About Me

My photo
simple person who need a lot of experience and knowledge for now and the future life

Monday, May 10, 2010

BFF bcome BF


in cerita disebalik sebuah cerita yang selama ni ramai telah menduga jalan ceritanya.....tp masing2 tak tahu dimana ianya bermula dan bagaimana berakhirnya.......

kira2 2 thn yg lalu..... aku sedang bercinta dgn seseorang jejaka bernama x......jejaka x ni memg seorang yang baik hati tetapi kerana tiada jodoh...kami terputus ditengah jalan....( jgn tanya alasan ape ek....ni antara aku dan x je)....ketika aku sedang berkawan dgn x, aku mempunyai seorang rakan yang bernama a.... pada asalnya kami memg kawan biasa n tak lebey daripada itu.... btul..... a memg seorang yang prihatin dan baik hati.....tetapi dah berpunya ek..... heheheh....tak baik kaco org punye....so aku memg tak kaco line org....tetapi pada pertengahan 2009, kami menjadi agak rapat kerana tugasan yg terpaksa kami pikul...... tetapi percayala, ianya hanya kerana tugasan n not more than that...... tetapi aku pelik, sbb ade yg cemburu n aku kesian sama dia sbb syak wasangka pada aku yang takde pape pun dgn si a tu.......

oleh kerana sesuatu yang telah terjadi maka berlaku pergolakan antara a n aweks dia....aku tak masuk campur k...... tapi dorg baik semula, jgn risau......awal thn 2009, aku banyak menghabiskan masa dgn kawan2 termasukla si a..... aku ni jenis tak amik tahu sgt dgn hal peribadi org so aku wat bodo jela jika ade sebarang gosip keluar.......tetapi masih ade yg tak syg mulut dgn mengeluarkan beberapa statement panas sehingga aku takut nak bkawan dgn a.... so aku biarkan jela a bersama2 yg lain.... aku ble hidup lagi.....ketika ini, dah ade yg mula meramal ape akan terjadi pd kami.......

pertengahan 2009....chet! aku kena g praktikal.....mals tul....sekali dgn tak sengaja, aku mendapat tempat praktikal yg sama dgn a..... bukan stakat satu tempat malah satu pejabat....memangla aku kena magadap muka dia hari2..... aku memg banyak spend masa aku dgn dia ketika itu kerana aku mana de kawan lain..... pergi balik kami bersama...... so aku dgn dia dah mcm BFF dan buat pengetahuan korang, aku susah nak gado dgn mamat ni..... sbb aku tahu dia budak baik...... kerana wasiat mumy n along, dia tlah menjaga aku dgn baik skali ketika aku bkerja sebagai PA timbalan dekan...... dan percayala, aku dgn dia hanya BFF yang menjaga each other...... di saat itu, terlalu banyak rintangan yang mengundang n menduga kami..... ketika itu, aku sedang berkawan dgn y dan si a bersama dgn kekasih hatinya...... org sume pelik sbb kami sering bersama tapi mempunyai pasangan yang berbeza.......kerana takdir, kami harungi semua masalah bersama walaupun dalam keadaan parah n tenat....... dia masih bersama dan berdiri sebelah aku......pada saat itu, ramai org telah cuba meramal dan sangsi dgn relationship kami....

kini, aku cuma ble katakan bahawa...."MY BFF BECOME MY BF......." skang ni, diala penyeri n cahaya dalam hidup ku...... kasih syg sahabat telah mengikat kami....... rasa cinta berputik tanpa dsedari, dan skang kami tgh menjalani satu seisi perubahan status n seisi suai kenal antara satu sama lain tapi secara jujurnya.... dia telah menambat hatiku dan berjaya mencuri hatiku...... dia adalah insan biasa yang mempunyai kelemahan n kelebihan...... aku sgt2 menghargai n bertuah kerana memiliknya 50% dan balance nya akan ku cuba dapatkan dalam masa 3 thn dari skang..... doakan kebahagiaan n kesejahteraan kami berdua k..... syg awk n syg kamu jua.....


No comments:

Post a Comment

Thanks 4 ur comment....really appreciate it...