sudah seharian aku berada di kampung halaman ku..... nak sambut hari raya la katakan....tapi semangat nak beraya aku masih sama dengan beberapa tahun yang lepas.... still d same..... sebelum2 ni aku hanya beraya bersama adik aku sahaja dan ditemani oleh saudara mara... oleh kerana ibu bapa ku telah bercerai maka mereka telah buat haluan masing2 termasuk ketika dan saat ini...... tapi bagi aku, aku perlu sambut hari kemenangan umat islam kerana aku perlu menjaadi contoh kepada adik supaya raya itu bermakna bagi dia..........
saudara mara ku juga telah banyak memainkan peranan dalam situasi ini dimana mereka sentiasa memeriahkan suasana hari raya dengan pelbagai juadah makanan dan kuih muih...tidak lupa juga mercun, bunga api dan pelita...... oleh kerana itu, aku suka pulang ke kampung untuk melihat suasana ini.......
tahun ni, ramai ssepupu ku pulang ke kampung halaman masing2 maka tinggal beberapa kerat je ada kat umah nenek ku ini..... kebanyakkan daripada mereka sudah berkahwin dan tinggal hanya 6 org sepupu aku sahaja yang belum sampai seru termasukla aku...... tapi kali ni, hanya aku sahaja yang dibenarkan kutip duit raya sbb mereka sume dah berkerja kecuali aku....heheheh..... nmpknya tahun ni, adik aku akan beri duit raya pada kakak dia yg masuk air ni....hahahahha.....
tapi walau bagaimanapun, raya tetap raya dan puasa tetap puasa.... nampaknya aku kena ganti puasa tahun ni....... agak sedey kerana tahun lepas, aku puasa penuh..... ade yg jeles plak tu.... heheh......so, itula makna raya bagi aku..... sok, aku nak g cari baju raya..... ntah ade ntah tidak..... layankan jela........
well, selamat hari raya untuk korang dan aku nak minta mohon ampun dan maaf diatas segala salah laku atau terkasar bahasa kat korang k.........
salam ......
No comments:
Post a Comment
Thanks 4 ur comment....really appreciate it...