudah sebulan lebih aku bekerja dan bkhidmat secara percuma di salah sebuah syarikat di Shah Alam. Nama lokasi rasanya tidak perlu diberitahu. Pada awal kemasukan, aku telah ditempatkan di salah sebuah department disana dimana bekas kekasihku ditempatkan. Ya! Kami bekerja satu department yang sama..... Kalau tanya perasaanku, rasa sungguh tidak sedap hati kerana isterinya bekerja satu syarikat dengan kami.... secara profesionalnya, aku hanya bertindak jika perlu sahaja... Untuk bergurau atau berborak ikut suka, jangan haraplah sebab aku perlu menjaga hati orang lain. Walaupun aku berbuat demikian, tetapi mulut orang tetap tidak boleh ditutup.... (rasa macam nak sambalkan je mulut mereka ini) tetapi siapala kita..... Biarlah, peristiwa itu antara aku dan dia sahaja yang tahu....orang nak mengata, aku tidak larat nak ambil tahu.... Aku layankan jela.... Orang mengutuk ke, mencaci ke....aku anggap itu semua dugaan akhir semester pembelajaranku......
Selang beberapa minggu pula, questionaire projek akhir aku di reject oleh GM... Sedih sebab usaha 1 sem dipersiakan begitu sahaja dengan alasan kurang munasabah.... Menitik airmata... Semua kerja kena dilakukan semula satu persatu. Aku terima dugaan ini dengan redha..... Genap sebulan aku bertungkus lumus bekerja, aku dipindahkan ke department yang lebih mencabar dengan kerja yang bertimbun dan semuanya perlu diselesaikan dengan segera...... Kena marah dan maki telah sebati dengan tugasan harian. Begitula hakikat apabila bekerja mengadap karenah pelanggan. Walaupun salah orang lain, kami hanya menjadi perantaraan untuk menerima aduan...itu tugasan.... Stress jangan cakaplah.... Tapi ini semua dugaan.....
Baru-baru ini, saya telah diberitahu oleh pihak atasan untuk ditukarkan ke pejabat GM... Mengantikan staff. Cuak aku dibuatnya. Bukan calang-calang kerjanya....melayan tetamu VIP termasuk VVIP. Kalau tersilap, boleh kena hilang markah evaluation aku.... Semakin hari semakin mencabar tugasan aku..... Dugaan! Hanya doa dan airmata menjadi penawar untuk hati ini......
Aku berdoa dan berharap semua ini dapat dilakukan dan berjalan dengan lancar..... Semoga aku lulus dengan jayanya dan menghabiskan pengajian secepat mungkin. Amin!
No comments:
Post a Comment
Thanks 4 ur comment....really appreciate it...