About Me

My photo
simple person who need a lot of experience and knowledge for now and the future life

Tuesday, September 8, 2009

Perasaan @ Emosi

topik hari ni simple tp agak mendalam maknanya bagi ku... aku tak tahu knape tp ianya memberi satu kesan impaks terhadap segala apa yang berlaku kepada aku setiap hari. inilah apa yang aku rasakan apabila hati melawan kehendak, masa menentukan segalanya.

sejak kebelakangan ni, aku sering bertukar mood @ lebih tepat, emosi. ko nak tahu kenapa? sebab keletihan dan yang paling ketara adalah overstress (depression) kalo tak salah eja la.... mungkin aku kurang rehat dan sering menghabiskan waktuku hanya untuk bekerja dan orang lain tapi aku sering lupa masa untuk diri sendiri. faham2 jela bila kita terbiasa dengan perkataan "workaholic".

aku sering berfikiran negatif sejak kebelakangan ni.... aku kurang berkeyakinan dan sering menyalahkan diri atas sesuatu yang berlaku. aku rasakan seperti serba tidak kena dan sering merasakan bahawa aku tidak mampu melakukannya. aku lebih banyak spend masa bersendirian dan jarang berbual dengan orang lain. masaku banyak dihabiskan dengan kerja dan kerja.....

apabila terlalu sibuk dengan kerja maka banyak perkara aku terlupa seperti tanggungjawab aku dekat rumah, keluarga dan yang paling utama adalah buah hati kesayangan, aku dah jarang spend masa untuknya.... dan aku terlalu rasa bersalah tentang itu. bukan aku sengaja tapi aku terpaksa. aku sering membuat kesilapan dan menguris hatinya kerana emosi aku yang sering tidak stabil dan mudah salah faham.... ntahla.... aku harap ianya tidak berulang.....rakan-rakan ku mula perasan akan perubahan aku dan sering menjauhkan diri dari aku kerana sikap aku yang mula acuh tak acuh bila bersama mereka.... aku minta maaf tentang itu dan aku cuba untuk memperbaikinya

hampir beberapa minggu aku macam ni, aku harap minggu yang mendatang ini, akan merubah segalanya. aku dah sedar tentang sesuatu yang aku tak mahu kehilangan maka sebelum kehilangan biarla aku mengubah apa yang patut dahulu......

saya harap dengan peluang yang ada ni, saya mampu berubah dan memperbaiki keadaan. jangan biarkan emosi itu mengawal kita sedangkan kita yang perlu mengawal emosi kita....

p/s: maaf kepada sesiapa yang terasa tersingung dengan saya sejak kebelakangan ni.... sy amat menghargai setiap nasihat dan tunjuk ajar kalian....

No comments:

Post a Comment

Thanks 4 ur comment....really appreciate it...