kalau dulu, aku hanya tersenyum memikirkan masa depan aku kerana ape yg aku rancang sumenya dalam track yang betul walaupun tersasar pun, aku mempunyai contingency plan aku sendiri so aku takdela risau untuk menguruskan perjalanan hidup dan cita2 aku...... segala impian dan cita2 ku sume berada dalam track yang betul dan perjalanannya pun teratur cuma ade beberapa kesulitan tapi masih boleh diuruskan dengan baik.... itula hidup aku sebelum ini.....
tetapi sejak kebelakangan ni, sume yang ku rancang sumenya out....... contingency plan aku pun hancur......aku jadi mula tidak keruan...... betul..... aku mula tak senang duduk..... aku kena adjust sume pelan aku dari A to Z...... aku kena selarikan sumenya smula..... perubahan yang mdadak membuat aku rasa terlalu tertekan dan aku hilang motivasi.....sedangkan sebelum ni, walaupun banyak dugaan n masalah yang datang, aku masih boleh menyelesaikan tapi kali ni, aku jadi semakin parah dari segi mental n fizikal...dan aku akui, ini sume kesilapan yang aku terbuat dan tak sedar.......
aku rasa dah hampir 2 minggu ni, aku melalui pelbagai proses perubahan kritikal.... banyak benda aku belajar dan aku tempuh sehingga aku mula rasa kehilangan semangat dan tenaga kerana aku mulai rasa penat..... tekanan semakin dirasai.....tanggungjawab semakin berat dan semakin besar.....aku tahu ni sume seisi pembelajaran dan aku perlu menguruskan sumenya dengan baik tp semakin lama, semakin sesak ku dbuatnya.....nampaknya daya konsentrasi dan tenaga aku semakin pudar......
dugaan kali ni mengajar aku tentang tanggungjawab, bertolak ansur, bijak mengawal emosi, tidak cemas ketika emergency dan sebagainya.......mmm...kalo dulu, aku seorang yang manja, dan kuat bergurau....tp sekarang, aku menjadi sebaliknya..... senyuman dan ketawa aku tu hanya satu penipuan...... aku lebih banyak tertumpu pada tanggungjawab aku..... sebagai seorang anak, pelajar, kawan, kekasih dan sebagainya......
sekarang ni, aku kena redha dengan ape yg tlah terjadi tp ini bukan bmakna aku tewas.... aku cuma perlukan pengubahsuaian bagi setiap pelan bg menguruskan semula hidup aku..... satu demi satu aku susun semula dan aku akan pastikan ianya berjalan dengan lancar...... dan aku hanya perlukan semangat dan hati yg kuat untuk menempuh sume ini........
aku tahu dia seorang yang kuat dan tabah sebab tu aku sentiasa kagum dengan semangat dia.... aku tak nafikan dia memg seorang kuat semangat..... dan aku cuba jadi seperti dia tp lama kelamaan...aku kepenatan....seriusly, aku penat.....perlukan masa untuk berehat.......................
aku tahu dia mula sedar perubahan aku yang mendadak....dan aku harap dia faham.... ya! dia perlu faham.... aku hanya manusia dan bukan robot.... aku juga mempunyai perasaan yang perlu dikawal n dijaga..... aku cuma ble katakan, biar masa menentukan segalanya...... dan aku harap dia tabah menghadapi semua dugaan yang tengah melanda dan akan melanda..... aku akan sentiasa berada di cc dia cuma kadg2 ade masa aku perlukan untuk diri aku sendiri....... (ayat ni aku pinjam dari xbf aku dl)....hahahahha......aku percaya, pada saat dia pulih, aku jua akan pulih seperti sedia kala......
sekian.........
No comments:
Post a Comment
Thanks 4 ur comment....really appreciate it...