About Me

My photo
simple person who need a lot of experience and knowledge for now and the future life

Sunday, November 14, 2010

kata hati

Dah tiga hari aku bercuti di kampong halaman. Tujuan utama aku adalah untuk merehatkan minda aku yang sedang berserabut tapi kini aku rasa emosi aku kembali stabil seperti sediakala. 3 hari disini, aku tidak membuat apa-apa. Aku hanya bermain dengan beberapa anak buah aku dan duduk tenangkan fikiran sambil melihat pemandangan suasana kampong. Kehidupan disini jauh lebih tenang dari Bandar maka keputusan aku untuk pulang ke kampong adalah satu pilihan yang tepat dan bersesuaian dengan kehendak emosi aku.

Aku mula rasa tenang dan fikiran aku kembali stabil. Aku dah buat keputusan. Apa-apa yang berlaku lepas ni, aku takkan lari. Aku akan hadapinya dan seterusnya, aku akan teruskan apa yang telah kulakukan dan aku takkan berpatah balik. Jika ini semua adalah satu kesilapan, maka aku redha jika itu takdirnya tapi jika ianya benar, aku sendiri mahu cari jawapan itu. Aku akan cuba sedaya upaya untuk membahagiakan diri aku ni.

Aku takkan meninggalkan dia….. percayala sebab hati aku kini benar berkata-kata. Aku percaya dengan cinta dan takdirnya maka aku akan teruskan dan teruskan. Jika keputusan bagi pihak dia berada disebaliknya, aku perlu merelakannya tapi percayalah, aku takkan mencari cinta selepas itu kerana inilah penamat cinta dan aku percaya bila tiba masanya nanti, aku hanya menerima segala takdir yang ditetapkan dan aku redha akan keputusan itu tapi sama ada bahagia atau sebaliknya, aku tahu aku kena hadapinya juga.

Kalau dulu aku senang dengan hati yang terbuka tapi kini hati ku sudah tertutup kerana cinta kerana aku faham cinta itu madu tapi ianya juga racun yang bisa mengubah kehidupan seseorang.

No comments:

Post a Comment

Thanks 4 ur comment....really appreciate it...