About Me

My photo
simple person who need a lot of experience and knowledge for now and the future life

Monday, August 24, 2009

Rehat....Penat.....

kali ni bukan cerita atau pengalaman aku tapi kali ni aku cuma nak sampaikan sesuatu buat sahabat ku yang bernama........... ( dia akan tahu apabila dia membaca blog ni nanti)

aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat sahabatku ini kerana sudi berkongsi pendapat dan memberikan aku nasihat dan tunjuk ajar selama ini. aku tersanggat2 berterima kasih.

baru2 ini, emosi ku sering terganggu dan kualiti kerja ku semakin kurang memberangsangkan sedangkan sebelum ini aku boleh menyiapkan kerja ku dalam masa singkat dan sempat membantu rakan2 ku yang lain tapi kini aku sering sahaja gagal menyiapkan kerja dengan segera dan sering merungut.... aku pun tak tahu kenapa sedangkan selama ni aku tidak pernah berperangai macam tu. aku mula heran dan tidak boleh memberikan konsentrasi sepenuhnya terhadap kerja ku.....

setelah puas aku mengeluh, akhirnya sahabat aku ni berkata....

" ko perlukan rehat....dah beberapa minggu ko paksa badan ko tu.... aku rasa ko dah penat...pergilah berehat....." sahabatku memberikan nasihat.

aku pun terus berfikir, mungkin ada benar katanya itu, aku pun terus tengok muka ku dicermin... muka aku ni kalau tak dimekap, mesti nampak lebam kat bawah mata ku ini.... sebenarnya, aku perasan yang dah beberapa hari ni, senyuman aku kurang manis kerana keletihan...Ya! aku setuju...aku perlu berehat....

dah le....hari ni aku perlukan rehat.... akhirnya aku berjaya mempelajari perkataan R.E.H.A.T & P.E.N.A.T yang selama ni aku lupa bahawa aku ni manusia bukannya robot.....

sekian....korang pun g la berehat.....jangan ganggu lena ku ok hari ni....

No comments:

Post a Comment

Thanks 4 ur comment....really appreciate it...