dari tajuk, korang ble tahu ape yg aku nak kongsikan bersama korang...btul x? ni adalah cerita mengenai seseorang yg rapat dengan aku dan ini kisah benar...... aku tak tipu korang.... ni apa yg aku alami sejak kebelakangan ni...... korang amikla pengajaran yg ada dalam story ni k......
aku ada seorang sahabat yang baik dan jujur. kalo ko tgk muka dia....memg nampak dia seorang yang baik. aku berkawan dengan dia tidak selama aku kenal ........ tp aku dapat rasakan bahawa dia amat memahami aku. aku mula rapat dengan si dia kerana tugasan dan tak sangka ianya berlarutan.....
kalau ko nak tahu, dia adalah seorang yang amat berfikiran luas. walaupun dia kurang keberanian pada awalnya tp dia bukan seorang yg patah semangat.... dia seorang yg kuat semangat dan tabah....walaupun kadg2 tergelincir kekuatannya itu, tapi dia tak pernah rasa kelemahan dia tu akan membuat dia jatuh. aku sangat kagum dgn dia......
sejak kebelakangan ni aku sering dilanda badai.....terlalu banyak masalah yg datg menimpa dan aku hampir hilang punca tetapi kerana sokongan padu yang diberikan olehnya....aku kembali meneruskan semula perjuanganku yang terkandas....setiap masalah yang timbul, dia akan memberi pendapat dan pertolongan. dia sentiasa berada disisi ku susah dan senang aku, setiap airmata yang berlinangan hanya dia berada disitu..... setiap gelak ketawaku, hanya dia melihatnya.....
bukan itu sahaja, malah keluarganya tidak pernah jemu membantu dan memberi semangat kat aku..... aku tak sangka semua ni akan terjadi.... keluargaku pun tak sekuat ni memberi sokongan terhadap aku.... menangis aku melihat pengorbanan mereka.... bertapa besarnya pengorbananya sehingga tak terbalas jasanya..... aku amat menghargai setiap pengorbananya......
buat si dia,
aku amat menghargai segala pengorbanan yang kau lakukan utk ku.....
setiap titis kasih syg yg kau hulurkan.....
setiap kata semangat yg kau bakarkan.....
setiap kata nasihat yg berguna untuk bekalan.....
setiap detik kau bersama ku......
segalanya aku amat menghargainya.....
tiada pkataan lain yg mampu ku bandingkan dan ku ungkapkan.......
kau sahabat ku dunia dan akhirat......
aku akan sentiasa berada disisi mu selagi tiada yang menghalang.......
aku terlalu sygkan kamu........
aku harap semua ni akan menjadi kenangan kita bersama......
terima kasih buatmu.......
-MAH-
No comments:
Post a Comment
Thanks 4 ur comment....really appreciate it...