About Me

My photo
simple person who need a lot of experience and knowledge for now and the future life

Friday, April 29, 2011

ini bukan aku

setiap manusia akan mgalami pelbagai dugaan dalam hidup manusia dan tidak kirala sama ada dugaan itu besar atau kecil. Kadangkala dugaan ni akan mendorong seseorang untuk mengalami perubahan yang mendadak dalam hidupnya. Seperti biasa ayat ini akan sering kedengaran '' setiap dugaan yang datang pasti ada hikmahnya''.

Aku tidak terlepas dari karma ini.... Ya, aku tahu... Dugaan itu berlaku pasti ada sebabnya dan hikmahnya dan aku perlu sabar untuk mengetahui disebalik dugaan itu...dan aku akui, semakin lama kita hidup, semakin banyak dan besar dugaan yang akan melanda diri kita termasukla aku....

Aku insan yang lemah... Dari segi luarannya, aku mungkin seorang yang jenis keras dan degil. Ini kerana didalam diri aku ni sebenarnya terlalu lembut dan mudah terluka. Jangan sesekali tertipu dengan wajah tersenyum dan gelak ketawa aku kerana segi luaran aku mungkin gembira tapi didalam sejuta kelukaan. Aku seorang pemendam dan aku sukar untuk meluahkan kerana aku takut perangai aku yang kasar akan membuat aku menjadi seorang yang diluar jangkaan...

''what you give, you get back'' itu prinsip aku.... Kalo ko baik dengan aku, aku layan ko baik tapi jangan sekali ko buat masalah dengan aku, aku akan sentiasa memberikan masalah untuk ko'' berhati2 dengan setiap tingkah laku dan perbuatan kerana ianya boleh membinasakan diri.....pasti ianya akan binasa!

Aku kerap kali disakiti.... Hati ini seolah2 disiat2 dan ditoreh2..... Nampaknya ada orang mencabar hati ini.... Sengaja mengundang masalah dengan aku.... Ya! Ko belum tahu rasa peritnya.... Lihat! Ini amaran untuk ko, aku tak minta ko melayani aku seperti puteri raja dan aku cuma mahu ko menjaga hati yang sekeping ini tapi ko gagal, ko guris ia.... Ko calarkan ia.... Ko tidak menghargai ia..... Ko ingat aku ni apa? Mainan?..... Aku tidak suka penipuan, aku tidak suka lakonan... Aku tidak suka hipokrik.... Kalau aku boleh berterus terang, kenapa ko tidak? Ya! Jangan kata aku tidak memberi amaran... Aku bukan nak mengistiharkan perang sama kau cuma aku nak ko tahu, apa yang ko telah buat pada aku, pasti ko akan menyesal.. Ya! Sebanyak mana airmata ni menitis kerana ko, ko akan menghitung setiap titisan airmata dimatamu...

Selemah2 hati ini, sesabar hati ini....dugaan ini telah mengubah aku.... Sekuat2 aku mengharung dugaan ini, sekuat itu semangat aku untuk teruskan hidup dan sekuat itu perjuangan aku....ko kenal aku kan....pasti ko tahu sebabnya....

Ya.... Anda jangan risau.... Anda tidak terlibat kerana sy syg anda..... Dan kepada insan yang terlibat, aku hanya menunggu saatnya..... Dan tiba masanya.... Ko tidak akan mampu tersenyum...)

Jangan risau, saya takkan mencederakan sesiapa..... Saya cuma nak luahkan perasaan saya...harap maklum..... Ini bukan wasiat atau surat akuan ok....cuma luahan lepaskan angim amarah.....

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Thanks 4 ur comment....really appreciate it...