About Me

My photo
simple person who need a lot of experience and knowledge for now and the future life

Sunday, March 21, 2010

sedar ianya sebuah realiti

malam ni kurasakan kosong...... seolah2 tiada ape yang perlu aku fikirkan @ lakukan.....lengang n sunyi...... suasana diluar tenang tanpa sinaran bulan..... bintang tidak menemani sang cahaya pada malam ini.....hanya awan gelap terbentang luas memenuhi ruang pandangan ku....mungkin bumi akan dibasahi hujan.......

aku hanya mendiamkan diri...dengan tenang, aku cuba memikirkan masalah2 yang timbul......aku tahu, aku akan berdiam jika aku sedang memikirkan sesuatu sedangkan aku seorang yang agak riuh n jarg aku senyap......dan korg jgn salah anggap k...senyap aku bukan kerana mrajuk @ marah tapi sedg berfikir........ketenangan memberi ilham.....

aku selalu memikirkan hal yg sudah berlaku kerana aku mahu memperingatkan diriku sendiri atas segala pengalaman aku supaya aku tidak melakukan kesilapan yang sama dan memperbaiki kelemahan dan kesilapan yang lampau....

aku juga selalu memikirkan perkara2 yang akan berlaku supaya aku ble merancang setiap perjalanan hidupku supaya ape yang aku impikan dan inginkan akan tercapai mengikut ape yang dirancangkan tanpa sebarang masalah......

didalam kesibukan aku memikirkan kedua2 perkara diatas....rupanya aku tertinggal perkara yang berada ditengah2nya...... aku terasa kini aku telah banyak menghabiskan masa untuk memperbaiki dan merancang tapi aku terlupa akan perkara yang sedang berlaku..... aku telah abaikan setiap masa yang berharga sekarang.... aku sibuk demi masa depan tapi tidak sedar akan masa yang sedang berjalan...... aku tidak menghargai saat ini.....sedangkan disaat inilah terlalu banyak saat terindah yang bakal kuciptakan........

kini, aku sedar.......masa berlalu dengan pantas maka aku kena bijak mengambil peluang yang ada untuk mengisi kekosongan yang ade kini..... aku perlu menghargai setiap ape yang ade pada aku atau sekeliling aku sekarang.....kerana aku tahu, dan sedar bahawa aku akan kehilangannya segalanya sekiranya aku tidak menghargainya setiap saat untuk mengabdikan kenangan utk masa akan datg.....

dan buat korang..... bantu aku untuk belajar menghargai masa yang ade sekarang.... ingatkan aku tentangnya.....aku tidak mahu ketinggalan sesuatu yang berharga untuk masa depan generasi seterusnya.....

No comments:

Post a Comment

Thanks 4 ur comment....really appreciate it...