Sejak kebelakangan ni, aku terasa seperti tidak stabil tidak kirala dari segi emosional atau mental mahupun fizikal. Ini kali pertama aku hilang arah dan hala tuju. Aku betul-betul dalam paras tidak sedar diri sekarang ni.
Beberapa bulan yang lepas, aku telah melakukan sesuatu kesilapan yang telah membawa padah kepada diri ku kini. Aku tahu penyelesalan tidak memberi sebarang jawapan terhadap persoalan ku kini. Aku tidak mahu rasa perasaan menyesal tu wujud dalam kamus hidup aku maka aku Cuma mahu jalan keluar bagi semua perkara yang timbul.
Aku tahu setiap ape yang terjadi pada aku kini adalah satu dugaan semata2 dan ada hikmah disebaliknya. Mengikut pemikiran positif aku, aku dah jumpa hikmahnya. Aku mula kenal erti persahabatan, kasih sayang dan kehidupan. Aku mula melangkah satu tahap yang baru dimana aku sering ingin mengalaminya bagi mengisi kekosongan ruangan dalam hidup aku. Inila pengalaman yang sangat berharga dalam hidupku..
Dalam proses aku mempelajari dunia baru ni, aku mula terasa sesuatu. Sesuatu yang aku tidak boleh ungkap dan ianya berada jauh dalam hati… dan aku
Aku tahu dalam hidup ni banyak perkara yang berharga kerana ianya hanya datang sekali dan aku hargai setiap ape yang datang dalam hidup ku dan pergi meninggalkan ku.
Di saat ku menulis cerita ini, aku telah menitiskan airmata kerana merindukan seseorang. Seseorang yang berharga dalam hidup ku. Seseorang yang telah banyak memainkan peranannya dalam hidup ku dan seseorang yang telah banyak mempengaruhi perjalanan hidupku dan ketahuila, dia bukan insan yang pernah bertakhta dihati ini…dia hanya insan yang hanya hadir untuk seketika. Walaupun seketika, kehadirannya memberi banyak makna dan memori dalam hidup aku dan secara jujurnya, tiada siapa yang mampu menggantikannya.
Setiap linangan airmata dan gelak ketawa aku, dia mampu menafsirkannya. Segala yang tertulis dalam hatiku, dia mampu membacanya. Setiap pergerakan dan perwatakanku, dia mampu mengawalnya…bertapa kuat pengaruhnya dalam kehidupanku…..aku menjadi binggung….adakah ini dugaan atau petunjuk???
Dalam erti kata lain, aku tahu dia tahu ape yang sedang ku fikir sekarang ni... Dia tahu ape yang aku alami sekarang ni...dia tahu ape yang aku perlukan sekarang ni….dan dia sentiasa memenuhinya tanpa sebarang bantahan atau alasan...itula dia….
Dan sekarang...aku betul-betul kehilangannya...bak kata pepatah melayu, setiap pertemuan pasti ada perpisahan, setiap permulaan pasti ada penghujungnya...dan kini, aku sudah berada betul digarisan penamat... penamat yang selama ini aku tidah mahu ianya berlaku tetapi ianya sudah terjadi...
Aku… termenung panjang…memikirkan kisah seterusnya dalam hidupku… aku hanya mampu menoleh kebelakang dengan ucapan
“ selamat tinggal sahabat, kenangan terindah untuk selamanya”