Serangan utama : gagal kerana serangan bertubi-tubi dari pihak lawan
Pertahanan: gagal kerana kurang persediaan dari segi mental dan fizikal
Sokongan: Semangat dari rakan seperjuangan
Kelebihan: Bijak mengawal keadaan (kena pandai cover)
Kelemahan: gangguan emosi (stress)
apa yang boleh diperkatakan di sini:
kali ni tewas kerana serangan dari banyak pihak dan kurang persediaan diri untuk menghadapi serangan. mengalami gangguan mental dan fizikal.
sudah genap 3 minggu aku mengalami satu fenomena perubahan yang mendadak.
3 minggu ni aku mengalami serangan secara halus, dari segi mental n fizikal.
3 minggu aku terpaksa bkerja keras untuk menjadikan hidup ku kembali normal
3 minggu aku mgalami trauma yang dasyat
3 minggu aku berusaha untuk melupakan kisah silam aku.......
3 minggu aku cuba menutup segala kesakitan aku, kepedihan aku, kesedihan ku
3 minggu aku tidur bertemankan air mata
aku rasa aku dah cukup hipokrik........kononnya kuat tapi sebenarnya aku lemah......
mungkin ada yang sedar cuma aku tak mampu meluahkannya.....minta maaf!
aku bersyukur kerana aku dianugerahkan boss yg paling sporting, caring n baik hati.......
aku bersyukur dapat ketua yang dedikasi n pemurah
aku bersyukur dapat kawan yg selalu guard n bimbing aku bila aku sesat......
aku bersyukur dapat teman yang sentiasa menjadi sapu tangan untuk air mata ini......
aku bersyukur kepadaNya.......
Sendirinya aku disini kerana aku hanya manusia biasa yang perlu belajar banyak perkara.........
Terima kasih atas kenangan......terima kasih atas serangan.......
terima kasih atas segalanya...........
No comments:
Post a Comment
Thanks 4 ur comment....really appreciate it...