dalam minda ini, hanya memikirkan tentang dia, keadaan dia,..... ye! semuanya mengenai dia..... tetapi kalo asyik memikirkan tentangnya maka banyak perkara yang aku akan tertinggal termasukla hal pelajaran maka sejak kebelakangan ni, aku cuba mensibukkan diri sendiri dengan tugas harian dan aktiviti kelas yang padat....memang penat tapi sekurangnya aku tidak terlalu memikirkan tentangnya sangat tapi menjelang waktu malam, aku selalunya tewas..... hampir setiap malam, aku akan terfikir tentangnya walaupun sejenak sambil membuat assignment....
akhirnya aku dan dia terpisah jua walaupun ini bukan kehendak kami.....walaupun ianya hanya 45 kilometer tapi ianya telah memberikan kesan impak yang besar dalam kehidupan aku..... tetapi ape masalah, aku akan sentiasa cuba meluangkan masa untuknya supaya hubungan yang terjalin ni takkan hambar.......
dia, seorang jejaka yang cool dan relex.... itu semua bole dlihat dari airmuka dia...btul, tak tipu.... dia seorang yang suka menyakat tetapi dia jarang tersenyum dengan orang yang tidak rapat dengannya.... seperti aku satu ketika dulu tapi aku suka dia macam tu sebab senyuman dia tula yang buat hati aku cair terutama kalo aku tengah marah....terus tak jadi marah wei......
selama aku berkawan dengan dia, tak pernah sekali dia tinggikan suara.... tak pernah sekali dia masam muka malah selalunya apabila aku yang buat hal, dia akan nasihat dan tegur aku dalam keadaan tenang.... kalo aku merajuk, dia jarang pujuk tapi dia akan buat sesuatu yang akan membuat aku ketawa atau pun senang hati...... kalo aku marah, dia akan diam sehingga aku bertenang dan selepas itu, baru dia akan memberikan penjelasan dan buat aku senyum kembali....
dia seorang lelaki yang bertanggungjawab dan sangat perihatin terutama apabila aku sakit atau mempunyai masalah....walaupun aku tidak memberitahunya tetapi gerak hati dia sangat kuat..... dia juga seorang yang memahami....ape jua pmintaan aku yang mrepek2 atau perangai aku yang selalu berubah2 tetapi dia tetap bijak mengawal keadaan dan bijak mengembalikan suasana yang sebenar.......
setiap manusia, tiada yang sempurna...begitu juga aku dan dia...... walaupun keadaan dia macamtu.... aku tetap sayangkan dan percayakan dia.......dan dia juga begitu.... kami terima segala kekurangan dan kelebihan yang ada.... dari perkenalan kami, sehingga menjadi sahabat dan kini kami berpasangan, kami terima dan redha ape yg terjadi pada kami..... dan kami takkan mengalah atau menarik diri...... kami akan jaga each other tak kira ape yang berlaku dan kini memang terbukti, kami memang menjaga antara satu sama lain.... tak kira keadaan kami mcam mana tapi itula kami, cinta kami.....
dan kini..... walaupun kami berjauhan, kami akan tetap seperti dulu......
No comments:
Post a Comment
Thanks 4 ur comment....really appreciate it...